HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Sewing Corner

Refashion Maxi Skirt
Saturday, June 07, 2014
Posted on 8:41:44 AM | 6 Comments

Melly pun dah suka dengan maxi skirt ni, buat mak dia lagi teruja nak buat something untuk dia.

Yang ini asalnya dari skirt saya. Cuma pakai sekali lepas tu tak pakai-pakai dah. Jadi saya potong dan jahit semula untuk Melly. Nampak sesuai.

Oklah untuk tambahan koleksi skirt Melly kan.

Untuk skirt tutorial, boleh lah klik di sini untuk browse sambil jamu-jamu mata, sambil cari ilmu menjahit. ;-)


Skirt, Sewing Corner | 6 Comments
 

Gadis bunga yang tak pegang bunga
Sunday, March 17, 2013
Posted on 2:25:33 PM | 5 Comments


setelah lama-lama-lama tak jenguk mesin jahit untuk jahit dress, akhirnya saya berjaya paksakan diri juga. macam ni jer lah. simple. dapat lah sepasang dress flower girl dalam sehari. tu pun kena hantar harez ke neseri. :D


inilah budaknya si flower girl. happy sangat dapat pakai dress macam pengantin.


sama-sama dengan pengantin. memang sangat sedondon.
tapi flower girl tak pegang flower pun?


buat nurul & suami, selamat pengantin baru.
semoga berbahagia hingga ke akhir waktu.


Dahlia Dress, Sewing Corner | 5 Comments
 

Pink and blue.
Saturday, November 17, 2012
Posted on 12:59:41 PM | 9 Comments

Tadaaaa!! I'm back!

Back lah sangat.

Di kesibukan yang melampau, dapat juga curi-curi masa menjahit dress ni. Sibuk kat kerja. Sibuk kat rumah. Tahu jer lah anak dah tiga ni. Si kecik pulak memang nak berkepit dengan mak selagi ada depan mata. Layankan je.

Ni dress mek Auni. Idea dan kain dari mak dia lah. Saya tolong realisasikan saje. Untuk ke kenduri kahwin katanya.

Dress ni guna kain cotton dan kain lace untuk bahagian dada. Sekarang memang trend kain lace kan. Banyak jumpa baju lace. Comel je.


Dahlia Dress, Sewing Corner | 9 Comments
 

sebab matahari terus bersinar.
Monday, August 13, 2012
Posted on 10:15:31 PM | 13 Comments

agak berjerebu akhir-akhir ni.

dan saya berkesempatan menjahit sunny dress yang comel ini.

Fabric:
Freshcut by Heather Bailey - Painted Mum
Ta Dot by Michael Miller - Raspberry


Dahlia Dress, Sewing Corner | 13 Comments
 

Peasant Blouse
Friday, August 03, 2012
Posted on 10:55:49 PM | 10 Comments

Ingat lagi skirt rama-rama yang saya buat bulan lepas? Kebetulan ada perca kain yang warnanya memang sama. Jadi saya buatkan matching peasant blouse. Simple je.

Tutorial peasant blouse ada di sini. Saya cuma adjust ukuran ikut badan Melly sekarang. Dan untuk lengan, saya buatkan ukuran separuh lengan.

Poplook tak?

Macam biasa, siap saja, Melly lah kena jadi modelnya. Dah baju tu pun memang dia punya.

Poplook lah sangat.

Ya. Saya sangat suka dengan kombinasi baju dan skirt ni.
Nampak sangat serasi.
Boleh pakai raya.

Oh. Melly kurus sikit bulan puasa ni.



Top N Bottom, Sewing Corner | 10 Comments
 

Tentang Skirt - Hunky Dory
Friday, July 20, 2012
Posted on 7:40:01 AM | 12 Comments

Ini yang terbaru. Dua-dua skirt ni saya guna koleksi fabrik dari Hunky Dory by Chez Moi. Dulu saya memang gila dengan kebanyakan corak dari koleksi Hunky Dory ni. Semua cantik-cantik belaka. Sudahnya saya simpan saja sebab sayang sangat nak guna.

Ini closed-up untuk skirt Hunky Dory warna hijau.
Sangat suka dengan warnanya. Saya buat layer beropol.

Setelah digayakan, oleh siapa lagi kalau bukan tuan empunya.

Ehem! Ehem! Melly happy tu sebab sekarang dia sudah bertindik. Lama dah dia mintak nak pakai subang, macam sepupu-sepupunya, Fatma & Nia, macam kawan baiknya, Auliya, yang hari-hari dia sebut. Kitorang je tak sampai hati. Tapi masa tindik, Melly tak nangis pun, cuma muka kelat sikit. Hehe..

Yang ni pulak skirt Hunky Dory warna pink. Yang ni saya cuma letak layer je, tak beropol.
Dan saya sematkan riben kecik untuk menaikkan serinya. Serinyaaa lah!

Tu dah pakai. Seronok sangat si Melly.

Oklah ini dulu. Sudah-sudah lah kot buat skirt Melly, kan. Sambung lenkali ya..


Akhir sekali, bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak, dengan segala kerendahan hati, saya mohon maaf zahir dan batin atas segala silap dan salah. Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini dan semoga segala ibadah kita diterima Allah Subhanahu Wata'ala.


Top N Bottom, Sewing Corner | 12 Comments
 

Tentang Skirt - Si Rama-rama
Wednesday, July 18, 2012
Posted on 8:04:00 AM | 6 Comments

Skirt ni yang paling Melly suka. Bila tanya kenapa, satu sebab dia warna pink. Yang kedua, sebab corak butterfly. Satu lagi sebab ada riben. Memang elok sangatlah semua yang dia suka, ada.

Kali ni saya buat tiered skirt - bertingkat kot kalau sebut dalam Bahasa Melayu. Dah cukup warming up hari tu, pegang mesin pun dah ok, so bolehlah buat yang lebih rumit sikit. (Rumit lah sangat. Haha!)

Nama kain, Mod Butterflies in Pink dari Fandango Collection by Henry Glass Fabrics.

Ok. Cari-cari di sini untuk skirt tutorial.


Top N Bottom, Sewing Corner | 6 Comments
 

Julai. Tentang Skirt.
Monday, July 16, 2012
Posted on 10:50:41 AM | 6 Comments

Tengok-tengok balik almari kain, banyak lagi designer cotton yang saya kumpul-kumpul dulu. Nak buat dress macam malas. Jadi saya buat skirt saja. Dah nama pun warming up, jadi saya buat yang simple je. Ni saya guna kona cotton shocking pink di padankan dengan kain bercorak jalur warna terang, Luna by Gail Fountain for Maywood Studio.

Melly memang suka pakai skirt. Skirt yang ada semua dah singkat. Almaklum, mak dia rajin sangat.


Tapi bila dah start buat skirt ni, jadi seronok pulak dok matching kain.

Yang kedua ni, saya gunakan kain Leanika by Free Spirit Fabrics. Sebenarnya sayang sangat nak guna, api sampai bila nak simpan, kan. Kali ni saya padankan dengan kona cotton warna koko.

Dah nama pun dia punya, happy lah dia. Raya pun nak dekat kan.

Melly dengan inainya.


Melly dah semakin tinggi. Setengah ela designer cotton yang selalu saya beli, cukup-cukup untuk skirt dia. Kena tambah kain lain untuk panjangkan sikit. Nanti kita buat lagi ya.

Oh ya! Dapatkan tutorial skirt di sini: Pinterest.
Ada skirt untuk budak. Ada juga skirt untuk mak budak. Untuk anak dara pun ada.
Pilihlah yang mana suka. Buat semua pun boleh ;)


Top N Bottom, Sewing Corner | 6 Comments
 

Skirt - untuk saya dan Melly
Monday, November 28, 2011
Posted on 5:12:21 PM | 12 Comments

salam maal hijrah.

baik. agak sudah sangat lama blog ini tidak berupdate. akan terus diusahakan agar diri ini lebih rajin untuk berkongsi cerita dan idea, walaupun sudah tahu yang diri sendiri akan tidak berapa rajin untuk menjahit. tapi...

tada!!!!

berkat kerahan tenaga, dapat juga saya selesaikan 2 helai skirt, sedondon saya dan melly. itupun belum sempat pakai sama-sama lagi.

skirt saya adalah jenis a-line, dan skirt melli adalah skirt ropol. sebab skirt melly adalah kain lebihan dari skirt panjang saya dan tak berapa cukup, jadi saya cantumkan dengan kain corak yang sama tapi berlainan corak.

ok tak?

jumpa lagi!


Top N Bottom, Sewing Corner | 12 Comments
 

wordless
Sunday, September 11, 2011
Posted on 8:31:24 PM | 4 Comments


Dahlia Dress, Sewing Corner | 4 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server