HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Review

Aih! kate last hari tu?
Friday, September 03, 2010
Posted on 1:37:29 PM | 10 Comments

Haha! Hari tu ingat dah habis.. sekali tak perasan ada yang tertinggal. :P

Dah sampai ke tuan punya pun. Boleh baca di sini.
TQ Reena!


Camera Strap Cover, Review | 10 Comments
 

Box Pleat Skirt Sewalong
Tuesday, May 04, 2010
Posted on 7:51:18 AM | 8 Comments

Bulan 4 dah 4 hari berlalu. Ini gambar-gambar skirt yang join Sewalong hari tu. Lama betul rasanya kan. Sampai saya pun hampir-hampir terlupa.

Aisyah

Skirt pertama ni dijahit oleh Aisyah. Gigih betul dia buat 2 helai untuk baby yang bakal lahir (yang ni tambah gigih kuasa 10) dan untuk anak buah dia. Comel kan skirt bunga-bunga pink cam ni. Tahniah Aisyah, bakal menimang tuan puteri. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. Amin.


Suzie

Hijau dengan pink memang sepadan. Lagi-lagi bila coraknya bunga dan polkadot. Tambah lagi bila guna designer cotton. Memang boleh meruntun jiwa. Walaupun Suzie kata takde girl dalam rumah dia kecuali dia, tapi tetap dia buat skirt ni untuk anak bff nya. Bagus betullah. Tambah gigih lagi sebab letak zip bagai.


DeLLA

Warna merah menyala ni memang warna yang menawan. Lagi-lagi bila bunga bertemu polka dot, kan saya dah kata saya memang suka. Yang kelakar bila tengok modelnya yang seksi habis. Haha! Uppss.. takde kat sini. Boleh click gambar tu kalau nak tengok.


Hidayah

Memang betullah yang macam Hidayah cakap, memang box pleat ni glemer di kalangan langsir. Haha! Walaupun Hidayah kata dia amatur, tapi tengok tu , cantik dan kemas je dia jahit. Saya pun bukan pro. Hahaha! Pun main belasah jer. Sukatan pun ikut suka sendiri je.


Zu-E9

Saya suka corak-corak kain Ikea yang seangkatan dengan ni. Box pleat skirt yang mula-mula saya buat pun guna corak lebih-kurang cam ni. Ni lagi sorang gigih sebab siap buatkan baju sekali. Comel jek.


TinyTini

Wah! Comel betul Damia ni senyum malu-malu. Best skirt ni sebab siap baju dari fabric yang sama. Dah jadi macam dress kan. Warna pun sweet jer. Polka dot ngan stripe pun memang sesuai.


Zura

Ini satu-satunya skirt dari denim. Memang cantik. Bila dibuat dari denim ni, memang terasa lasak, tapi bila combine ngan kain bunga-bunga, terus nampak ayu. Saya suka kombinasi fabric ni.


Durra

Yang ni satu-satunya skirt yang guna teknik knife pleat. Yang buat saya suka sangat tu corak kainnya yang Scottish. Sebenarnya kalau tengok betul-betul lebih kurang je dua-dua lipatan ni, cuma sebelah lipatan di arah bertentangan.


Sellynna

Pun gigih jugak, buatkan untuk anak buah terchenta katanya. Comelkan.. box pleat dia kat bawah jer.. Bunga dan polka dot jugak. Kaler pun sweet jer..


Akhir kata dari saya (wah! macam tulis surat zaman dulu-kala) terima kasih semua yang join! Lain kali join lagi yer!


Sewalong With Maya, Review | 8 Comments
 

feliz dress
Saturday, March 06, 2010
Posted on 9:26:28 PM | 8 Comments

picture credit to Princess Closet

first time jumpa feliz dress (baru je saya tau namanya feliz dress, sebelum ni sebut dress tingkat-tingkat je :P) yang dibuat oleh orang malaysia. mungkin ada kot orang lain buat, tapi yang ni yang first time saya nampaklah...

saya memang suka tengok dress jenis gini. memang ada rasa macam nak buat cuma takut tak terpakai jer.. sebab terasa cam bangsawan pulak. hahhaa.. rugi tau kalau tak pakai sebab nak buat perlukan kesabaran yang tinggi. yer lah.. buat dress 2 tingkat pun dah sesak nafas.. ini pulak bertingkat-tingkat.. :D

salute to kak azida. tabik spring!


kalau nak jamu mata tengok feliz dress orang lain, boleh klik sini: flickr.com ;)


~ The Craft Links, Review | 8 Comments
 

Ottobre Sew-Along by Zura (January)
Thursday, February 18, 2010
Posted on 12:41:54 PM | 4 Comments

suka lagi.
kali ni sebab di-review oleh Zura dalam entry Ottobre Sew-Along - Three Way Dress

sambil-sambil tengok hasil dress dari kawan-kawan lain. macam-macam warna, corak dan fashion pun ada.

thanks zura! lain kali buat lagi yer..


Sew Along, Review | 4 Comments
 

jom jahit by tinihani
Wednesday, February 03, 2010
Posted on 9:15:15 AM | 2 Comments

suka tengok hasil gaun-gaun yang berjaya disiapkan bersempena jom jahit untuk bulan januari di blog hani..

macam-macam kaler. macam-macam corak. macam-macam gaya.

betullah orang kata, walaupun basenya sama, dan patternnya pun sama, kadang-kadang hasilnya buleh jadi lain. depends pada orang yang membuatnya. macam, air tangan jugalah kiranya. :D

terima kasih hani. saya sangat seronok join benda-benda cam ni. sekurang-kurangnya tahu lah apa nak buat dengan kain-kain yang ada tu.. dan bila tengok orang lain start buat, kita pun terpanggil nak buat. tak semena-mena mood pun datang. hmmmm.... lepas ni apa pulak ya?


Sew Along, Review | 2 Comments
 

yang buat saya jeles
Monday, August 17, 2009
Posted on 4:50:35 PM | 10 Comments

cewah.. tajuk cam yo-yo-oh kan..

ok ini senarai blog dari seluruh dunia (huhu.. pengsan nak jelajah seluruh dunia). oklah.. sikit saja dari seluruh dunia yang ada pada google reader saya.


  1. cocoricooo ~ thailand

    tengok saja cara dia ambil gambar. sangat kreatif. bahkan tempat dia buat craft pun buat saya sangat jeles. kraft nya sangat cantik-cantik, dijual di etsy. murah pulak tu kalau dibanding dengan harga orang putih. hantar barang ke pejabat pos naik moto.. uih.. nampak sangat romantik. padahal takde couple pun.. tetiba perasan romantik.

    tapi saya tak tahu kenapa diorang ni dah tak update blog lagi. last is on last march.


  2. cocomomo ~ indonesia

    tak tahu kenapa diorang ni suka letak nama start dengan coco... mungkin sebab kita negara asia tenggara ni, kulit sedikit koko, berbanding dengan orang putih. haha.. mandai..

    ini pun sama. gambar-gambarnya buatkan saya sangat jeles. presentation dia untuk barang-barang craft dia sangat mengagumkan jiwa dan raga. simple and sweet. akan saya jadikan panduan.


  3. misako mimoko ~ barcelona

    tengok ade ko jugak kat hujung. mungkin saya kena letak something ko jugak untuk jadi macam diorang. komai mungkin. konaz mesti suka idea ni. kalau nak glemer sikit mungkin jadi cocomaya. haha.. buat lawak sendiri pastu gelak sendiri. :P

    kraf memang dah cantik. tambah lagi gambar-gambar diambik pun cantik. makin bertambah-tambah cantik lah kan. orang kalau dah kreatif, memang macam-macam agaknya ada dalam kepala diorang kan.


persamaan yang ada pada diorang ialah diorang buat craft yang comel-comel. tak semestinya kerap. yang penting presentation sangat menawan hati.

oklah 3 dulu. lain kali saya sambung lagi.


~ The Craft Links, Review | 10 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server