HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Not So I.T.

Twitter Widget
Saturday, November 10, 2012
Posted on 7:00:48 PM | 4 Comments

Oh! Punyalah lama tak godek-godek blog, dah ada twitter widget yang baru.

Suka twitter widget yang ni. Sebab terus nampak gambar. Meriah sikit.

Macam kat sebelah ni. Comel kan? kan? Haha!

Lebih lanjut di https://dev.twitter.com/docs/embedded-timelines


Widget, Not So I.T. | 4 Comments
 

CSS Tuesday - Script Font
Tuesday, January 17, 2012
Posted on 7:15:05 AM | 2 Comments

Work your hardest. Think your smartest. Dream your biggest.
Be your greatest. Love your fullest.
Smile your brightest.

Happy Tuesday!

Love,
Maya

------

Suka tak dengan font atas tu? (Kalau tak nampak, silalah refresh :D)

Ok. Kalau nak buat font macam kat atas tu (tiba-tiba pulak ada tutorial, kan? hehe), mula-mula, letak ni dalam <head> pada HTML file.

<link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Dancing+Script' rel='stylesheet' type='text/css'>

Lepas tu, pada CSS style, letak font-family ni pada mana-mana style yang dikehendaki:

font-family: font-family: 'Dancing Script', cursive;

Contoh:

.scriptfont {
font-family: font-family: 'Dancing Script', cursive;
font-size:18px;
}

Kat content buat macam ni:

<div class="scriptfont">Hello!! Ini Script font saya..</div>

Hasilnya:

Hello!! Ini script font saya..

Senang je kan? :D
Bawah ni ada link-link untuk reference.

Ref:
1. CSS Tutorial
2. CSS Font
3. Google Web Fonts API


Tutorials, Not So I.T. | 2 Comments
 

so, sekarang awak dah ada iphone.
Thursday, June 02, 2011
Posted on 8:32:14 AM | 0 Comments

dah download ni?

klik sini untuk lebih details.

kalau dari phone/ipod/ipad, boleh search yasin saja. insyaAllah jumpa.

saya buat ni tahun lepas. antara applikasi terawal saya. :)
kena download cepat sebab account ni dah nak expired. once account saya expired, applikasi ni dah takde dalam itunes. kot?

semoga kita semua diberkati.
amin.

Update 6 July 2011:
saya dah upload apps ni guna ccount lain. boleh klik di sini.


Not So I.T., Pesanan Khidmat Masyarakat | 0 Comments
 

11 Apps Kesukaan pada Galaxy Tab saya
Thursday, February 03, 2011
Posted on 3:31:29 PM | 15 Comments

Sudah dua bulan lebih saya addicted to GTab ni. Mula-mula dulu, saya pilih GTab instead of iPad sebab saiz dan beratnya yang sangat convenience. Senang nak pegang sambil baring-baring tengok youtube baca buku sebelum tidur. Lepas saya guna, memang rasa sangat suka. Especially bila banyak apps yang free. Dan applikasi dalam GTab saya semuanya free pun.

Ok. Ini senarai apps yang saya ada, tak termasuk default apps dari Samsung. Semua senarai ni cuma dari Android Market sahaja.

  1. iQuran
    Jalan menuju ke syurga.

  2. Jorte
    Organizer terbaik pernah saya guna. Simple, kemas dan nampak semua. Memang jadi productive lah. Calendar dan juga widget dia sangat saya suka.

  3. ColorNote Notepad Note
    Saya senaraikan kerja saya secara details, terutama yang makan masa berhari-hari. Jorte pun ada function macam ni, cuma saya suka ColorNote sebab dia ada widget sticky note dan tunjuk berapa banyak lagi task yang belum siap.

  4. Thinking Space
    Nota berbentuk awan. Sangat bagus untuk kembangkan idea dan terus buat nota bila tiba-tiba dapat idea.

  5. Pulse
    Reader yang paling saya suka. List untuk reader saya termasuk berita duna. Sains. Engadget. Apple. Android. IluvIslam. Tapi susah nak dapat news feed dari berita Malaysia. Ada Utusan je.

  6. Aldiko
    Ada banyak eBook reader untuk Android, but this is still the best so far. Boleh browse beribu-ribu buku free dari banyak source. Boleh import ePub. Yang paling best, version terbaru boleh baca pdf file. Banyak buku pdf nak kene baca ni.

  7. Perfect Viewer
    Best comic viewer ever. Saya bukan pembaca komik pun, tapi sebab dia boleh baca apa-apa bentuk image pun, walaupun image tu dalam bentuk zip file. Senang nak maintain camni. Saya guna untuk baca magazine. :) Sangat smooth dan UI pun simple.

  8. AndFTP
    FTP di mana saja. UI yang simple dan senang guna. Biasa saya guna untuk file sharing.

  9. AndroXplorer
    File manager yang sangat user friendly untuk Android. Ada thumbnail. :)

  10. AppBrain App Market
    Hari-hari saya browse untuk cari apps terbaru. Best sebab boleh tengok orang pakai apps apa, especially yang rajin bagi komen bernas. Boleh filter dan tengok popular apps of the day, week, month etc etc.

  11. Multipicture Live Wallpaper
    Wallpaper dari koleksi sendiri. Sangat bagus bila banyak sangat gambar nak dijadikan wallpaper :). Boleh tukar-tukar sendiri ikut masa yang ditetapkan, dan boleh juga tukar-tukar sukahati. Cuma masukkan gambar dalam folder yang sama.

Banyak lagi saya nak letak, boleh tak.... Saya cuma senaraikan jer eh....

  • RSS Reader: My Taptu, Google Reader, IMDb Movies & TV
  • Social Network & Chat: Facebook, Plume (Touiteur), Foursquare, PingChat!, WhatsApp Messenger, Yahoo! Messenger
  • Documents: Open Office Document Reader, SilverEdit v2 - HTML CSS TXT, Adobe Reader
  • Pengetahuan Am: Wapedia, Useless Facts, Dictionary.com
  • Internet: Dolphin Browser, Opera, WordPress, Flash Player
  • Utilities: Folder Organizer, Barcode Scanner, Wifi Analyzer, Speed Test, CamScanner, Google Translate, RealCalc, Google Finance, SMS Popup, ConvertPad, Wyse PocketCloud RDP/VNC, TuneIn Radio, Antivirus Free AVG
  • Productivity: Springpad, Homework
  • Fun: Art of Glow, Plasma Lamp, Paint Joy - Movie your drawing, Adobe Photoshop Express
  • Games: Angry Birds, Angry Birds Seasons, Break the Bricks, Air Control Lite, Restaurant Story, Farm Story, Klondike Solitaire

And the list still goes on. Termasuk games yang entah apa-apa dan apps untuk Melly dan Elman juga. Kan saya dah kata Android sangat best.

And now, let's share yours... saya mahu tahu juga... untuk menambah senarai apps yang ada.... :)


Review, Not So I.T. | 15 Comments
 

Galaxy Tab vs iPad (versi kenapa saya pilih Galaxy Tab)
Tuesday, February 01, 2011
Posted on 8:54:54 AM | 11 Comments

*ni saya copy balik dari notes kat facebook saya. mana tahu, ada yang nak tahu juga kat sini.. :)



Ada kawan tanya, nak beli Galaxy Tab atau iPad.

Pada pandangan saya lah kan, kalau nak banyak FREE apps, belilah GTab. Sebab banyak paid apps utk iPad boleh dapat free kat Android.

Kalau nak baca ebook, memang GTab lagi best sebab dah memang saiz buku je, dan lebih ringan dan senang handle dan boleh masuk handbag kecik (kalau hanbag kecik macam saya tapi semua barang nak masuk).

Kalau ada 1 simcard je (yang guna kat henpon, macam saya juga), GTab boleh guna untuk call dan SMS juga. So, kalau takde wifi, boleh guna simcard henpon.

Kalau nak ambil gambar, GTab ada camera. Depan belakang. iPad satu pun takdak...

Lagi satu, Android sangat berguna untuk file sharing. Senang nak browse dan transfer file ke GTab dan computer. Copy paste je...

Tapi...... kalau nak brand, belilah iPad. Tak kan kecewa pun. Cuma fulus kene lebih sebab apps dia mahal-mahal. Biase ler, barang branded. >:)

*Update: for more info about the spec, please visit: Refreshed Galaxy Tab vs iPad Specs


Not So I.T., Review | 11 Comments
 

giler!
Saturday, July 31, 2010
Posted on 12:38:04 PM | 8 Comments

kekeke..

ok. serius..

.

.


i so need this.

.


and this.

.

and this.. err... i mean the 27" one.

all for development & testing.

boleh?


Not So I.T., Wishlist | 8 Comments
 

lot.my
Monday, April 19, 2010
Posted on 6:07:54 PM | 10 Comments

kawan-kawan,
kamu mahu online shop? secara free? senang dihandle?

saya tahu ramai yang nak kan? saya jumpa satu website yang sangat membantu.

lot.my

boleh setup kedai di sana. boleh upload 30 product free (kalau nak lebih kena email diorang). dan perancangannya diorang nak buat domain lain untuk premium user akan datang.

user interface pun clean & tidy & simple (saya memang suka yang simple - less is more). boleh pilih-pilih layout dan tambah background. siap ada shopping cart. senang nak manage order. boleh letak payment gateway sendiri. paypal pun boleh. bank's transfer cam biasa pun boleh.

memang senang banget lah. as simple as ABC orang putih kata. kenapa free? tu saya tak tau.

review ni tak berbayar pun. sekadar pesanan khidmat masyarakat. harap dapat membantu siapa-siapa yang mahu berbisnes.

* kalau ada sebarang soalan, boleh tanyakan pada empunya website ya. ada faqs pun. saya mungkin tak dapat nak jawab sebab saya pun tak habis explore lagi. tapi sekurang-kurangnya ianya amat mengagumkan saya.


Not So I.T., Review | 10 Comments
 

i follow
Monday, March 29, 2010
Posted on 7:24:02 AM | 11 Comments


saya dah pandai bertwitter. yay!
tengok kat sebelah kanan tu. kan senang saya nak update status.

asalnya ingat nak buat satu module status kat blog kesayangan ni.. sebab kadang-kadang terasa nak tulis something, tapi pendek sangat kalau nak jadikan entry. tapi tak nak letak kat facebook. boleh?

bila fikir-fikir balik, daripada saya penat-penat buat, baik saya guna yang dah sedia ada. yang lagi banyak functionnya. itulah permulaannya saya join twitter. sebelum ni tak register pun sebab takde nak guna pun.. sekarang baru nampak.

mula-mula sekali saya paksa rina join juga, sebab nak tengok cemana hasilnya. hehe.. tq my fren. ok.. sapa-sapa macam terasa nak follow-follow (hahahaha..) saya, boleh jumpa saya di http://twitter.com/mayacaz

harap-harap rajin lah saya mengupdate status.


Kisah Saya, Not So I.T. | 11 Comments
 

Online Catalog
Monday, February 22, 2010
Posted on 9:39:35 PM | 10 Comments

http://estore.zilakasim.com/

ini estore kepunyaan zila. banyak lagi sebenarnya barang dia. macam-macam sewing tools dia ada dan kebanyakannya memang saya tak pernah nampak dan yang tak terfikir pun ada. bila nampak depan mata, memang macam nak semua rasanya.


http://www.zilakasim.com/

ini blognya pulak untuk catatan hari-hari. kira satu pakej blog dan estore. peminat pink ni.


http://lovemelots.crazyartzone.com/

yang ini pulak, LoveMeLots, tak lain dan tak bukan mestilah zura punya. tengok saja fabrik yang ada, macam nak gila dibuatnya. zura adalah partner terbaru saya di crazyartzone.com online catalog. seronok bila ada partner ni. nampak hidup sikit kedai saya tu. dan ya, sudah disematkan dengan logo terbaru. yay!

tq banyak-banyak buat zila & zura!


Web Site, Not So I.T. | 10 Comments
 

Google Buzz
Wednesday, February 10, 2010
Posted on 1:13:20 PM | 4 Comments

... ah sudah! google buzz pulak!

kalau sekarang kita sibuk-sibuk dengan facebook dan twitter (saya takde twitter pun), lepas ni boleh buat-buat sibuk dengan buzz pulak. hrrmm....



Not So I.T., Review | 4 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server