HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Makan-makan

durian pancake lalala!
Monday, May 17, 2010
Posted on 8:55:02 AM | 15 Comments

durian dan cream yang disalut tepung.

first time saya makan durian pancake, kawan saya belikan balik dari berjaya timesquare. makan seketul, tapi sampai ke malam terasa sedapnya. saya memang suka durian. sebab tu kot rase sedaapp sangat.

semalam, lepas balik meeting tergempar di petang ahad, saya singgah ikano. cari durian pancake. senang je nak cari, kat area stall lower ground floor, depan bread story. ada jugak cempedak pancake dan mango pancake. tapi saya cuma beli durian pancake jer. 1 pack, RM10 untuk 6 ketul. saya beli 2 pack. sedap giler! sampai rumah terus habis. memang betullah hantu durian!

tapi rasa dia ikut durian tu jugak lah kan. sebab saya rasa, walaupun yang ni dah sedap sangat, tapi yang kat timesquare laaagi sedap sangat. mungkin ikut musim jugak. atau mungkin sebab hari tu makan seketul je tu yang rasa sedap sangat.


Makan-makan | 15 Comments
 

Alaa... Kassim!
Monday, May 03, 2010
Posted on 1:21:09 PM | 6 Comments

Best ada sedara kat Melaka Tapak Warisan Dunia ni. Nak pergi makan kat ceruk mana, diorang boleh bawak - asalkan diorang tahu :P. Sabtu tengahari kami makan di kedai Nasi Beriani Majeedia Haj. Memang sedap. Cukup rasa lah orang kata. Padahal adik saya yang duduk Melaka tu pun baru discover tempat ni sebab kat GPS tu tulis "The best Nasi Beriani in town". Kalau tak, confirm tak tau walaupun dekat dengan rumah sendiri.

Ok. Nak cakap banyak pun tak best sebab takde gambar nasi beriani best. Sampai-sampai terus terkam tak ingat nak ambik gambar. Confirm masing-masing kelaparan sebab jem kat Plus highway menuju ke Melaka. Nasib baik ada orang tu bijak amik exit Jasin, walaupun selalu ambik exit Ayer Keroh. Itu pun 3 jam setengah nak sampai destinasi.

Yang sempat diambil gambar, inilah... Gerai Ikan Bakar Alaa... Kassim di Medan Ikan Bakar Alai. Best giler. Haha! So far takdelah tempat ikan bakar yang saya rasa tak best pun. Semua pun best. Tapi yang ni, huwaaaa!! tengok orang yang datang bertalu-talu sampai dok risaukan, pukul berapa lah diorang ni boleh makan. Yang datang lewat sikit tu sampai kene parking jauh-jauh atau parking je rata-rata sampai tuan rumah panggil polis suruh alihkan kenderaan yang parking depan rumah diorang sampai diorang tak boleh keluar. Nasib kami baik sikit je dapat parking kat parking lot.

Adik saya tengah mengutip udang. Saya pulak tengah mengutip ketam (tiada dalam gambar, nampak lengan je). Saya sangat suka ketam.

Ni gambar Melly tengah sibuk juga memilih ikan. Padahal ikan pun nak sama saiz ngan dia. Tak dapat pegang ikan, pegang ekor pun jadilah. Kan Melly kan?

Ni gambar family saya yang sedang menunggu makanan. Kanak-kanak riang seramai 6 orang dah awal-awal bedal nasi lemak dulu sampai kenyang. Yang kami-kami ni, mak-mak dan bapak-bapak budak sedang mengawal air liur tengok udang-sotong-ketam-ikan di meja sebelah.

Itu pasal gambar makanan tak ada jugak. Sebab terlupa. Sebab bila makanan sampai je semua terus serbu. Menu kami taklah banyak pun, setakat ikan jenahak masak 3 rasa, udang goreng butter, ketam masak merah, sotong goreng tepung dan pari bakar saja. Eh! nasik lemak 15 bungkus, otak-otak 10 ketul dan air kelapa 2 jug. Jumlah semua, untuk 8 orang dewasa makan sampai kekenyangan adalah tak sampai RM150 pun. Baru tahu kenapa orang ramai datang bertalu-talu.

Eh! Cerita Melaka ni akan bersambung lagi... Kate suka pergi Melaka kan.. :)


Travelog, Makan-makan | 6 Comments
 

rupanya tg karang pun ada mee udang banjir
Monday, April 12, 2010
Posted on 1:32:39 PM | 12 Comments

selama ni saya dok telan air liur jer lah bila orang sebut mee udang banjir. almaklumlah suami saya dan saya sendiri bukan jenis yang rajin jalan-jalan cari makan. kalau ade, ade lah.. kalau takde, tak rajin nak cari sampai dapat. tapi dok lah terliur-liur. padan lah muka kan.

sekali tu semalam bila rina datang ke kampung saya, suami dia pulak cerita pasal mee udang banjir di tg karang. terus tanya mak, ade ke mee udang kat tg karang? mak kata ada, di batu 9. tu pun pernah nampak je, tak pernah singgah.

petang tu kami ronda di batu 9. sempat tanya kakak yang tengah lepak petang-petang kat depan umah dia di batu 9, tentang lokasi mee udang banjir. oh! rupanya di batu 10. ok. kedepan sedikit.

hahaha! gambar semua sama jer padahal.
saja nak letak banyak-banyak.

jumpa! betul-betul tepi jalan di sebelah masjid batu 10. walaupun nasrun (suami rina) kata itu bukan kedai mee udang yang dia pernah makan, tapi boleh jugak lah. sedap giler okeh. harga pun murah. lepas ni boleh datang lagi bila balik kampung.


Makan-makan, Travelog | 12 Comments
 

sambal belacan
Wednesday, January 06, 2010
Posted on 11:18:59 AM | 2 Comments


Cinta itu
boleh diumpamakan bagai
makan sambal belacan

Walau pedas
hingga mengalir air mata
masih mau dimakan jua

Cinta jangan dibuat macam goreng pisang
sungguh enak bila makan panas-panas
bila ia sejuk jadi kurang enak
hohoho! hilang sedapnya

- Saiful Apek -


Lagu, Makan-makan | 2 Comments
 

pulut dan durian (bila bersatu)
Monday, August 03, 2009
Posted on 10:48:32 PM | 24 Comments

ramai tahu rasanya, skill memasak saya memang ke laut.. laut dah lah bukan sebarang laut, ni laut dalam. tapi ada mase saya teringin gak nak masak-masak.

minggu lepas saya try pulut durian resepi kawan saya ni. huh! sib baik ade orang baik hati letak resepi kan.. kalau tak, meleleh lah air liur budak dalam perut mak budak ni dok asek tengok gambar pulut durian orang tu. ni lah first time rasanya saya makan pulut durian. saya memang suka durian. pulut lagilah saya suka. kat sawah ayah saya tu, dulu-dulu selalu tanam pulut jugak. untuk kami makan sarapan.

saya makan lah sepinggan. entah tekak saya yang tak buleh terima, atau pun memang saya buat tak sedap. saya rasa lebih pada saya buat tak sedap kot. yerlah.. tangan sangat keras nak memasak kan, sape suruh. harap-harap sangat lah kan, orang yang saya ikut resepinya tu, satu hari nanti jamu saya dengan pulut durian dia. baru lah saya dapat nikmati pulut durian yang sedap sehingga menjilat jari.. mungkin jugak nanti kita dapat bukan saja makan pulut durian dia, dapat pulak makan di pangkin di dusun durian di tangkak. nyum nyum... nyamannya....

minggu ni pulak saya buat pulut versi saya. eh! same pulak bunga kat pinggan tu dengan bunga kat signature saya tu.. sebab saya dah terbiasa makan yang jenis macam ni kot, sebab tu saya suka sangat-sangat versi yang ni. dengan sambal bilis dan telur mata. lagi sedap kalau ada ikan gelama masin. makan panas-panas. wallaauuu... tak terkata nikmatnya...


Makan-makan, Kisah Saya | 24 Comments
 

jemput makan jemput-jemput
Wednesday, February 04, 2009
Posted on 3:23:45 PM | 8 Comments

saya memang suka jemput-jemput ikan bilis dari saya kecik lagi.

ade orang kate, nak buat jemput-jemput sedap, campurkan nasi yang ditumbuk dan gaulkan bersama tepung dan bahan-bahan lain.

ade orang kate pulak, gunakan air suam.

yang lain kate lagi, campurkan sekali telur ayam.

ade juga yang kate, biar adunan tu cair sikit.

satu lagi petua, orang kate, jangan dikacau sangat. gaulkan sikit-sikit, terus goreng.

semua saya dah buat, dan saya prefer yang dua-dua terbawah tu. bahan-bahan yang saya guna, tepung, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, kentang, sedikit garam dan air kosong. saya tak suka yang letak jagung tu.


Tips dan Petua, Makan-makan | 8 Comments
 

Bubur Dan Sup Ikan Haruan
Tuesday, April 29, 2008
Posted on 2:13:29 PM | 5 Comments

Ni lah makanan aku sekarang ni.. memang sikit saja.. sebab memang tak lalu makan pun.. Tapi semalam aku ngelat gak buat jemput-jemput bawang + ikan bilis... Sekarang ni pun ikan haruan tu dah habis.. so, kadang just lauk ikan bilis & ikan masin saje.. besttt..

Oklah.. bagus gak pantang-pantang ni walaupun aku tak berapa ikut... harap-harap dapat turunkan berat badan by the time aku habis mc nanti.. huhu..

Ade mase aku rase menyesal gak buat treatment nih... Sakit ya amats.. Tapi yer lah.. takpe sakit mase ni dari terus sakit di mase depan kan... biarlah kali ni je sementara aku masih ade kudrat nak tahan sakit nih.. sekarang ni tak laa memanjang sakit.. cume adelah mase2 yang tiba-tiba rase tersentap..


Makan-makan, Kisah Saya | 5 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server