HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
MJ

Patin Temerloh & Gajah Kuala Gandah
Saturday, November 20, 2010
Posted on 10:42:17 AM | 0 Comments

Bersama-sama geng MJ, di hujung minggu kami layan ikan patin dan gajah mandi. :)

Ni Gerai Pak Usop.
GPS: E 3.4487277, N 102.42262

Sangat sedap masakannya. Gulai tempoyak ikan patin. Pergghh!!

Ekor si patin yang menjadi habuan kami.

Dah kenyang makan, singgah Kuala Gandah tengok gajah mandi.

Nak naik gajah masuk dalam air pun boleh mase ni.
Tapi kami cuma tengok je. Tak terjun sungai pun.

Jadi kami cuma intai-intai gajah jer.. :)

gambar kenangan gitu.


Travelog, MJ | 0 Comments
 

bendang
Wednesday, April 14, 2010
Posted on 12:31:55 PM | 17 Comments

kawan saya ni tak pernah ke bendang katanya.
maka, hujung minggu lepas kami pun ke bendang.

di belakang rumah saya di kampung.
kami pun menuju ke palong.

elok pulak padi sudah terbit, tinggal tunggu masa nak masak.
bolehlah rina belek-belek 'buah nasi'.

layan jer sampai kasut masuk selut pun.

terima kasih rina mencemar duli turun ke selut :)


Travelog, MJ | 17 Comments
 

lagi sundress untuk auni damia
Thursday, March 11, 2010
Posted on 8:22:41 AM | 10 Comments

kali ni, kuning hijau pula pilihan mama auni. suka ngan corak kain ni. suka sangat sebenarnya. lagi-lagi bila dah jadi. comel je. nak tengok auni bergaya ngan baju ni pulak.. bila agaknya?

SEI ~ Dill Blossom ~ Blossom Garden


Dahlia Dress, MJ | 10 Comments
 

sundress: part 2
Friday, February 26, 2010
Posted on 9:13:32 PM | 5 Comments

inilah dia budak comel, auni damia, tuan punya sundress tu. elok-elok saja saiznya untuk auni.

hari ni auni datang dengan mama & papa & abangnya untuk mencuba dan mengambil baju barunya. auni sebaya dengan melly, tapi beza 8 bulan. saiz badan pun sangat berbeza.

terima kasih sangat-sangat pada rina & family.


Featured by kinderkouture, here. And by rina, the owner's mom, here and here.


Dahlia Dress, MJ | 5 Comments
 

hari ini hari ahad
Sunday, July 05, 2009
Posted on 10:46:00 PM | 12 Comments

hari ini saya berjumpa kawan-kawan.

di birthday party dhia & danish.

dan kali ni tak lupa membawa kamera sendiri.

tapi kenapa tak nampak gambar birthday girl & birthday boy pulak?

semua syok sendiri.

macam budak kecik ni yang tiba-tiba syok sendiri.

masa balik tadi, bila saya suruh budak kecik ni tidur,
boleh dia pura-pura tidur sambil buat bunyi berdengkur macam dalam katun...
bunyi, hoooo.. mimimimimi... hoooo.. mimimimimi... hoooo.. mimimimimi...

hahaha!


Kisah Saya, MJ | 12 Comments
 

huh?
Friday, June 26, 2009
Posted on 12:08:16 PM | 4 Comments

huh!..
kujat saya dapat sms pagi2 buta (buta?) kata mj mati... ni apesal pagi2 dah menyumpah seranah suh mj mati ni? dah tak suka mj ke? ade mj yg mati ke? takkan lah kan.. sebab takde nama... atau pun mj bukan nama sebenar ke yang mati?

terus saya call si pemberi sms. ler.. michael jackson ropenyer...


baru saya tahu rupanya, masih sayang lagi dia kat mj.


eh. kejap.. saya sangat teruja dengan kain-kain kotton elin nih... huhu..

rasa gatal-gatal je tangan...


Kisah Saya, MJ | 4 Comments
 

jalan-jalan 4 sekawan
Sunday, May 17, 2009
Posted on 9:40:36 PM | 13 Comments


pis pis kacang pis (ini mentera mj)
inilah kawan-kawan yang berjalan bersama saya.
yang mengheret saya masuk ke kedai coach.
sebab ada orang tu suka beg purple.


ini saya bersama yati.
yang dari pagi sampai ke malam di klcc.
* perhatian: ini gambar selepas.


si baju kelabu. sama tapi tak serupa.
beginilah jadinya tudung yang sama bila digayakan 2 orang berbeza.
sungguh bulat di muka saya. senget pulak tu.
tapi cantik, muncung, terletak di muka kawan saya.
* perhatian: ini gambar sebelum. takdelah nampak beza pun.

eh.. kalau nak beli tudung
yang macam kami gayakan tu
sila cari rina di sini

nota kaki: eh tahniah kepada hafiz. yang jadi juara af7.
bukan yang selalu tak datang kerja tu.


Kisah Saya, MJ | 13 Comments
 

anak-anak saya
Tuesday, May 05, 2009
Posted on 11:03:25 PM | 5 Comments

ini melly dan elman. rindunya saya nak jahit gaun budak.

ya.. kami ke tiara beach resort minggu lepas. sayang hadiah satu juta itu takde siapa yang mahu sebab tak seorang pun yang nak jawap tiara beach resort. maka saya simpan di poket sendiri. wah! banyaknya duit saya..

haha.. sudah sudah jangan merapu. yang saya tahu, tomok yang sekarang sudah menjadi idaman hati kawan-kawan saya tu yang dah dapat satu juta okeh. dan mereka dah menyambung-nyambung nama seperti rimok, jamok, zamok, ziemok, lingomok (yang ni kene tambah go kat tengah sebab dia dok asek sebut dia gomok kan.. amik ko. kekekkekekeke)

eh. cerita saya dah lari tajuk. tak pelah.

nota kaki: kepada kawan-kawan yang saya sebutkan namanya di atas, saya minta maaf ya. saya gurau-garau je. itupun kalau awak perasan yang saya tulis tu nama awak lah yer.. hihi


Anak-anak Kita, MJ | 5 Comments
 

kawan baik saya rupanya seorang selebriti
Thursday, April 23, 2009
Posted on 8:18:52 PM | 8 Comments

memang saya tak pernah sangka dia seorang selebriti. baru minggu ni saya tahu.

bukan sebab dia tak terkenal. seantero dunia orang kenal dia. tapi, menjadi saya memang agak di bawah tempurung.. tahu yang luar-luar saja dan jarang nak ambik tau yang dalam-dalam kecuali kalau memang saya nak tahu. habis dalam tanah pun saya korek.

ok. berbalik kepada cerita kawan saya seorang selebriti tadi, lepas saya dapat tahu, maka saya pun cari cd ceritanya di kedai yang paling hampir dirumah saya, iaitu kedai online m.ybi.ttorr.ent. dan malam tadi saya berkesempatan menonton sampai pukul 2 pagi. takpe, saya dah biasa tidur lambat akhir-akhir ni.

pertamanya saya sukakan cara video tu diambil. angle dia. warna dia. scene dia. memang sangat menarik. dan yang paling kagum sebab filem ni dibuat pada tahun 2001. bayangkan betapa tuanya kawan saya tu sekarang. tapi takpe, sebab dia seorang selebriti, usia tu yang menjadikan dia lebih cantik dan matang.

ceritanya sangat comel di mana kisah-kisah lucu yang pelik dikumpul bersama. mengisahkan seorang budak perempuan comel yang tak ada kawan dan adik-beradik menjadikan dia sangat kreatif dengan cara dia sendiri. dia tunjukkan betapa hidup ni sebenarnya sangat simple cuma orang yang saja-saja jadikan ianya sangat kompleks. saya suka endingnya.

itulah kawan saya, Wan Amelie Poulain, yang sangat merendah diri walaupun beliau seorang selebriti, sampai saya pun tak tau. (saja tak linkkan sebab takut dia marah kalau nuffnang dia menyala)

nota kaki: sekarang saya tahu kenapa orang suka sebut si polan si polan, rupanya diambil sempena nama selebriti terkenal ni - Poulain mengikut lidah orang kita


Fiction, MJ | 8 Comments
 

officially mj
Saturday, April 18, 2009
Posted on 6:29:05 PM | 10 Comments

banner ini saya tujukan khas buat kawan-kawan mj. sila ambil dan framekan di rumah anda.. kalau sudi.. ;D


MJ, Tag | 10 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server