HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Kisah Saya

my retro studio
Tuesday, December 29, 2009
Posted on 1:00:00 PM | 30 Comments

selepas 2 tahun saya bekerja dari ruang tamu, ecewah bekerja sangatlah kononnya tu. haha... akhirnya dapat juga saya memujuk suami saya untuk berikan saya sebuah bilik untuk menjahit (padahal bilik tu rupa stor je sebelum ni). sebab anak-anak saya dah besar panjang sekarang, taklah saya perlu berada di ruang tamu 24 jam untuk monitor semua pergerakan. lagi pun sekarang, bila saya duduk di bilik jahit tu pun, diorang berkumpul juga kat situ. angkut semua mainan-mainan.

kenapa namanya retro studio? sebab radio lama saya tu asyik-asyik nyanyi lagu retro, samaada dari pancaran radio ataupun dari kaset playernya yang masih berfungsi dengan baik. jarang-jarang nak dengar lagu zaman sekarang. haha! memang terasalah keretroannya.. seronok tau. semangat saya nak menjahit sampai dah start buat patchwork quilt ni hah.. sebab syok sangat tengok kain perca masa tengah mengemas-ngemas tu. lepas tu, ada pulak meja untuk saya kerjakan kain-kain tu.

inilah meja yang saya gunakan untuk memotong kain-kain perca untuk patchwork saya tu. cerita pasal patchwork quilt saya yang tengah dalam proses tu, saya dah siapkan 12 block. tengoklah nanti macammana hasilnya. saya bukan tahu pun.. nanti saya cuba-cubalah sambil tengok mana-mana panduan dari internet. saya tak pernah buat pun. sebab tu kena buat yang asas dulu.

ok. bilik ni masih belum siap sepenuhnya. saya mahu tukar langsirnya yang dah kusam tu. mahu decorate sikit dindingnya yang kosong. mahu tambah koleksi kain kotton saya yang seciput tu. sementara nak cari bahan-bahan tu, layan jer lah radio retro saya tu dulu... ni pun dah cukup semangat. anak-anak saya pun suka. sebab dah tak terganggu dengan bunyi mesin jahit bila tengok kartun.


Tools, Kisah Saya | 30 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server