HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Fiction

Mawar Putih Tanda Perpisahan
Tuesday, December 10, 2013
Posted on 9:25:37 AM | 2 Comments

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Saya tertengok cerita ni minggu lepas. Sedih dan terkesan.

Lepas google, baru tau ni drama terbaik Anugerah Skrin.
Patutlah best.

Love the story.
Love the acting.
But I'm still not happy with the ending. :'(

Oklah. Dah 3 kali tengok.
Boleh baca review kat sini.


Fiction, Review | 2 Comments
 

Ma Yan, Delisa dan Rini
Thursday, February 16, 2012
Posted on 8:19:01 AM | 10 Comments

Saya baru beli buku-buku ni.

Saya rasa ramai yang dah tengok movie Hafalan Solat Delisa tu. Tapi, macam movie-movie adaptation dari buku yang lain, lain feelnya bila baca buku. Bukan sebab pengarahan atau pelakon rasanya. Cuma sebab, bila baca buku, kita boleh baca hati orang, faham hati orang. Jadi feel dia memang lebih. Dan sebab ditulis di dalam buku, jadi ceritanya lebih panjang dan lebih terperinci.

Saya baca buku saya menangis. Saya tengok movie pun saya menangis. Anak-anak saya juga menangis. Senyap. Terdiam. Cukup banyak pengajaran dari cerita ni. Belajar tentang sabar. Redha. Kasih sayang. Keikhlasan. Kefahaman. Kesyukuran. Ketabahan. Macam-macam.

Ma Yan pula, cerita dari kisah benar (baca sini: Wikipedia dan sini: The Diary of Ma Yan).

15 hari menahan lapar semata-mata mahu memiliki sebatang ball pen. Dan pen itu yang mahu digadai kerana tidak cukup wang untuk membayar tambang traktor yang ditumpang ke rumahnya sejauh 15km kerana hari hampir gelap, demi menjaga maruah ayahnya. Yang biasanya dia hanya berjalan kaki selama 5 jam meredah tanah gersang di penuhi ular berbisa dan juga perompak, biarpun cuma hanya bekalan 5 keping roti untuk makan malam selama seminggu yang dirompak.

Ya, setakat pen yang seperti selama ni kadang-kadang kita lupa letak duduknya, dan senang-senang pula berganti-ganti.

Mereka hidup di dataran yang kering kontang. Meredah beratus kilometer untuk mencari rezeki, itupun kalau dapat majikan yang baik hati. Entahkan tidak, sia-sia saja pekerjaan selama beberapa bulan, tanpa apa-apa bayaran. Dan naluri ibu juga yang merungkai segalanya. Sewaktu diari Ma Yan diserahkan kepada sekumpulan manusia entah dari mana, tanpa rela.

Dan seperti kata Ma Yan, lapar itu adalah teman rapatnya. Kisah ini bukan kisah zaman dahulu-kala. Tapi kisah pada tahun 2001. Tahun kita sudah mengenal internet. Tahun mulanya saya berblog dan mengukir kisah-kisah yang entah apa-apa.

Rini. Saya belum habis membaca kisah Rini, si gadis Ateis. InsyaAllah kalau best nanti saya sambung review.

Tapi yang saya tahu, banyak sangat pengajaran dari kisah-kisah kanak-kanak dan remaja dari buku-buku ni.


Fiction, Books | 10 Comments
 

What would you do with a letter that changed everything ?
Sunday, June 20, 2010
Posted on 10:34:58 AM | 6 Comments

It was two weeks that would change their lives forever. Soon after John Tyree (Channing Tatum) and Savannah Lynn Curtis (Amanda Seyfried) fall madly in love, their relationship is put on hold. With one leaving to complete his service, and the other to complete her college education, they pass the time by exchanging a continuous stream of love letters, until they can be reunited permanently a year later.

But when war breaks out, their separation is extended indefinitely. Will their relationship survive the greatest test of all: the test of time? Based on the best-selling novel from the author of The Notebook, DEAR JOHN is a timeless romance that will warm your heart.


---

My Comment:

I love both stories, in the book and the movie. I read the book once, obviously because I'm a slow reader and hardly find time to read. I watched the movie more than 5 times already. And watched the trailer again and again. Crazy enough huh?


Fiction | 6 Comments
 

l.b.s.g.a.g.a.l
Friday, June 04, 2010
Posted on 4:09:56 PM | 7 Comments

saya tak expect pun movie tu akan sama tahap dengan buku. tapi ianya jauh-jauh-jauh lebih teruk walaupun sekadar dari apa yang saya expect. walaupun trailer dia sangat-sangat-sangat best dan ost pun sangat-sangat-sangat best.

saya harap sangat ada pengarah yang lebih creative (dan teliti) yang akan mengarah cerita ni lain kali.

ok.. tak yah ulang banyak kali.. sila gugle: review lagenda budak setan the movie.
i'm not alone...


*

---------------------------------------------------------------------------------------
bawah ni update on 8 june, sebab masih tak puas hati lagi.. :P
---------------------------------------------------------------------------------------

kene letak gak lah link ni untuk rujukan mase depan...
Lagenda Budak (tak berapa) Setan.
KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN

* kalau jumpa review best lagi, saya sambung lagi...
* kalau saya ada kuasa, saya akan tukar pengarah


Fiction | 7 Comments
 

dari kisah benar
Sunday, May 30, 2010
Posted on 12:29:19 AM | 8 Comments

the movie

the book


the real Michael Oher & family.

the family in the movie.

saya baru tengok movie kisah benar mengenai Michael Oher. saya bukan paham atau suka pun sukan ragbi. tapi cerita ni sangat memberi inspirasi. sedih pun ya. bagi semangat pun ya.

sampai saya search cerita-cerita dia di internet, sebab nak tengok muka keluarga angkat yang sebenar. baru tahu memang ada bukunya. dan saya baca sedikit sebanyak ceritanya di sini: the ballad of big mike.


Fiction, Motivation | 8 Comments
 

Dear John novel & Sewing Bits & Pieces book
Tuesday, May 18, 2010
Posted on 7:23:30 AM | 15 Comments

Happy betul bila 2 buku yang beli di Kinokuniya secara online dah sampai. Nak harapkan saya sampai ke KLCC entah bila. Saya beli last week, masa tu takde stock. Then saya minta dia simpankan untuk saya bila stock sampai. Senang sangat, tengok-tengok minggu ni dah sampai. Bagus betul.

Kalau saya ke sana, mesti lama giler sebab dok membelek buku-buku lain jugak. Parking lagi. Minyak lagi. Lagi-lagi kalau sampai-sampai je sana, stock pulak takde. Mesti tak best kan.. Lainlah kalau memang kerja area sana. :D

Buku pertama, mestilah yang kene mengena dengan jahitan. Sewing Bits & Pieces by Sandi Henderson yang saya kata saya nak beli sangat buku dia hari tu. Actually tutorial dia semua jahitan yang simple-simple je, tapi presentation dia tu yang best. Sama best macam blog dia lah.

Buku kedua, cerita yang saya dah tengok movienya. Haha! Kan saya dah kata saya suka cerita Dear John tu. Hah! Dengan buku-bukunya saya cari. Tapi saya tak beli yang muka depannya gambar macam movie. Saya memang cari yang asal. Biar lebih feel.. Huhu!


Fiction, Books | 15 Comments
 

the lovely bones & dear john
Sunday, April 25, 2010
Posted on 1:24:24 PM | 6 Comments

... dah jadi macam blog movie review pulak? takpe lah. janji syok.

filem yang diadaptasi dari novel memang selalu nya best. ceritanya banyak dan berangkai-rangkai. dua-dua cerita bawah ni pun based on novel. dua-dua pun saya suka.


The Lovely Bones
the story of a life and a strory that came after..

cerita pasal sorang budak perempuan yang dibunuh dan mayatnya tak dijumpai. dah macam csi kan? tapi tak. dia tunjuk macammana perjalanan roh budak perempuan tu. dia tengok dari jauh macammana keadaan familinya yang lepas tu jadi porak peranda sebab kehilangan dia. dan tengok dari jauh juga macammana lepas tu pembunuhnya hidup bebas dan kesnya yang tak selesai-selesai.

jiwa jadi kacau wo lepas tengok cerita ni. terus terfikir, macammana lah keadaan kita lepas mati.


Dear John
what would you do with a letter that changed everything?

best giler lovestory nih. cerita pasal orang baik-baik takde orang jahat. bila semua orang baik, yang tak bestnya takde sapa yang nak dipersalahkan kan? haha! ok. ini cerita cinta pjj. sapa pernah alami mungkin lebih emosi sebab saya yang tak alami pun buleh jadi angau. saya memang sukalah channing tatum ♥♥ sejak dari step up tu... super macho + hensem giler gitu. eauww..

tengok poster atas tu, baru saya tau the notebook pun based on novel gak.. patutlah best..


Fiction, Review | 6 Comments
 

lagenda budak setan the movie
Friday, April 23, 2010
Posted on 11:46:32 AM | 28 Comments


sila cari trailer dia di youtube.com. memang best giler. lagu dia dah lah best. sinematografi best. arrgghh!!

tapi saya tak suka poster ni. gambar farid kamil cium lisa surihani tu. (ok. tak cium, tapi dah dekat lah tu kan?) keruntuhan moral lah. tak sesuai untuk tontonan umum. lagi-lagi para remaja - which is the targeted audience lah kan (selain mak-mak yang tingat zaman remaja ni.. huhu).

saya dah tak ingat cerita dia cemana. lama giler dah. zaman gadis-sunti-muda-remaja-huha-huha lagi. ya lah, zaman tu sapa tak kenal ahadiat akashah tu kan.

update: ok. dah ingat sikit-sikit cerita dia sebab baca sinopsis somewhere. hahahaha! tapi mesti nak tengok jugak lah.. dah ada pun kawan nak pi tengok...

start 3 jun. mesti tengok. jom jom jom..


Fiction, Review | 28 Comments
 

bila bosan malas nak buat apa-apa
Thursday, February 04, 2010
Posted on 10:03:09 AM | 12 Comments

... saya tengok movie
dengan harapan cerita yang ditengok adalah best..

(500) Days of Summer

saya suka ceritanya yang sweet dan comel, simple and easy. ok, kalau jadi heronya dan ada facebook, boleh letak relationship status sebagai "it's complicated". (lepas tu nanti akan ada orang komen, cari ler yang tak complicated. haha. ok tak lawak pun - sebab tak paham.)

seronok tengok (sambil teringat-ingat... uppsss) cerita cinta budak-budak muda ni. yang seronok dan simple macam ni lah. ceritanya tak meleweh. ayat-ayat dia pun, walaupun simple dan comel, tapi rasanya sangat mendalam. ups and down dalam bercinta yang tak over macam cerita hindustan. adegan kat ikea adalah yang paling saya suka. sangat comel.

tapi kalau kamu cuma suka cerita action. lupakan saja. boleh tido dengan lena.


The Bourne Identity

action dan saya suka action yang macam ni. kurang sikit je dari taken yang sangat saya suka dan tengok berkali-kali tu. actually ni cerita tahun 2002. adalah trilogi. jadi kena tengok dari awal. 2 lagi on que (kena tengok sulam dengan cerita lain, kalau tak, lelah rasanya tahan debaran. cewah)

The Princess and the Frog

saya tengok cerita ni sebab nak ajak anak saya tengok. mula-mula tengok preview tak lah teruja pun sebab 2D je kan. dalam sibuk-sibuk orang dok 3D kan dia pulak keluar 2D. dan ingatkan cerita princess and frog yang biasa.. rupanya tidak. ceritanya lain. dan seronok. dan lawak. dan comel. dan tak boring. macam biasa, cerita-cerita disney memang penuh pengajaran kan. memang best.

dan di akhir cerita, muncul satu watak baru, princess mei li..


Fiction, Review | 12 Comments
 

garden spells
Sunday, December 27, 2009
Posted on 8:31:05 AM | 0 Comments

... buku yang sedang dibaca sekarang

saya jarang-jarang baca buku. nak mulakan baca buku ni pun ambik masa 3 bulan selepas dibeli, selepas terbaca review-review menarik. buku dibeli di kinokuniya online.

dan selepas seminggu saya baca, masih belum habis juga. ada separuh lagi. memang dari dulu sampailah sekarang, saya bukan pembaca laju (baca: fast reader). sama saja sama ada buku bahasa melayu, atau bahasa inggeris lagi-lagilah. sebab saya memang membaca pun dah ambik masa yang lama. lepas tu pulak suka ulang-ulang.

tapi cerita dari buku ni memang best. sesuai dengan kehendak saya. ceritanya simple. yang macam fairy-tale. ada magic. tak complicated. tapi tetap terkenang-kenang (walaupun belum habis baca).


Fiction, Review | 0 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server