HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Anak-anak Kita

Flower Girl
Monday, March 21, 2011
Posted on 12:34:05 PM | 31 Comments

Ok. Bukan betul-betul flower girl sebab masa pengantin datang, mood tidak berapa baik.. Tak sempat nak jalan dengan pengantin...

melly & dania

lukman & dania


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 31 Comments
 

Back to School dan Beg Tuisyen
Monday, December 13, 2010
Posted on 6:55:49 AM | 23 Comments

Senarai barang-barang untuk sekolah Elman dah saya siapkan sebulan yang lepas lagi. Senarai jer lah. Beli sikit-sikit, sebab orang kata kalau saiz kecik ni cepat habis. Tapi masalahnya, anak saya ni, saiz badan je kecik tapi lubang kepala baju melayu tak boleh masuk... Hmm.. Nasib baik lepas cari sana-sini jumpa juga baju melayu yang sesuai.

Bila lagi setengah bulan nak masuk sekolah ni, mak dia ni gabra jugak lah sebab takut ada apa-apa yang terlupa. Macam lah tak boleh beli bila dah masuk sekolah kan. Haha! Biase ler, ibu muda, first time anak nak masuk derjah 1. Ibu muda lah kan sebab anak baru nak masuk derjah 1 kan? Kan? Kan? (Rina mesti jeles bab ni sebab saya jauh lagi muda dari dia.....) Macam tak caya jer....

Buku sekolah pun dah beli. Giler banyak. Dan tengok buku latihan dia... hmm... advance mata pelajaran diorang sekarang ni yer... Mak dia dulu derjah 1 baru nak belajar membaca dan mengira...

Ok. Di samping persiapan-persiapan sekolah Elman, ni dia...

Berjaya juga saya sipkan tote bag ni untuk projek charity Kak Ayu. Bila check balik blog dia, ramai dah yang join.. Alhamdulillah. Cuma sayalah yang macam biasa selalu sangat last minute...

Bolehlah dibawa untuk ke kelas tusyen ke kan.. Atau apa-apa jer lah.. Harap-harap diorang suka..

Nak join? Cepat-cepat! Sempat lagi ni... Saya pun belum pos lagi ni.. Kak Ayu tunggu yer...

* Dulu bila habis form 5, antara perkara yang best ialah tak payah basuh kasut sekolah lagi. Yay! Sampai sekarang saya boleh termimpi-mimpi pasal kasut yang tak berbasuh, jangan tak caya... Tahun depan dah start kena basuh kasut sekolah balik.... dan.. kasut sekolah budak lelaki pulak tu..


Bag, Anak-anak Kita | 23 Comments
 

Fairies here. Fairies there. Fairies everywhere!
Friday, May 07, 2010
Posted on 7:36:42 AM | 20 Comments

Sprites of Tillbrook
Alexander Henry Fabric Collection

Dress ni saya buat simple je. Jenis A-line. Yang susah sikit bab nak menyorokkan tepi kain kat bahagian dada tu. Sebenarnya lebih senang kalau buat bias tape dulu, jahit dari lengan terus jadi tali bahu... tapi saja cari pasal nak buat lain sikit konon. Ambik! Hahaha!

Kat dada tu saya letak getah. Belakang pun. Jadi saya dapat mengelak dari membuat lubang butang atau pun menjahit zip. Senang kan boleh elak-elak.

Sebenarnya saya suka sangat dengan coraknya. Sayang nak potong-potong. Maka jadilah maxi dress yang kosong gitu biar semua gambar fairies tu terserlah. Cuma saya tambahkan tali pinggang asing. Tak lah dull sangat.

senyuman yang buat hati mama lemah longlai..

Tau apa yang buat Melly tiba-tiba nak pakai dress ni?
Tu, bunga 3 kuntum tu... :D


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 20 Comments
 

Paisley & Fairy
Thursday, May 06, 2010
Posted on 1:43:25 PM | 20 Comments

Paisley forever!

Tengok sampai tak sedar dah ada 5 helai paisley yang belum terusik. Cantik-cantik kan? Saya memang suka betul corak paisley ni. Tu pun ade yang saya nak dah takde stock. Kalau tak.... huhu! Sendiri ingat!


Fairies here. Fairies there. Fairies everywhere!

Sprites of Tillbrook
Alexander Henry Fabric Collection

Saya dah siapkan Fairies Maxi Dress ni untuk Melly. Elok pulak hari ni dia bangun awal dan nak mandi. Lepas mandi saya tunjuk dress ni.


Mama: Adik, cantik tak baju mama buat ni?

Melly: WOW! Cantiknyaaaa!

Mama: Adik nak pakai tak?

Melly: Tak nak!!

Hadoi... Sabar jer lah. Wow bukan main siap bunyi excited, tapi taknak pakai. Tercabar mak dia.

Mama: Ni nampak ni fairy banyak-banyak ni.

Melly: Wah fairy. Macam princess?

Mama: A'ah.. Kan cantik-cantik ni macam princess. Ni baju princess mama buat cantik tak?

Melly: WOW! Princess cantiknya....

Mama: Adik pakai baju ni ye?

Melly: Tak nak!!

Mama: Alaaa.. kenapa?

Melly: Adik nak pakai baju Pooh.


Ok.. tunggu jer lah sampai Melly nak pakai baju tu kan..


Stash, Anak-anak Kita | 20 Comments
 

hunky dory meets meadowsweet
Tuesday, April 13, 2010
Posted on 7:45:30 AM | 35 Comments

kan saya dah kata saya tengah gilakan hunky dory dari chez moi dan meadowsweet dari sandi henderson. jumaat lepas, dua-dua yang punya instinct mahu-jumpa-saya-sama-sama-walaupun-batch-order-yang-lain-lain ni, datang kepada saya dengan gembira. haha! sayalah yang gembira..

maka, telah saya gabungkan kedua-duanya menjadi dress yang begini. tada!!!!

dan saya namakan ia hunky dory meets meadowsweet.

gabungan pink dan hijau pucuk pisang memang sangat menyerlah.

lagi-lagi bila coraknya adalah polka dot dan bunga.

oh! saya sangat teruja!

layan jer gambar melly banyak-banyak ni sebab sebelum-sebelum ni melly badmood sangat. tiba-tiba jadi baik nak pakai baju princess, ok, ape-ape dress pun dipanggil baju princess, buat hati mama jadi cair. dan macam-macam pose pulak yang diberi. nasib baik bateri kamera penuh lagi.

mama sangat seronok sebab melly sangat happy!


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 35 Comments
 

Melly's Top
Wednesday, March 17, 2010
Posted on 4:02:03 PM | 5 Comments

tengoklah muka melly tu penangan sunburn. doklah berjemur tengah panas weekend hari tu. layankan je. bukan selalu pun.

sebenarnya nak cerita pasal latest top untuk melly. dapat idea untuk kedut-kedut-tanpa-getah bahagian atas tu dari baju auni. entah betul entah tidak macam tu saya pun ingat-ingat lupa.

jenuh juga nak membuatnya walaupun sikit je. sebenarnya lagi senang kalau pakai benang getah. tapi nak juga cuba cara tak pakai getah ni.. mungkin caranya tak betul kot, sebab tu rasa leceh sikit. tapi oklah.. comel design macam ni kan.

kehalusan bias tape itupun agak menguji kesabaran. tapi rasa seronok sangat sebab boleh siapkan.
yay! huhu!


Top N Bottom, Anak-anak Kita | 5 Comments
 

Skirt Merah
Wednesday, March 10, 2010
Posted on 7:59:42 AM | 20 Comments

Arena skirt pulak. :P

masih dalam proses menggosok.

bahagian pinggang. lupa nak ambik gambar bahagian belakang yang bergetah.

kemasan bahagian bawah skirt.


inilah skirtnya.. tadaaa!!!!

ini bila digayakan oleh melly. saiz adalah untuk 2 tahun. betul-betul paras lutut melly.
ok, akan buat lagi untuk melly saiz 3 tahun.

p/s: zura, apa nama kain ni? nak update database. :P

Update: Pop Garden by Heather Bailey. Tq Snazzy!


Top N Bottom, Anak-anak Kita | 20 Comments
 

weekend sundress
Tuesday, March 09, 2010
Posted on 6:01:43 PM | 6 Comments

Michael Miller ~ Sweets ~ Ice Cream Dot in Chocolate
Amy Butler ~ Love ~ Water Bouquet in Mint

asalnya, yang kaler hijau tu saya nak guna donut printed yang saya ada. tapi sebab nak pakai untuk ke wedding officemate ni, suami saya kata, macam chef pulak. hahaha! walaupun dia kata takpe, tak kisah pun, tapi, saya cari juga alternatif lain.


berkat usaha gigih, it turns out lovely. i love the prints very very much!!! sangat suka dengan hasilnya.


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 6 Comments
 

Shirred Sundress
Tuesday, March 02, 2010
Posted on 7:51:35 AM | 18 Comments

musim-musim panas ni kan... asek ber-sundress jer. padahal bukan keluar pun. duduk saja dalam rumah (ataupun mana-mana bangunan termasuk shopping complex). tapi memang panas kan? lepas hujan pun panas. tengah malam pun panas. pagi-pagi bangun tido pun panas.

ok. idea sundress versi bergetah ni (huhu...) datang dari rina. ikut design baju anak perempuan dia, auni damia, lah ni. asalnya dia suruh saya jahitkan untuk auni, dan tunjukkan saya baju yang asal. alang-alang dia dah tunjuk tu, saya pinjamlah baju yang dah siap tu untuk saya jadikan contoh, sampai baju yang saya jahit siap.

maka.. inilah hasilnya, saya buatkan untuk melly sebagai eksperiment sebab dah lama sangat tak jahit benang getah tu. ini yang terakhir, kalau tak silap saya. ni kain lembut. tapi sebab belum basuh lagi, nampak kejung sikit lah. mungkin kalau dah lepas basuh baru nampak lebih beralun sikit. agaknya lah.

melly ni, kalau time mood dia sangat baik, macam-macam gaya dia buleh buat, siap dengan senyum-senyumnya. layan jer lah sebab dah tengah-tengah malam ni elok pulak mood dia.

ini baju yang asal. macam beza sungguh lah pulak. nak lagi ke rina?


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 18 Comments
 

a-lom-pak a-go-go
Saturday, December 26, 2009
Posted on 11:52:47 PM | 8 Comments

... inilah gaun yang sempat saya siapkan minggu lepas.

... 24 jam mahu pek. malam-malam pun pakai pek (spek yang dah hilang s).


banyak kali saya minta melly try baju ni. tapi dah pandai tak mahu sekarang.


nasib baik hari ni dia mahu pakai, sebab tahu nak pegi jalan-jalan.


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 8 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server