memang betul bagai dikata, bandung itu surga belanja
Monday, June 28, 2010
Posted on 9:48:16 PM |
38 Comments
hehe.. kalau duit berkepuk memang heaven rasanya. tapi bila duit dah menyusut, terus rindu tanah tumpah darahku...

ini kota bandung. kami sampai pukul 11 pagi waktu bandung. terus naik teksi ke hotel di dago. dago adalah di tengah-tengah kota bandung. tempat anak muda berpeleseran katanya. betul-betul di belakang hotel ada satu factory outlet. dan dalam lingkungan 1km, ada bermacam-macam lagi factory outlet. hah! kata nak shopping kan? amik!
sampai hotel, check in satu bilik, sebab baru satu bilik yang ready dan kami terus ke rumah mode.

kalau pernah ke bandung, rasanya tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi. ibu segala factory outlet. ramai betul orang kat situ. sesak sungguh rasanya. tapi hajat di hati tetap perlu dipenuhi. redah jer.

ini hari kedua. pagi-pagi lagi pak supir sudah menunggu dengan innovanya. pukul 8 pagi kami dah bertolak. gambar diambil di puncak tangkuban parahu. jauh merenung ke seberang gunung teringatkan malaysia tanah air tercinta. wah gitu! hahaha!
rombongan yang asalnya 10 orang sudah bertambah menjadi 3 kali ganda bila dicampur dengan peniaga-peniaga souvenir yang mengikut saja ke mana pun kita pergi. memujuk-mujuk dengan menurunkan harga sampai tak masuk akal pun iya. tapi sebab ramai sangat, satu pun saya tak beli. takut bila beli satu , ramai lagi yang hulur suruh beli.

masih di tangkuban parahu. menyusur gerai-gerai yang tersusun di kiri dan kanan jalan. sesekali ada motor lalu. lagi-lagi bila motor naik bukit. sah-sah kena telan asap. souvenir memang cantik-cantik. tapi tempat ni agak mahal dibanding dengan tempat lain.

balik dari tangkuban parahu, kami makan di area sogo paris van java. view cantik, makanannya pun sedap. sempat juga pusing keliling tengok-tengok keadaan yang cantik di situ. on the way masuk ke sogo untuk ganti pampers melly, sempat jeling-jeling, casing iphone murah tiga kali ganda dari sini tapi tak sempat nak tukar segala sebab takut lama. pun tak sempat nak masuk outlet-outlet kat situ, mengejar masa mahu ke pasar baru. saya suka tempat ni. open. cantik.

yang paling ditunggu dan dinanti. naik giler ok? padahal kain baju kurung untuk saya cuma sepasang saja. hehehe. yang lain-lain kebanyakannya saya cuma beli 1m saja. fikirkan bag yang tak cukup luas lagi... padahal fikirkan duit yang dah susut tiba-tiba. :P
hari ketiga, kami menyusur outlet-outlet sambil menahan nafsu. haha! kalau ke sana, jangan lupa singgah terminal tas. tempat kasut dan pelbagai jenis bag. BEST GILER!!... seberang terminal tas ada heritage factory outlet. masa ni heritage tengah sale. barang dia murah dibanding factory outlet yang lain.
satu yang saya perasan, lagu-lagu kat outlet diorang sedap-sedap didengar walaupun tak pernah dengar. kata lagu indon kan sedap. memang betul pun!

ini gambar bila dah sampai di lcct. kalau ikutkan sampai pukul 8 malam, tapi 10 malam baru sampai. selamat tinggal kota bandung. harap kita berjumpa lagi suatu masa nanti ya!
hotel tempat kami menginap tu takde internet. wah! lain betul rasanya tak dapat online selama 4 hari. takde blog. takde fb. takde email. takde ym. nasib baik ada keluarga.
terima kasih yang tak terhingga untuk ucapan-ucapan selamat hari jadi. saya sangat terhibur dan terharu. ;)

Travelog, Kisah Saya |
38 Comments