HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Projek Kebun Belakang Rumah.
Monday, May 05, 2014
Posted on 9:28:41 AM | 2 Comments

Kan dah terseronok bercerita dekat sini.

Saya nak cerita pasal projek Sabtu lepas. Projek membaik pulih belakang rumah biar lebih happening dan cantik dan sedap mata memandang.

Seperti yang dikaji-kaji, difikir-fikir dan dirancang, kami gunakan kayu pallet untuk buat vertical garden. Terima kasih banyak-banyak untuk encik suami yang bersungguh-sungguh menrealisasikan impian isterinya yang julung-julung ini.


Dari mencari kayu pallet, bertukang dan mengecat. I lap you banyak-banyak lah. I tolong sikit-sikit jer, sampai jari pun I ketuk dengan tukul besi. Sakit giler.


Inilah hasilnya bila dah siap. Container botingkek-tingkek. Nampak yummi sangat kan? Almaklumlah kawasan rumah tak ada tanah. So, kena carilah alternative lain, kan?

Haha.. pokok belum banyak lagi yang nak ditanam dalam container tu. Yang nampak atas sekali tu pokok kesum. Makcik saya yang tanam. Saya tolong hias je. Harap-harap cik kesum serasilah duduk tempat baru ni ya.


Bawah-bawah sikit pada cik kesum tu, tempat tinggal cik pegaga. Tapi ni bukan pegaga yang yang sayur tu. Tapi still boleh dibuat ulam, tapi suami saya tak suka pegaga ni. Takpe lah.. letak dulu sementara ada tanah kosong ni. Sementara kita jumpa pegaga betul ya.


Ke tepi sikit, tiga-tiga pokok ni saya angkut dari kampung. Mak saya yang semaikan. Terima kasih banyak-banyak mak.


Last but not least. Ini bunga pokok terung. Baru beli. Haha! Harap-harap cik terung pun serasi dengan tempat ni ya.

Memang berkebun ni betul-betul terapi jiwa. Tambah pula peluh-peluh mengalir memang dah macam bersenam. Orang kata, setitik peluh petani umpama sebutir beras. Eh.. situ pulak. Jenuh nak cari tempat nak tanam padi macam ni..

Jumpa lagi!


My Garden | 2 Comments
 

wani says ...
  waaaw waaawww semangat dah tu,truskan hehe.tk rugi berkebunnn

Reply | Posted on 5/5/2014 2:32:42 PM
 

Why is my Achilles tendon burning? says ...
  Hello would you mind stating which blog platform you're working with?

I'm looking to start my own blog in the near future but I'm having a difficult time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal.
The reason I ask is because your design seems different then most
blogs and I'm looking for something completely unique.

P.S My apologies for being off-topic but I had to ask!

Reply | Posted on 9/2/2017 6:21:09 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 18 + 1 =
 

 
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server