HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Berkebun Bunga Terapi Jiwa
Thursday, May 01, 2014
Posted on 6:48:35 PM | 3 Comments

Haiii...
Lamanya tak mengupdate blog. Entah ada lagi ke yang baca.

Tapi.. eh. Ada lagi ke blog zaman sekarang? :p

Oklah. Life been busy with kerja. Kerja kerja kerja. Hai laaa.. entah bila nak sudah.

Dalam mencari sesuatu yang boleh buat penawar hati, pengubat jiwa, penenang rasa, rupanya ada di laman sendiri (lamanlah sangat). Pokok yang separa hidup tak hidup tu.. eh.. hidup tu memang hidup cuma kurang kasih sayang kot. Kurus je. Ok. Jom kita lebihkan kasih sayang pada pokok-pokok ni.

Operasi bermula. Research.

Terima kasih lah internet memudahkan kerja saya. Terutamanya Pinterest (follow laa saya, mayacaz. Hehe..) Banyak tips yang saya dapat. Banyak idea yang saya kumpul. Banyak semangat yang berjaya disedut.

Makanya hari ni kita ke kebun bunga. Suami saya cadangkan pergi ke area Hospital Sg Buloh. Saya pergi jer lah, padahal bukan dia ikut pun. Banyak pilihan compare dengan nursery yang kat kat Jalan Kuala Selangor tu. Murah pun murah.

Amacam? Teruja tak? Meh tengok lagi.

Oklah cukup dua jer gambar kat nursery. Ada banyak nursery kiri kanan jalan. Tinggal pilih je. Tu pun tadi dah penuh bonet kereta. Lain kali kita ulang lagi ya.


Inilah hasil rembatan. Bila sampai rumah macam... eh.. sikit je.. haha.


Ni yang saya dah prepare 2 hari lepas. Kali ni saya nak guna konsep container gardening. Konsep macam gubahan gak. Kena ada yang tinggi, yang rendah, filler, yang berjuntai.. tapi pokok yang berjuntai saya belum jumpa lagi.

Selepas sejam ade laa kot maka siaplah sudah bunga-bunga ni saya gubahkan.


Ini barisan pertama.


Dan ini barisan kedua. Tak sabar nak tunggu mereka ni membesar. Biar nampak penuh.


Ni antara pokok yang dah besar sikit. Sebab saya guna pokok yang sedia ada kat rumah. Sebelum ni memang tanam sejenis pokok je dalam satu pasu. So saya pecah-pecahkan dan combine dengan pokok lain.


Ini lagi satu.

Seronok tengok bila dah dikumpul cantik-cantik macam ni. Teringat pokok bunga akar dani saya yang dah ditebang 2011 yang lepas. Takpe. Nanti kita buat lagi ya.

Jumpa lagi!


My Garden | 3 Comments
 

wani says ...
  amboiii taman depaaaa,meriahnya pokok pokok tuuu
best kan ada tmn kecik cmtu,jadile buat terapi jiwa kann

Reply | Posted on 5/2/2014 9:56:49 AM
 

maya says ...
  haha.. wani..
cenggini laa orang takde tanah.
sementara tengah semangat ni.. layankan jer..

Reply | Posted on 5/3/2014 9:18:21 PM
 

mizzy n says ...
  ada je yang membaca. macam saya, saya tgk tarikh dia last update. kalau 2013 takde la nak membelek lebih2. kalau ada entry 2014 i layan la.

Reply | Posted on 5/9/2014 6:24:33 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 18 + 8 =
 

 
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server