HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

menentukan harga barang
Wednesday, May 13, 2009
Posted on 12:19:28 AM | 2 Comments

saya bukan kelulusan bidang perniagaan. tapi sebelum saya berani berjual-beli, saya perlu tahu juga, walaupun saya tak jadikan ini sumber pendapatan saya yang utama buat masa ini. tapi untuk jangka masa panjang, siapa tahu, kan? lagipun, perasaan orang lain kena difikirkan juga, kan?

sebagai permulaan, saya tanya pakcik google, menentukan harga barang. tak banyak artikel bahasa melayu (err tipu. sebenarnya saya tak jumpa). yang ada dalam bahasa indonesia. yang bahasa melayu, cuma bercerita tentang harga minyak yang naik (atau bagaimana cara-cara menjadi jutawan segera).

mungkin orang melayu sekarang lebih gemar berbahasa inggeris sahaja. jadi saya tanyakan lagi pakcik google, how to price your product. ya, berduyun tiba. tapi ini yang paling senang dibaca dan mudah difaham.

saya juga ada buku yang sangat bosan untuk dibaca, tapi perlu juga dibaca. tajuknya, How to Start a Home-Based Craft Business, 5th (Home-Based Business Series). bunyinya macam beriya-iya, tapi hasilnya tak lah seberapa pun. tak apa. pada saya tak rugi menuntut ilmu (padahal tak khatam-khatam pun buku tu saya baca. percayalah, sangat sesuai untuk dibawa tidur)

nota kaki: atau orang melayu memang dilahirkan untuk menjadi peniaga berjaya tanpa perlu belajar apa-apa, tanpa perlu ada ilmu?

update: ok, saya jumpa, satu di sini, bagus juga walaupun tak menyeluruh, tapi tetap ada bau-bau harga minyak yang naik dulu. (kalau harga minyak tak naik, ada tak artikel ni agaknya)


Corat-Coret, Kisah Saya, Nota Penting Saya | 2 Comments
 

mizzy N says ...
  dulu masa sekolah dlm subjek ERT ada yang kena kira kos buat projek jahitan/kayu tu. Kena tambah bil air dan kos pekerja dan lain-lain. comel la masa tu.

Cite pasal harga barang indie ni ada sekali saya jumpa subang kat flea market tu dia jual dengan harga RM25, tapi masa saya pergi bangkok tu jumpa subang yang sama dengan harga 590 baht aje, dalam 6 ringgit je gitu. Oi untung sampai RM20 tu minah tu.

Reply | Posted on 5/15/2009 8:41:56 PM
 

H3ejau says ...
  maya,banyak info bleh dpt from ur blog. thanks a bunch. sy mmg tgh planning nk start home business. i think ure doing great by helping n sharing with others. congratulations, keep it up! ;)

Reply | Posted on 8/23/2009 1:36:09 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 19 + 3 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server