Home Made By Maya About Virtual World

this blog is a part of my virtual life.. my other virtual life is in facebook, yahoo, google, emails, youtube, bloghopping, etc.. etc.. :)

RSS Feed

 

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga
Monday, August 18, 2008
Posted on 9:45:06 PM | 23 Comments

memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya di hari raya.

saiz untuk hasil nanti ialah:
bahu: 9"
panjang baju: 17"
panjang lengan: 9"
panjang kain: 17"

satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk jahitan atau lipatan.

pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup semeter tu.

lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu). biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi.

ok. kita mulakan dengan bahagian badan.

biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu pada kain lapisan.
nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju.

potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan, dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga.

lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan) sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle. lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.

       

untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong - kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed, dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’.

cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.

sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni, ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri.

ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi.

bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.

jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju kurung untuk sikecil yang comel.

ok. kita ke bahagian kain pulak.

cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan.
lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2". ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang sicomel.

maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis.
selamat mencuba!

Update: Cara-cara memotong leher baju

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Baju Kurung | 23 Comments
 

1. rina says ...
boleh try ni.... tapiiiiii.... thn ni biarlah anak aku pakai bj hasil tangan ko dulu.

Reply | Posted on 8/22/2008 8:57:39 AM
 

2. aida says ...
eh komen tadi tak kluar? thank you maya for the tutorial..you're very generous!

sayang i takde daughter lagi..hehe

Reply | Posted on 8/22/2008 12:19:06 PM
 

3. zai says ...
yea!!!! akhirnya keluar jugak tutorial baju kurung ni.... tq!!!!

Reply | Posted on 9/1/2008 11:09:17 AM
 

4. tini says ...
waa.. rajin bt tutorial bj kurung.mmg nmpk sng, tp i blajar ngan cikgu pun 3 4 kl bukak n jait.. tp d tutorial mmg membantu.. thumbs up!

Reply | Posted on 9/1/2008 2:58:38 PM
 

5. maya says ...
thanks all for the compliment & support!!

Reply | Posted on 9/3/2008 7:17:14 PM
 

6. has says ...
maya... bagus la tutorial ni.. aku rasa confident sket nak try
tp kalau saiz hannah, ukur dari baju yg dah siap boleh gak kan

Reply | Posted on 9/4/2008 11:02:02 AM
 

7. maya says ...
thanks has..
a'ah.. kalau ade baju dah siap lagi senang, ukur dari baju siap je..

Reply | Posted on 9/4/2008 8:20:42 PM
 

8. azlan6868 says ...
bminat bagai mana cara buat paling senang belajar

Reply | Posted on 1/26/2009 11:37:19 AM
 

9. eryn says ...
tahniah!!!
mak ku buat baju,tapiiiii ku juz tlong tgk jer..
heheheh

Reply | Posted on 3/3/2009 8:08:38 PM
 

10. Aryana says ...
Great job on the tutorial. Looking forward to make one for myself.

Reply | Posted on 3/18/2009 11:47:07 AM
 

11. kui says ...
perghhhhhhhh..sungguh ku kagum dgn tutorial ni... :)... tq 4 sharing... err tapi bila la aku nak buat bj kurung ni..heheheheh

Reply | Posted on 3/23/2009 2:21:25 PM
 

12. mizzyN says ...
saya suka la awak nye website. saya pun ada plan nak belajar jahit baju kurung dengan mak saya tahun ni bila free dari kerja (saya duk KL dan mak kat JB). Thanks for sharing. Comel!

Reply | Posted on 5/6/2009 4:50:05 PM
 

13. kyrasha says ...
maya....ada bukak kelas ker? saya nak join

Reply | Posted on 6/21/2009 12:56:01 AM
 

14. maya says ...
sorry dear...
saya tak bukak kelas..

Reply | Posted on 6/22/2009 9:38:12 AM
 

15. yati says ...
salam... best la kak punya penerangan..
tapi saya nak tanya macam mana cara nak buat skirt kain sarung? ala kalau orang kampung saya panggil kain belah bohong kat depan. Liapatan macam kain batik kite selalu pakai...

Reply | Posted on 8/29/2009 11:19:09 PM
 

16. nisya says ...
congrate...ur work mmg kemas dan cantik sekali..teringin gak nk jadi mcm u satu hari nt..skrg baru beli mesin jahit, baru berjinak2 dgn jahitan

Reply | Posted on 10/6/2009 2:30:08 PM
 

17. khatijah says ...
Salam....apa sebab nya baju kurung saya terjongkit di depan. sya buat leher baju delakan turn l" dan sya bulat kan ...tks

Reply | Posted on 1/6/2010 7:19:33 PM
 
maya replies ...
  errmm... tak sure lah.. mungkin sebab cara potong leher kot? ini url untuk potong lubang leher: http://my.crazyartzone.com/?p=372

Reply | Posted on 1/7/2010 11:53:29 AM
 

18. norshahidah sulaiman says ...
nak blajar ngan akak mcm mane nak nak sembat leher dengan kemas selepas kita buat leher mata lalat@ tuang belut.. slalu buat x berape kemas sangat..

Reply | Posted on 4/16/2010 11:39:47 PM
 

19. esya says ...
thank's dah lame sgt nak cbe jht bju sndri tp x tau cre nye...huhu

Reply | Posted on 6/19/2010 6:02:50 PM
 

20. nurul huda bt mukhtar says ...
assalmkm! boleh tolong buatkan tutorial utk simple PJ for girl

Reply | Posted on 6/24/2010 4:40:12 PM
 

21. nana says ...
saya nak tanya mana cara menjahit baju teluk belanga

Reply | Posted on 7/7/2010 2:07:52 PM
 

22. niza says ...
slm maya, kalau nk modify baju kurung ni utk budak 4 thn camne ek?takut salah pulak esp bab pesak dll..thnx

Reply | Posted on 7/10/2010 10:45:18 AM
 

 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 2 + 3 =
 

 
Made By Maya Shop
{Made By Maya Gallery}

Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved.