HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Tutorial - Dress ala Dahlia
Saturday, February 16, 2008
Posted on 1:04:41 AM | 54 Comments

nota: panduan ni hanyalah mengikut pengalaman saya yang tidak pernah mengikuti mana-mana kelas jahitan formal. kaedah dan terms yang digunakan mungkin bercanggah dari mereka yang profesional.

banyak yang saya belajar dari internet. jadi, saya rasa, elok juga kalau saya dapat contribute something walaupun tak seberapa. saya mulakan dengan dress ni, yang saya namakan 'dress ala dahlia'. ini dress yang paling simple, comel dan paling senang untuk dibuat. ukuran di bawah untuk baby berumur 6 bulan. boleh juga dipakai sebagai top untuk kanak-kanak berumur 2 tahun.


kita mulakan dengan ukuran kain:

ini untuk bahagian bawah yang kembang (skirt). potongkan 2 helai kain berbentuk 4 segi tepat, 18"x10". yang berbunga untuk bahagian depan dan yang kosong untuk bahagian belakang.

kain bahagian belakang dilipat 2 dan dipotong menjadi 2 helai, kiri dan kanan seperti gambar di bawah.

gambar bawah ini pula untuk ropol di bahagian bawah dress. potongkan 2 helai kain berukuran 40"x2". kain selebar 2" akan menghasilkan ropol selebar 1".

untuk bahagian bahu berkedut, potongkan kain berukuran 3.5"x5".

untuk bahagian dada, terbahagi kepada dua. bahagian depan dan bahagian belakang. untuk bahagian depan, potongkan 2 helai kain kain berukuran 11.5"x4", dan untuk bahagian belakang pula 12"x4". ini akan menghasilkan selisih kain 0.5" untuk butang dibahagian belakang.

lukiskan suku bulatan berjejari 2" di bahagian bucu atas setiap helai kain (sama bahagian depan dan belakang). perlu diingat, basi jahitan untuk bawah ketiak ini hanyalah suku inchi. potongkan kain mengikut suku bulatan tadi.


selesai sudah semua ukuran. kita sudah boleh mula menjahit.

untuk bahu, jahitkan bahagian kiri dan kanan kedua-dua helai kain. (ikut gambar atas) lepas tu, jahitkan dihujung menggunakan jarak jahitan yang lebar dan benang atas yang diketatkan. kain akan berkedut dengan sendiri. kalau kedut kurang, boleh kedutkan lagi secara manual. kedutkan sehingga menjadi 1" sahaja.

ambil kedua-dua helai bahagian dada depan, bermula dari tengah, cantumkan kedua-duanya. bila hampir ke penghujung, selitkan bahu diantara keduanya. teruskan jahitan sehingga ke penghujung bulatan. terbalikkan, dan ulangkan proses yang sama. kuluarkan bahagian dalam dan kita akan mendapat hasil seperti gambar di bawah.

untuk belakang dada, ambil sehelai kain bahagian belakang dan dilipat dua. mulakan jahitan dan selitkan bahu yang sudah bercantum dengan bahagian depan tadi. teruskan jahitan hingga ke penghujung suku bulatan. ulangkan untuk helaian kedua.

ini pula cara untuk mencantumkan bahagian depan dan belakang (di bawah ketiak). bukakan lipatan bahagian depan dan belakang, dan jahitkan di bahagian dalamnya. tengok gambar bawah ni lagi paham kot. lipatkan kedalam semula.

untuk kemasan, jahitkan dihujung setiap kain yang bersambung. boleh skip kalau tak nak.


siap bahagian atas, kita ke bahagian skirt pulak.

mula dengan bahagian belakang yang dah dijahit tepi. cantumkan kedua helai bahagian belakang (akan menjadi tengah belakang). lebarkan sedikit basi satu bahagian. jangan jahit sampai hujung. tinggalkan dalam 2 inchi. dulu saya tak buat macam ni. tapi bila baju dah kecik sikit, susah sikit nak pakai. jadi better buat macam ni.

amparkan kain yang sudah bercantum, dengan baki yang lebih besar di bahaian atas dan lipatkan separuh baki keatas seperti gambar di atas.

terbalikkan kain dan mulakan jahitan di atas lipatan.

untuk bahagian ropol, cantumkan kedua-dua helai kain, bersambung kiri dan kanan. lipat dan jahitkan di satu bahagian.

kedutkan di bahagian satu lagi. seperti mengedut bahagian bahu tadi. kedutkan sepanjang kain ropol dan ukurkan sepaya sama dengan bahagian skirt yang hendak disambung.

cantumkan ropol dengan skirt.

setelah siap, cantumkan pula bahagian skirt dengan dada, bermula dari bahagian belakang yang tidak bercantum. jangan lupa jahit tepi juga.

jahitkan kemasan (jahit tindih) di atas setiap kedutan, antara skirt dan dada, juga antara skirt dan ropol.

jahitkan lubang butang dan juga butang.


inilah hasilnya.


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Dahlia Dress | 54 Comments
 

cheq sue says ...
  tumpang tanya, sulaman kat baju dahlia tu, maya guna berapa helai benang yea?
cantik dan kemas sulamannya.

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

maya says ...
  saya guna dmc floss, yg kat entry ni.. 6 helai benang halus..

Reply | Posted on 7/10/2008 12:24:05 PM
 

Wan says ...
  Maya jgn lupa aku punya nak tuntut nanti.. . nak order lagi ni takut tak sempat pulak nak buat, tak pe pelan2... baju boleh pos kan.. hehe.. cantik sangat la, tak tau nak cakap la maya, geram, kalau hang boleh buat utk org tua, nak jugak rasanya selai hehehe

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

maya says ...
  tidak ku lupa wan.. ade dalam senarai tu.. senarai pun idak lah panjang mane, cuma mase tak berapa nak ada.. :D

Reply | Posted on 7/10/2008 12:24:05 PM
 

iamja says ...
  waa.. kagum aku tgk hasil jahitan mu. kemas.

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

maya says ...
  mekasih ja!

Reply | Posted on 7/10/2008 12:24:05 PM
 

nunu says ...
  alahai maya...comey laa...nak jugak untuk anak nunu...brapa ye? nie teruja tgk dlm flickr wan la nie...ehehehhe/....

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

maya says ...
  nunu buleh email saya my@crazyartzone.com or ym my7710. nanti kita discuss yer. :D tq

Reply | Posted on 7/10/2008 12:24:05 PM
 

nurul says ...
  Hai maya.. comel la u punyer embroidery. Nak tanyer satu soalan.. Boleh tak ambik tempahan untuk org dewasa ? Jahit embroidery je.. :) baju dah dijahit.

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

Niateh says ...
  Maya, thanks sebab publish tutorial ni. akak memang tukang jahit tapi lebih utk org dewasa. Utk kanak2 nie.. kureng sikit, almaklumlah cerewet sikit...tapi akak memang puji Maya sebab jahitan Maya memang cantik dan kemas..good luck..

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

nai says ...
  salam maya,
baiknya maya siap share lagi cara2 nak buat peasant blouse ni. macam nak kena buat la untuk anak2 dara saya tu.. saya pun macam maya, minat menjahit macam2, cita2 n idea banyak dalam kepala ni, cuma masa je takde.. huhuu.. nway lepas ni boley lah geng, tp saya belum ada blog.. heheh.

Reply | Posted on 8/26/2008 9:10:19 PM
 

nai says ...
  opps.. tertinggal satu. THANK YOU.. pasal share macam2 kat blog ni

Reply | Posted on 8/26/2008 9:11:54 PM
 

Aryana says ...
  Two words in several version from me...
~ Totally fabulous!
~ So cute!
~ Pretty dress!
~ Want one!
Lastly, a big 'Thank you' for sharing it with us.

Reply | Posted on 3/18/2009 11:54:34 AM
 

Joely says ...
  salam kak maya..suka tgk hasil craft akak..cantik, halus dan berseni..nnt boleh lah nk cuba...cume nk bertanya, part wat ropol2...terus guna mesin ke?cemane setting mesin tu??thanks!

Reply | Posted on 3/21/2009 12:15:21 AM
 

maya says ...
  thanks all..

untuk joely, nak buat ropol tu, pilih jarak jahitan yang paling lebar dan ketatkan benang atas.

Reply | Posted on 3/21/2009 10:07:54 AM
 

kui says ...
  adoi maya... sungguh kagum le dgn jahitan tangan dan sulamanmu yg kemas lagi cantik itu...

beruntungla melly dapat pakai 'air tangan' ibu :D

Reply | Posted on 3/25/2009 8:44:42 AM
 

Myza says ...
  Yang bahagian atas baju tu, Maya tak jahit tepi ker? Camne nak kemaskan jahitan kalau kita tak jahit tepi kain yer?

Reply | Posted on 4/13/2009 3:42:27 PM
 

maya says ...
  myza, bahagian atas baju tak jahit tepi sebab semua dah dok dalam.. (kan 2 lapis tu).. tapi jahit tepi antara cantuman dada & badan (jahit tepi bila dah cantum).. lepas tu baru jahit tindih..

Reply | Posted on 4/13/2009 3:46:55 PM
 

Myza says ...
  Haha... saya ni memang kabut la.. Tak baca betul2 sebenarnya.. Lepas hantar komen baru perasan bahagian atas tu 2 lapis. Tapi masih tak faham camne yang Maya maksud jahit tindih tu..

Update:
O... ok.. dah tau apa tu jahit tindih

Reply | Posted on 4/14/2009 5:44:13 PM
 

Myza says ...
  Maya... I did it!
Baru siap ni. Nampak macam senang tapi, susah juga ya.
Cabaran paling hebat ialah nak cantum ropol & buat lubang butang hehe..
Thanks for the tutorial yer

Reply | Posted on 5/3/2009 4:11:56 AM
 

maisarah says ...
  a'kum kak maya...dress tu memang cute la , tapi kak maya guna kain apa ye? saya bercadang nak jahit untuk baby girl kawan saya...

Reply | Posted on 6/10/2009 2:43:30 AM
 

mysarah says ...
  a'kum kak maya...kak maya guna kain jenis apa ye?

Reply | Posted on 6/11/2009 7:01:30 PM
 

maya says ...
  hi maisarah,
saya guna kain kotton saja..

Reply | Posted on 6/11/2009 8:22:36 PM
 

molly says ...
  Hi there,
Stumbled upon your site, it is great you have all these free tutorials! But somehow I'm can't see the photos of them, is it my connection? Quite hard to imagine without pics :P maybe you could do them in pdf files?
In anycase, I think you have a great site. Wished I had found you 3 years ago when I was struggling to sew my 1st daughter's baju kurung. My first ever try at sewing clothes. LOL. but it really turned out great though.. I guess the nesting instinct kinda stayed.
Keep up the good work!

Reply | Posted on 6/18/2009 9:20:27 AM
 

maya says ...
  hi molly,
thank you. i used photobucket to host the image & noticed it's a bit slow nowadays. sorry for that. pdf would be a great idea then. tq!

btw, i just start my craft (padahal tak craft sangat pun :P) blog on 2007. that's why u can't find me 3 years ago.. hehehe... tq for ur visit!

Reply | Posted on 6/20/2009 7:33:19 PM
 

zura says ...
  mai babe...camane buat ruffle/gathers by machine ni ya? I hate gathering yg manual tarik benang tu. yours look so nice & easier...tension tu nak pusing positive ke negative? pardon my very novice sewing huhu...

Reply | Posted on 7/8/2009 3:08:12 PM
 
maya replies ...
  zura,
try je +ve or -ve tu... kalau mesin saya takde +ve -ve.. tapi nombor semakin berkurang..

bila dah siap pun, still nak adjust tarik benang gak sebab nak make sure ikut panjang yang kita nak.. tapi much more easier lah..

Reply | Posted on 8/1/2009 12:20:29 AM
 

azue says ...
  saya baru je nak tray buat kraf ni. tapikan saya nak ucapkan terima kasih, tahniah dan tabik springlah pada maya sebab tak ramai yang nak share idea dia org. terima kasih banyak-banyak

Reply | Posted on 7/31/2009 5:34:19 PM
 
maya replies ...
  thanks azue.. anyway, kalau dicari betul2 ramai juga yang share bende2 free ni.. diorang laa sumber inspirasi saya.... thanks again..

Reply | Posted on 8/1/2009 12:22:20 AM
 

Hanim says ...
  maya hanim nak tnaya heheh banyak lak bertanya kain yg putih ni beli kat nagoya tu yg utk jahit baju sekolah ke? teringin nak jahit baju utk anak.

Reply | Posted on 8/23/2009 7:49:42 AM
 
maya replies ...
  eerrr... kain putih u sebenarnya ikut sendiri lah nak yg macammana... elok caro yg kualiti sket..

Reply | Posted on 8/25/2009 5:33:34 PM
 

Hanim says ...
  nak tambah lagi soalan
1.sulam nama tu mmg ada patern dia ke atau camner nak buat hehhe ni zero bab sulaman tangan ni.
2.maya mcmana nak buat watermark mcm maya tu cantik guna software apa

Reply | Posted on 8/23/2009 8:59:31 AM
 
maya replies ...
  macam pernah jawab soalan ni.. :P

tulisan tu saya tulis atas kertas dulu. dah ok baru trace kat baju.. pas tu ikut jer lah..

watermark saya buat guna photoshop

Reply | Posted on 8/25/2009 5:36:42 PM
 

adilla says ...
  salam saya taahu dah ada org tanya soalan saya ni tapi saya nak tanya juga hehe.bab kain putih tukan kat nogoya tu kain baju sek ke atau yg mana kira berapa RMsemeter.sbb saya ada beli kain cotton sek tapi mcm keras je kain dia.tgk yg maya mcm best je

Reply | Posted on 9/2/2009 11:29:41 AM
 
maya replies ...
  err... tak ingat dah berapa rm semeter.. tapi mmg ada byk jenis.. pilih2 lah hat mane berkenan..

Reply | Posted on 1/26/2010 2:02:27 PM
 

cah says ...
  akak macam mana nak buat ropol-ropol tu? ketatkan benang kat mana? tak faham

Reply | Posted on 12/1/2009 12:37:38 PM
 
maya replies ...
  errmm.. ketatkan benang atas.. nak tahu yg mana, tu kene tengok manual lah.. sbb lain mesin, lain tempatnya..

Reply | Posted on 1/26/2010 2:01:12 PM
 

DaHLia says ...
  wow...cute n pretty...ala2 nama saya lak :)

Reply | Posted on 12/23/2009 8:13:51 PM
 

miedacreatives says ...
  cantik la...sgt cantik..pandai la maya buat. nk tnya mcm mana nak buat kedutan tu ek? ada mesin khas ek? ke bole buat manual? kalo buat manual mcm mana plak? hehe..sbnrnya saya budak baru belajar..hehe..

Reply | Posted on 1/26/2010 1:31:28 PM
 
maya replies ...
  kat komen atas2 tu ade cerita pasal ropol.. :D

Reply | Posted on 1/26/2010 2:00:35 PM
 

miedacreatives replies ...
  hehe..sorry ek x baca komen sampai habis..baru perasan..hehe..tp mmg cantik la jahitan maya..kemas..hehe...and time kasih sbb tak lokek nak share..nanti nak cuba la untuk anak buah..hehe..
lagi sekali..terima kasih.. :)

Reply | Posted on 1/26/2010 3:13:37 PM
 

mama najiha says ...
  hi maya.. Thanks for sharing good info..
Nak tanye sket.. utk kedutan tu guna benang elastik kan?
Buat kedutan tu guna mesin jahit classic boleh tak?
Coz takde mesin jahit moden yang macam2 brand kat pasaran skrg ni..

Reply | Posted on 2/19/2010 2:12:58 PM
 
maya replies ...
  salam mama najiha,
kat komen atas2 tu ada cerita pasal kedutan/ropol. guna benang biasa & mesin jahit biasa jer. tak de guna benang elastik.

kalau tak boleh nak ketatkan benang atas, boleh buat manual. ambik jarak jahitan paling besar, jahit lurus. lepas tu tarik salah satu benang. jadilah kedutan..

Reply | Posted on 2/19/2010 2:23:15 PM
 

miedacreatives says ...
  hi Maya,
thanks for sharing this tutorial. I dah cuba buat and go to this link utk lihat hasilnya.. :)
http://miedacreatives.blogspot.com/2010/03/dress-baby.html

thanks again..
selamat bercraft... :)

Reply | Posted on 3/11/2010 11:30:01 AM
 

Dhia says ...
  hi Maya,
hari2 i bukak blog u, menarik ngat la....
i nak tanye ckit, mane ye, u tempah tag " made by maya" tu .......
coz i pn jahit kecil-kecilan gak.....

Reply | Posted on 7/1/2010 11:58:12 AM
 

sifat says ...
  salam maya, pasni kena buat tutorial step by step cara nak jahit kain jadi ropol tu, ramai yg x faham ni ( termasuk ler saya...)

Reply | Posted on 8/30/2010 8:58:36 PM
 

Nurehan says ...
  Maya.. kalau ann nk tempah dress ngan pencil case dr maya boleh x? ann ade tgk kt website crazy art zone.. tp kt situ x de pencilcase... nk yg special.. yg boleh letak2 marker.. hehehe

Reply | Posted on 10/11/2010 7:16:13 PM
 

zylla says ...
  maya...nk tny kain2 yg u buat baju nie cantik2 ler...beli dimana?

Reply | Posted on 4/6/2011 3:28:08 PM
 

zalmilah says ...
  very nice site..
thanks share banyak ilmu..akan ku cuba satu persatu.. :)

Reply | Posted on 4/20/2011 7:44:12 PM
 

kakngah says ...
  dress ni maya guna kain cotton bj sekolah tu ke??

Reply | Posted on 3/19/2012 7:31:07 AM
 

kakngah says ...
  nk tny lagi...
bahagian dada tu double layer ke bh. depan blkg dia??

Reply | Posted on 3/19/2012 4:07:14 PM
 

dalila says ...
  saya pun bese main belasah je

Reply | Posted on 4/22/2015 5:13:56 PM
 

mira says ...
  Assalam semua

Alang-alang dah siap dress tu ..... aper kata potong kain untuk tudung/shawl nya sekali.

untuk jahit tepi halus tudung ..... upah jer saya ..... runcit boleh, pukal pon boleh ...... area pinggiran batu caves jer ...

http://amiranisa.com/blog/
http://amiranisa.com/
amiranisa017@gmail.com

Reply | Posted on 5/7/2015 2:24:11 AM
 

Why does it hurt right above my heel? says ...
  Do you have any video of that? I'd want to find out more details.

Reply | Posted on 9/2/2017 10:09:22 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 3 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server