|
Sewing Corner
zoolagi
Friday, May 01, 2009
Posted on 1:13:42 AM | 13 Comments
 ya. kami memang suka zoo. cuma bezanya zoo dia di kepala, (eh kutu ke?) dan zoo saya pada kunci-kunci (eh pijat ke?). cendawan tergolong dalam kategori zoo jugak ke?

Made by Maya, Felt Creation, Sewing Corner | 13 Comments
banyak sangat kelip rambut?
Sunday, April 26, 2009
Posted on 4:19:00 PM | 9 Comments
mesti kamu kenal dengan corak pada kain ni kan? terdapat banyak pada blog-blog yang lain. saya dapat beli selepas habis sales di ikea. agak malang nasib saya. sebab masa sales, dia tak keluarkan semua. dah habis stok katanya.  kain kotton ni yang corak begini dan sewaktu dengannya (bukan banyak pun corak kain kotton ikea) ada beberapa pada saya. tapi melihatkan kadar kemalasan saya yang agak kronik sekarang ni, saya rasa, elok juga saya let go sikit. sila beritahu kalau kamu nak ya (sebelum saya bertukar fikiran.. hehe..).  saya dapat idea untuk buat bekas simpan hairclips ni masa blog hoping entah di flickr entah blog pun saya dah tak ingat. tapi seingat saya, sangat senang nak simpan kelip rambut yang banyak-banyak.  dan ia juga boleh digulung suapaya senang dibawa kemana-mana.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 9 Comments
designer's bag yang mampu dibeli
Sunday, April 12, 2009
Posted on 12:03:15 AM | 12 Comments
 ni namanya hobo tote bag. dan saya sangat suka jenis yang begini. nampak sangat.. ummm.. saya tak tahu. tapi perasaan saya rasanya macam designer's bag. haha. takpe. buleh sengaja gelak. saya tak kisah sebab saya tahu saya agak poyo. ok. sila berhentikan mimpi yang sengaja tu. ini adalah hobo tote pertama saya dan ianya sangat bersejarah sekali. seperti mana barang berharga lain, yang mana macam cik selendang hijau tu buat, saya rasa macam mahu buat lelongan saja. tengok berapa dia buleh naik. tapi memandangkan macam tak ada je luke brandon (aiseh teringat lak luke perry), tak pe lah... saya jual saja dengan harga mati. buat masa ni saya ada satu ni saja, dan saya confirm ia unik sebab kain corak macam ni dah habis dalam simpanan saya. dan dah lama juga saya tak nampak di ikea. click pada gambar untuk image yang lebih besar
keseluruhan beg
tangkai beg. bahagian reben yang boleh dilaraskan
kedut getah pada mulut beghobo tote bag ni saya jual dengan harga RM75 (sila beritahu kalau mahu harga lebih).
saiz: 19 x 17 x 3 inchi sila email ke my7710@yahoo.com kalau berminat. first come, first serve.
bila-bila kalau ternampak saya pakai beg ni, jangan tegur. maksudnya takde orang nak beli lah tu *malunya*. eh. hobo tote pertama saya ni tidak reversible.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 12 Comments
tote lagi
Thursday, April 02, 2009
Posted on 10:23:27 PM | 21 Comments
hari ni, sebab saya cuti, maka saya ambik peluang untuk ambil gambar beg diluar.  bila dah pukul 9, jadi saya rasa semua dah pergi ke tempat kerja. tapi saya salah. sedang saya syok mengambil-ambail gambar, kakak depan rumah tu baru siap-siap nak ke tempat kerja. takkan saya nak terkincit lari malu pulak kan. dan bila kakak tu berlalu, dia singgah di depan gate rumah saya dan bertanya, "adik, adik jual beg ke?" "takde lah kak. saya jahit sendiri saja" "eh ya ka? cantiknya.." *kembang*  mestilah dia pelik. sebab di taman yang saya duduk, saya bukan terkenal sebagai orang yang boleh menjahit. sebab saya memang tak terkenal pun. dan kami sempat sembang-sembang. dan saya ter trap juga akhirnya di mana saya sebenarnya jahitkan untuk kawan saya.  "berapa adik jual kalau macam ni?" "takdelah mahal kak. tapi sebab saya guna kain ikea.." "oohh.. patutlah cantik.. berapa? puluh2 ke, ratus2?" "hahahha.. taklah ratussss.. rm** je. sebab ni reversible" "oohh.. ok sangat lah tu.. nanti kalau ade lagi bagitau akak tau.. akak nak satu.." errkk... kakak ni sebenarnya lecturer kat uitm. dia kata, kalau nak jadi usahawan, bagitau je dia. sebab memang ada kursus-kursus untuk usahawan kecil ni kat uitm. dia buleh tolong arrange. dan juga kakak ni kate, kalau nak beli coach atau lv, buleh bagitau dia. dia boleh dapatkan murah-murah. macam beg yang dia pakai cuma 7 ratus lebih je, dia kate kalau kat klcc seribu lebih... errkk... baiklah kak. kalau ada kawan-kawan nak beg coach murah, saya bagitau akak.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 21 Comments
nantikan mereka
Wednesday, March 25, 2009
Posted on 4:41:31 PM | 10 Comments
 sewaktu saya menaip untuk cerita ini, mungkin mereka sudah berada di pertengahan perjalanan. esok lusa sampailah. ada dua yang perlu naik kapal terbang untuk ke seberang dan ada satu yang akan ke utara, mungkin lewat sikit. maklumlah perjalanan jauh. jangan lupa nantikan ini di depan pintu rumah/ofis anda yer.. cuma elin punya esok-esok saya anta sekali dengan beg lah ya? kesian dia tengah tenat nak bag, walaupun bag saya tu tak masuk list. hehe.. penat sungguh rasanya hari ni. cuaca pun panas berdentum.

Made by Maya, Special Project, Sewing Corner | 10 Comments
saya tahu beg saya simple saja
Friday, March 20, 2009
Posted on 2:44:16 AM | 26 Comments
ya memang betul saya suka beg yang nampak senang. tak kisahlah senang jahit ke. senang mata memandang ke. senang simple ke. senang kesenangan ke.  tapi saya jeles dengan beg orang tu. corak kainnya sangat cantik dan design begnya pun sangat cantik. walaupun saya tahu, saya yang belikan kainnya jadi saya nak masuk bakul angkat sendiri. tapi......... saya sangat merana sebab bila saya pergi ikea lagi, kain corak tu dah habis.
sila gelakkan saya sekarang. takpe. walau pun entrynya dah lama dan saya baru nak cakap hari ni, tapi percayalah, sudah lama saya pendamkan perasaan. harap-harap saya tenang selepas saya melepaskan perasaan di sini. terima kasih wan z.. err... takde kain lebih ke? haha! ok. tak lawak tapi saja nak gelak. tak pe lah.. layankan saja beg ni.  reversible juga.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 26 Comments
banyak betul rasanya warna merah akhir-akhir ni.
Saturday, March 14, 2009
Posted on 11:00:21 PM | 10 Comments
malam ni ada yang tengok af7. dan rasanya paling ramai tengok man u vs liverpool. saya? takde channel sport kat rumah saya. tengok af pun bosan. ok. saya tengok satu, aishah (sama dengan nama tuan punya baju merah ni). oklah budak ni. tu pun asalnya sebab dia nyanyi lagu yuna. sebab saya pun baru tau pasal lagu yuna tu. tu pun nasib baik rina ade mention kat blog dia. kalau tak, harus saya tak tau, lagu sape pulak dia nyanyi ni.. bak kata yan, "semua terkejar-kejar nak jadi penyanyi.." (lama saya tak layan fb yang berwajah baru tu) memang. tergedik-gedik pun yer. dah ler lagu malam ni entah hape2.. lagu sedap pun jadi entah hape2. saya dengar juga sayup-sayup.. sebab saya menjahit. kan mesin jahit saya bunyinya kuat. sekurang-kurangnya saya dah siap satu baju. tapi belum letak zip lagi. ni baju untuk anak kawan saya. untuk baju ni saya ada patung yang sesuai untuk menggayakannya. haha!  ikatan reben tu nampak jatuh sangat. kalau tuan yang empunya pakai, kena diikat ketat sikit. ada sehelai lagi saya kena buat. kain sama, tapi lengan panjang dan saiz besar sikit. takde patung yang muat. tema untuk reunion nanti merah hitam. buleh pinjam ni..

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 10 Comments
pouch ke?
Monday, March 02, 2009
Posted on 12:53:17 PM | 7 Comments
cari pasal lagi.. arrrgghhh.. sungguh saya tak dapat tahan. untuk finishing pun saya sanggup jahit butang sebelum bergegas hantar melly & elman ke sekolah. malam tadi lupa. masa mandi pagi tadi baru teringat. saya tiru dari si dia ni. comel giler. saya jatuh cinta pandang pertama. apatah lagi tiba-tiba saya teringat saya ada reben yang sama - hadiah dari rina. tapi versi saya lain sikit. tapi saya jeles dengan kain coklat dia & butang coklat dia. saya tak banyak koleksi coklat, walaupun baju saya banyak berwarna coklat.
 macam tote tapi kecil 
saya akan gunakannya bila pergi lunch 
untuk isi duit yang kecil-kecil 
dan sangat sesuai untuk henpon saya juga
nota kaki: hei lian.. kenapa blog kamu ada ada nota?.. "The blog that you are about to view may contain content only suitable for adults." apa kamu dah buat? :)

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 7 Comments
cool ya?
Wednesday, February 25, 2009
Posted on 12:03:00 AM | 9 Comments
do you think this tote is cool?


wait until tomorrow...

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 9 Comments
tote bag saya
Sunday, February 15, 2009
Posted on 11:17:40 PM | 15 Comments
dah seminggu dah saya guna tote bag ni walaupun tak hari-hari. biasa saya guna weekend saja. design pun biasa-biasa je. lama dah saya simpan kain tu, dan simpan hajat nak buat. baru minggu lepas berkesempatan buat, itupun saya gagahi juga sebab nak bawak barang anak-anak saya masa balik kampung tu. dah boring dengan handbag saya. sabtu lepas saya bawak ke MJ Gathering. pun sebab nak isi baju-baju anak-anak saya yang ada acara mandi manda sebab malas nak bawak beg banyak-banyak padahal tu pun banyak jugak beg saya bawak termasuk beg plastik yang isi pelampung dan lagi hadiah besar dan beg bungkusan makanan sampai gee tolong hantarkan ke kereta (tarik napas). terima kasih gee. tak sangka pulak ada yang berkenan. elok pulak hari ni saya ada meeting untuk reunion kat the curve. boleh singgah ikea cari kain lagi. dah siap potong pun kain untuk patchwork depan tu. layannnn....
bahagian depan
bahagian belakang
bahagian dalam.
malas tukar benang sebenarnya, tapi ok juga lah..nota kaki: order ditutup. wan pun buleh buat sendiri sebab takyah jahit tepi.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 15 Comments
{ Newer Post } ..::.. { Older Post }
|