gaun tingkat warna merah untuk nina
Thursday, July 29, 2010
Posted on 7:41:17 AM |
21 Comments
hello!
lama kita tak jumpa kan? bz sikit sekarang ni. macam-macam. keluarga. kerja. diri sendiri. baju raya. kuih raya. kasut. handbag. kucing. ayam. itik. angsa. lembu. kambing. facebook. haha! ok. yang condong tu semua tipu.
syukur sempat juga siapkan dress nina yang last ni. warna merah. dah macam gong xi fa chai pun ya jugak. tapi saya suka. sangat ceria.

saya buat 2 helai dress yang sama macam ni. satu lagi untuk kawan elin. sebenarnya saya tak sure dengan kombinasi untuk kain warna merah ni. selongkar-punya-selongkar, saya jumpa kain corak-corak ni yang saya rasa sepadan. terus potong untuk 2 helai, walaupun dalam hati ada taman rasa was-was. sama pulak tu patternnya.
entah.
rasa macam takde idea masa tu kot.
tengah menjahit baru teringat apesal saya tak combine dengan warna putih je. sebenarnya takde pun kain putih yang sepadan. haha! cait! penat je berangan. dress ni belum siap sepenuhnya. belum buat lubang butang. itulah part yang paling malas nak buat. :D
tapi saya suka sebab mesin jahit tepi saya dah ok. entah macammana, adjust-punya-adjust, lepas habis semua jenis kombinasi, akhirnya elok juga dia ya. hari tu jual mahal lah sangat.
ok. banyak lagi yang nak dijahit. banyak ke?.. haha!
ok. tak banyak sangat. tapi cukup banyaklah untuk saya yang boleh siap sehelai je dalam seminggu ni. kalau sempat nanti nak buat baju kurung untuk diri sendiri juga. lama tak jahit baju sendiri. lama sangat. takut dah lupa je. saiz pun dah besar. tsk!

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner |
21 Comments
mencari inspirasi pada bunga di cameron highland
Friday, July 23, 2010
Posted on 7:53:46 AM |
6 Comments
salam hari jumaat. ;)
ya. saya adalah perempuan yang suka bunga.
walaupun banyak nama bunga yang saya tak tau.











bagitau lah saya.
yang mana satu kamu suka?
selamat berhujung minggu!
mana pulak destinasi hujung minggu ni yea?

Corat-Coret, Bunga, Photography |
6 Comments
gaun nina
Thursday, July 22, 2010
Posted on 8:08:47 AM |
20 Comments
berjaya siapkan dress kedua nina. best! sangat suka dengan corak dan warna kain ni. sweet sangat..
ok. agak tercabar sebab kainnya yang agak licin dan nipis. dan takut nak gosok panas-panas, sebab takut berlubang di tengah baju dah jadi pesen lain pula. ok. itu saja cari alasan untuk: "sebab tu nampak garisan kat tengah skirt."
dan...
dan mesin yang semakin huru-hara atau saya yang sebenarnya huru-hara sebab lama sangat berehat. sampai berkali-kali menetas benang. hahaha! ingatkan ayam je menetas. tapi kalau menetas jenis macam ayam, mesti banyak benang saya sebab selalu menetas benang.
tapi rasanya, mungkin sebab saya yang suka-suka hati tukar setting sana-sini?
tolonglah jangan merajuk cik mesin penyanyi. 10 tahun saya sayang awak...
dan juga cik mesin penyanyi latar. 3 tahun saya sayang awak.
tapi. kok iye pun. kenapa nak merajuk serentak?

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner |
20 Comments
selang-seli cameron highland
Tuesday, July 20, 2010
Posted on 8:02:19 PM |
5 Comments
ingatkan nak selang-selikan dress dengan strap cover.
tapi rupanya terselang-seli tido dengan makan angin.
hahahaha!
last weekend kami ke dunia sejuk tanpa air-cond.
huh! best betul rasanya bila rasa sejuk-sejuk macam tu.

tak plan pun.
sampai-sampai, susah juga cari hotel. musim pak arab katanya. memang kene book.
tapi dah kata main terjah kan, cari jerlah sampai dapat.

happy!
saya suka ke cameron highland.
yang penting, anak-anak pun happy.

kami ikut jalan lama.
nak suasana yang lebih nostalgik kononnya.
cuma tak larat bila layan jalan yang berpusing-pusing masa nak naik dan turun tu lah.

satu lagi tempat yang saya teringin nak pegi lagi.
adalah langkawi.
yang teringin nak pergi tapi tak pernah sampai lagi.....
banyak sangat!..

Corat-Coret, Travelog, Anak-anak Kita |
5 Comments
strap cover terakhir
Friday, July 16, 2010
Posted on 8:47:19 AM |
4 Comments
baiklah.
kita selang-selikan dengan strap cover sebab cuma strap cover jea yang saya sempat buat. :D
rasanya saya tangguhkan lah dulu acara strap cover ni ke masa akan datang. ini last. sebab banyak lagi kain nak kena potong dan buat dress. ok. taklah banyak sangat sebenarnya. cuma mungkin sebab masa yang tak berapa nak cukup.

pilihan fabric adalah dari tuan yang empunya. cantik-cantik semuanya.
thank you, kasmei!
sehingga kita berjumpa lagi. selamat berhujung minggu yang indah.
daaa...

Made by Maya, Camera Strap Cover, Sewing Corner |
4 Comments