Monday, July 23, 2012
Posted on 7:39:23 AM |

Kain linen. Jadi saya rasa amat sesuai untuk dijadikan seluar Harez.
Maka sesi membuat pattern pun bermula.
Saya gunakan seluar sedia ada untuk contoh dan trace-kan pada suratkhabar lama je. Seluar ni panjang sikit untuk Harez, jadi, panjang suratkhabar tu cukup-cukuplah.
Untuk seluar, bahagian belakang adalah lebar sedikit dari bahagian depan.
Dan selepas seketika..
Maka... tada!!
Inilah hasilnya. Simple sangat. Takde poket segala.
Cuma ada getah cerut saja.
Oklah kot sebagai permulaan. Tu pun banyak kali tetas sebab silap jahit. Huahua..
Kalau rajin, bila-bila boleh buat lagi (harap-harap).
Dan ini model yang sedang enak dibuai mimpi (kalau mimpi laa.. hehe).
Bye!
*Boleh dapatkan tutorial di sini.
Made by Maya, Top N Bottom, Recycle |
6 Comments