HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Kisah Rini
Tuesday, February 28, 2012
Posted on 6:34:34 AM | 3 Comments

Seperti yang saya janjikan tempoh hari (cewah! macam ya ya sangat kan? haha!), ini saya cerita sikit pasal buku Syahadah Gadis Ateis.

"Semua Orang bercakap mengenai Tuhan.Tuhan itulah. Tuhan inilah. Semua orang ingin saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada."

Itu antara persoalannya.

Bagaimana mahu melihat Tuhan?
Bagaimana kita tahu, dalam banyak-banyak agama di dunia, Islam adalah yang benar?
Bagaimana kita tahu al-Quran tetap terpelihara?

Saya suka pada cara penyampaian dan penjelasan jawapan-jawapan kepada persoalan kritis Rini.

Beza ustaz makan gaji, ustaz halal haram dan ustaz pewaris nabi dan pentingnya peranan masing-masing dalam setiap lapisan masyarakat.

Tentang kejadian alam menurut Bible dan al-Quran.
Beza hak kesamarataan wanita versi barat dan hak keadilan wanita dalam Islam.
Hikmahnya menutup aurat wanita, selain menundukkan nafsu, adalah supaya wanita punya ilmu menjadi bijak pandai, doktor umpamanya, kerana aurat wanita, hanya wanita yang boleh melihat.
Kaitan antara 'anggota tubuh yang berbicara' dengan DNA.

Perlunya kita sebagai khalifah di muka bumi ini menguasai ilmu matematik, sains, ilmu bahasa, hadis, sejarah, geografi, kaji bumi, ekonomi, politik, astronomi, fizik, kimia, biologi dan banyak lagi ilmu yang diketahui wujud atau belum diketahui wujud buat masa sekarang untuk memahami ayat al-Quran.

Dan banyak lagi yang dirungkai.

Penerangannya santai dan tanpa mendesak, tapi cukup untuk kita berfikir sedalam-dalamnya.

Ya Allah. Betapa kerdilnya diri ini.
Betullah. bila kita mencari, pasti Tuhan akan temukan kita dengan jawapannya, mengikut tahap dan kemampuan.

Blog Penulis: Imran Haaz


Corat-Coret, Review, Books | 3 Comments
 

iamja77 says ...
  mcm best jugak buku nie...

Reply | Posted on 2/28/2012 8:51:40 AM
 
maya replies ...
  a'ah.. bace blog dia pun best..

Reply | Posted on 2/28/2012 9:33:27 AM
 

ayu says ...
  nanti kena cari gak ni..dah lama tak baca novel.

Reply | Posted on 3/3/2012 1:33:55 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 12 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server