HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Ma Yan, Delisa dan Rini
Thursday, February 16, 2012
Posted on 8:19:01 AM | 11 Comments

Saya baru beli buku-buku ni.

Saya rasa ramai yang dah tengok movie Hafalan Solat Delisa tu. Tapi, macam movie-movie adaptation dari buku yang lain, lain feelnya bila baca buku. Bukan sebab pengarahan atau pelakon rasanya. Cuma sebab, bila baca buku, kita boleh baca hati orang, faham hati orang. Jadi feel dia memang lebih. Dan sebab ditulis di dalam buku, jadi ceritanya lebih panjang dan lebih terperinci.

Saya baca buku saya menangis. Saya tengok movie pun saya menangis. Anak-anak saya juga menangis. Senyap. Terdiam. Cukup banyak pengajaran dari cerita ni. Belajar tentang sabar. Redha. Kasih sayang. Keikhlasan. Kefahaman. Kesyukuran. Ketabahan. Macam-macam.

Ma Yan pula, cerita dari kisah benar (baca sini: Wikipedia dan sini: The Diary of Ma Yan).

15 hari menahan lapar semata-mata mahu memiliki sebatang ball pen. Dan pen itu yang mahu digadai kerana tidak cukup wang untuk membayar tambang traktor yang ditumpang ke rumahnya sejauh 15km kerana hari hampir gelap, demi menjaga maruah ayahnya. Yang biasanya dia hanya berjalan kaki selama 5 jam meredah tanah gersang di penuhi ular berbisa dan juga perompak, biarpun cuma hanya bekalan 5 keping roti untuk makan malam selama seminggu yang dirompak.

Ya, setakat pen yang seperti selama ni kadang-kadang kita lupa letak duduknya, dan senang-senang pula berganti-ganti.

Mereka hidup di dataran yang kering kontang. Meredah beratus kilometer untuk mencari rezeki, itupun kalau dapat majikan yang baik hati. Entahkan tidak, sia-sia saja pekerjaan selama beberapa bulan, tanpa apa-apa bayaran. Dan naluri ibu juga yang merungkai segalanya. Sewaktu diari Ma Yan diserahkan kepada sekumpulan manusia entah dari mana, tanpa rela.

Dan seperti kata Ma Yan, lapar itu adalah teman rapatnya. Kisah ini bukan kisah zaman dahulu-kala. Tapi kisah pada tahun 2001. Tahun kita sudah mengenal internet. Tahun mulanya saya berblog dan mengukir kisah-kisah yang entah apa-apa.

Rini. Saya belum habis membaca kisah Rini, si gadis Ateis. InsyaAllah kalau best nanti saya sambung review.

Tapi yang saya tahu, banyak sangat pengajaran dari kisah-kisah kanak-kanak dan remaja dari buku-buku ni.


Corat-Coret, Fiction, Books | 11 Comments
 

mama yana says ...
  mama pun menangis jika baca novel.. kekadang tgk cite korea yg bukan faham kata2 diorg.. tp tetap menangis gak.. mungkin kisah yg mengajar erti kehidupan dekat dihati kita

Reply | Posted on 2/16/2012 10:40:42 AM
 
maya replies ...
  betul.. bila kisah tu dekat dgn hati kita, memang boleh tersentuh.. lagi2 bila kita dah faham perasaan seorang ibu..

Reply | Posted on 2/16/2012 10:57:19 AM
 

Myza says ...
  Nak baca juga...
Hafalan Solat Delisa tu pernah tengok trailer dia.. memang rasa nak sangat tengok filem penuh.
Buku-buku tu dari terbitan mana ya Maya?
Ma Yan tu pun ada filemnya ke?

Reply | Posted on 2/16/2012 10:46:33 AM
 
maya replies ...
  myza..
ni PTS punya buku.. saya beli online je kat sini:
http://www.bookcafe.com.my/en/

Ma Yan tu rasanya takde filem dia.. tapi byk cerita pasal Ma Yan kat internet. & mcmana hidup dia sekarang..

Reply | Posted on 2/16/2012 10:59:24 AM
 

Myza replies ...
  Ok. thanks.
Nanti ada masa nak google lagi pasal Ma Yan tu

Reply | Posted on 2/16/2012 11:03:26 AM
 

Fathiah says ...
  suka sgt delisa..budak sgt baik..nama pun best kan..baca hafalan solat delisa lama dh..thn 2009 dulu..sedey sgt kan cerita dia..dulu harap sgt ada movie hafalan solat delisa..tp bila dh ada plak..tak sama sgt mcm novell...feel tu kurang sket.....
mcm best je Ma Yan tu..nak cari gak laa..;)

Reply | Posted on 2/16/2012 1:29:24 PM
 
maya replies ...
  ha'ah.. sedap nama dia, kan.. budaknya pun bijak.. ceritanya pun sedih. kadang2 terfikir gak, apalah jadi lepas 8 tahun berlalu.. kalau dia betul2 ada, dah 14 tahun dah umur dia..

kalau ma yan tu, masih boleh ikut cerita dia..

Reply | Posted on 2/27/2012 9:36:34 AM
 

iamja77 says ...
  aku dah order.. harap next week ke dapat. Thanks maya sbb introduce buku tu kat aku.

Reply | Posted on 2/16/2012 4:24:33 PM
 
maya replies ...
  ja.. haha.. punyalah lma nak reply.. dah dapat kot buku tu? hehe

Reply | Posted on 2/27/2012 9:37:07 AM
 

romee says ...
  bidadari-bidadari syurga pon best.. novel tere liye, sama ngan hafalan solat delisa.. banjir air mata.. huhuuu..

Reply | Posted on 3/20/2012 9:18:38 PM
 

What causes burning pain in Achilles tendon? says ...
  Your style is very unique in comparison to
other folks I've read stuff from. I appreciate you for posting when you have the opportunity, Guess I will just book mark
this page.

Reply | Posted on 9/3/2017 6:29:15 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 11 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server