HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Gaun baru Melly
Saturday, July 31, 2010
Posted on 10:49:43 PM | 21 Comments

halo!

saya happy hari ni sebab malam tadi dapat idea nak buat dress melly. sampai tak boleh tido sebab rasa nak lakar terus atas kertas dan gunting kain dan jahit dan suruh melly pakai. lol!

tapi saya sedar diri sebab saya tahu, dalam keadaan kepenatan, biasanya saya akan buat banyak salah. dah banyak kali belajar dari pengalaman lepas. tapi mata tak boleh tido juga sampai pukul 2 pagi.

hari ni, lepas saya tebas sikit dahan-dahan pokok di tengahari-buta-habislah-legam-takpe-lah-janji-rock, saya pun mulakan projek yang ditunggu. nampak je malam tadi macam dah tak sabar sangat kan, tapi start tetap lepas tengahari.

untuk dress ni, saya guna kain yang saya beli kat bandung. konsep yang saya pilih adalah warna cerah dengan tali gelap dan kain kosong untuk ropol.

ok. ini hasilnya. saya suka design baju bahagian-dada-macam-ni-tak-tau-nama-apa lepas saya browse entah ke mana-mana. ada ric rac kat situ. dan saya juga suka sangat baju hanan yang dipakai sempena birthday dia tu. suka betul seksi kat belakang dengan riben besar.

jadi. jenuh saya fikir macammana nak potong kain. macamana nak cantum. akhirnya berjaya jugak. asalnya buat belah kat belakang nak letak butang tapi malas betul sekarang ni nak tukar setting mesin sejak-sejak mesin buat hal ni. jadi saya cantum je terus. :D

bila dah siap baru perasan, sebenarnya saya patut guna cara masa buat dress hitam putih melly dulu. haiiyyoohhh!! kalau sedar awal-awal, mesti tak pening kepala nak fikir macammana nak cantum skirt dia. kan saya dah kata, saya tak sepatutnya buat apa-apa termasuk berfikir secara serius masa tengah penat. :P

ok. ini gambar melly menggayakan dress ni. dah ambik gambar baru perasan over bright. bila dah betulkan setting, melly pulak dah tak sempat-sempat nak masuk kereta. hmmm... jadilah.

kesimpulannya. saya suka dengan hasilnya. rasa nak buat lagilah malam ni untuk pakai esok. tapi dengan sedikit improvement. nak letak getah kat bahagian belakang tu. dan lebarkan sikit bahagian dada. dan lebarkan lagi riben belakang. dan nak try guna designer cotton pulak. itupun kalau sempat. dekat pukul 11 dah ni...

selamat malam!


Made by Maya, Dahlia Dress | 21 Comments
 

Aisyah says ...
  Huhu~ Design baru! Amatlaa comel and sesuai dgn tuannye!

Reply | Posted on 8/1/2010 1:25:09 AM
 
maya replies ...
  hihi!
thanks aisyah!

Reply | Posted on 8/1/2010 10:44:02 AM
 

Zura says ...
  Cantik! Kat belakang tu tak nampak ko wat tak low back tu mai? Comel sangat dari depan ala2 Sami dress kat ycmt. Haha untung Melly dapat dress baru tiap kali mama dia dpt inspirasi hehe :)

Reply | Posted on 8/1/2010 5:28:53 AM
 
maya replies ...
  haa.. ingat dah sekarang kat mana tengok... thanx..
aku tak buat pun low back tu.. kekeke. tak jumpa pun sebenarnya patternnya.. tu yg aku terjumpa sami dress tu terus berkenan.. tapi tak beli pon.. kakaka..

dress baru kene buat prototype dulu & biasanya memang melly lah jadi mangsa.. dah nak buat cemana takde backup model lagi.. kekeke..

Reply | Posted on 8/1/2010 10:46:38 AM
 

suzie says ...
  comel!
you have the talent to make stunning / outshining products from an ordinary design! always admire your work.

Reply | Posted on 8/1/2010 6:16:14 AM
 
maya replies ...
  tq suzie! appreciate that :)

Reply | Posted on 8/1/2010 10:47:11 AM
 

zam says ...
  cantik maya..
sesu