HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Alaa... Kassim!
Monday, May 03, 2010
Posted on 1:21:09 PM | 6 Comments

Best ada sedara kat Melaka Tapak Warisan Dunia ni. Nak pergi makan kat ceruk mana, diorang boleh bawak - asalkan diorang tahu :P. Sabtu tengahari kami makan di kedai Nasi Beriani Majeedia Haj. Memang sedap. Cukup rasa lah orang kata. Padahal adik saya yang duduk Melaka tu pun baru discover tempat ni sebab kat GPS tu tulis "The best Nasi Beriani in town". Kalau tak, confirm tak tau walaupun dekat dengan rumah sendiri.

Ok. Nak cakap banyak pun tak best sebab takde gambar nasi beriani best. Sampai-sampai terus terkam tak ingat nak ambik gambar. Confirm masing-masing kelaparan sebab jem kat Plus highway menuju ke Melaka. Nasib baik ada orang tu bijak amik exit Jasin, walaupun selalu ambik exit Ayer Keroh. Itu pun 3 jam setengah nak sampai destinasi.

Yang sempat diambil gambar, inilah... Gerai Ikan Bakar Alaa... Kassim di Medan Ikan Bakar Alai. Best giler. Haha! So far takdelah tempat ikan bakar yang saya rasa tak best pun. Semua pun best. Tapi yang ni, huwaaaa!! tengok orang yang datang bertalu-talu sampai dok risaukan, pukul berapa lah diorang ni boleh makan. Yang datang lewat sikit tu sampai kene parking jauh-jauh atau parking je rata-rata sampai tuan rumah panggil polis suruh alihkan kenderaan yang parking depan rumah diorang sampai diorang tak boleh keluar. Nasib kami baik sikit je dapat parking kat parking lot.

Adik saya tengah mengutip udang. Saya pulak tengah mengutip ketam (tiada dalam gambar, nampak lengan je). Saya sangat suka ketam.

Ni gambar Melly tengah sibuk juga memilih ikan. Padahal ikan pun nak sama saiz ngan dia. Tak dapat pegang ikan, pegang ekor pun jadilah. Kan Melly kan?

Ni gambar family saya yang sedang menunggu makanan. Kanak-kanak riang seramai 6 orang dah awal-awal bedal nasi lemak dulu sampai kenyang. Yang kami-kami ni, mak-mak dan bapak-bapak budak sedang mengawal air liur tengok udang-sotong-ketam-ikan di meja sebelah.

Itu pasal gambar makanan tak ada jugak. Sebab terlupa. Sebab bila makanan sampai je semua terus serbu. Menu kami taklah banyak pun, setakat ikan jenahak masak 3 rasa, udang goreng butter, ketam masak merah, sotong goreng tepung dan pari bakar saja. Eh! nasik lemak 15 bungkus, otak-otak 10 ketul dan air kelapa 2 jug. Jumlah semua, untuk 8 orang dewasa makan sampai kekenyangan adalah tak sampai RM150 pun. Baru tahu kenapa orang ramai datang bertalu-talu.

Eh! Cerita Melaka ni akan bersambung lagi... Kate suka pergi Melaka kan.. :)


Corat-Coret, Travelog, Makan-makan | 6 Comments
 

rina says ...
  murah giler tu... bila lagi nk buat rombongan kat sini

Reply | Posted on 5/3/2010 5:27:09 PM
 
maya replies ...
  jom jom! aku ok jer.. cuma takut nak ajak orang tak makan seafood ni.. :D

Reply | Posted on 5/3/2010 5:29:36 PM
 

gee says ...
  terujaaaaa...

Reply | Posted on 5/3/2010 9:55:26 PM
 
maya replies ...
  jommmmmmmmmmmmm!!

Reply | Posted on 5/4/2010 9:08:33 AM
 

iena says ...
  Maya, teringin la pulak nak perkena kat gerai alaa kassim nie. Kat mana yer? Last week cadang kat hubby nak gi mkn ikan bakar kat umbai this weekend tapi bila tengok n3 Maya nie nak tukar arah ke gerai alaa kassim la pulok

Reply | Posted on 5/4/2010 8:54:48 AM
 
maya replies ...
  ni kat medan ikan bakar alai (crystal bay).. dekat je ngan umbai..

kalau nak cari direction, cuba klik sini: http://melakadaily.com/medan-ikan-bakar-paling-best-di-melaka-jom/

Reply | Posted on 5/4/2010 9:09:33 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 18 + 6 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server