HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Jonker Walk
Sunday, May 02, 2010
Posted on 11:36:56 PM | 5 Comments

Sabtu lepas, lepas Melly tidur kekenyangan makan nasi lemak di gerai ikan bakar Ala... Kassim, kami ke Jonker Walk. Berdua. Haha! Merasalah jalan berdua lepas dah lama tak jalan berdua tengah-tengah malam. Huhu!

Saya sebenarnya tak tau pun kewujudan Jonker Walk ni. Tapi layan jer lah dah suami saya ajak kan.

Tapi memang best. Macam-macam ada. Kira macam kalau kita melawat negara orang, tempat macam ni lah kita pergi. Tapi sebab Melaka ni adalah negara kita sendiri, kita tak terasa pun tak pergi. Ataupun, aseklah bertangguh-tangguh.

Barang pun murah-murah. Kebanyakan gerai-gerai kat situ jual barangan seni, kraf, souvenirs, barang perhiasan, barangan dari kayu, terompah (terompah kayu buatan tangannya cantik-cantik), baju (kebanyakannya t-shirt dan batik), seliper (macam-macam kaler dan corak ada), magnet (kalau magnet tu memang heaven lah, tempat lain 3 ketul RM10, kat sini 4 ketul RM10), sun glasses, kasut (Crocs pun ada.. haha!) dan macam-macam lagi.

Gigih betul diorang buat motor-motor ni guna wire.
Yang warna-warni tu plastik yang disalut pada wire tu.

Tengok senduk-senduk kecil ni comel betul.
Rasa nak beli bawak balik tapi tak tau nak simpan kat mana.

Manusia hitam berbeg putih sedang jakun melihat lukisan-lukisan bangunan zaman dulu-kala.

Banyak lagi barang-barang kat sana tapi takdelah nak ambik gambar semua. Saya beli kayu bulat berkaki 5 tu, yang buat urut tu. Best giler. Kalau kat kampung saya satu RM8, kat sini seketul RM4 je. Kami di sana sampai gerai-gerai tu tutup, lepas tu pi pusing area situ naik beca. Tapi bandar Melaka tetap hidup walaupun dah dekat 2 pagi. Lampu pun cantik-cantik.

On the way balik, adik saya call, kata Melly nangis cari mama. Sib baik mase tu memang dah dekat dengan rumah. Dari luar rumah dah dengar suara dia. Masuk-masuk je rumah terus Melly peluk mama dan terus senyap dan terus tidur. Haha! Tinggal kejap pun dah nangis kan, macammana mama nak pegi outstation macam ni?


Corat-Coret, Travelog, Review | 5 Comments
 

aku_tulip says ...
  mcm bes la tpt ni...mesti cantik2 kan kraf kt situ...dah lama saya x gi melaka...

Reply | Posted on 5/3/2010 12:30:56 PM
 
maya replies ...
  a'a.. memang happening.. macam2 craft ade..

Reply | Posted on 5/3/2010 1:04:56 PM
 

myluverlycraft says ...
  hihi.. Maya dah sampai kat negeri ku.. 'selamat datang ke melaka' ye.. (siap promote)

Best kan Melaka..

Reply | Posted on 5/3/2010 12:52:00 PM
 
maya replies ...
  haha.. sejak2 adik saya dok sana ni, boleh kata tiap tahun mesti pergi.. pegi sekali memang tak boleh cover semua tempat2 best kat melaka ni... yg paling best, banyak betul restoren ikan bakar.. giler best!

Reply | Posted on 5/3/2010 1:07:38 PM
 

myluverlycraft replies ...
  wah.. leh la maya buat bisnez kt sini.. mesti laku.. hehehe.. banyak mat salleh tau!!

Reply | Posted on 5/3/2010 4:40:35 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 16 + 6 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server