HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

family day 2010 di teluk senangin
Monday, March 15, 2010
Posted on 6:27:41 PM | 1 Comments


tarikh: 13-14 mac 2010
tempat: teluk senangin, perak
pengangkutan: 11 kereta, 2 mpv, 1 van & 1 motosikal
bilangan peserta: 61 orang
warna tema: hijau

~ bertolak pukul 8.30 pagi dari rumah masing-masing dan berkumpul di bernas sekinchan. bertolak pukul 10 pagi dari bernas sekinchan. sampai di teluk senangin dalam 12:30 tengahari

~ menu tengahari: banyak sangat, yang penting nasik seperiuk besar, ikan keli, sambal udang, udang goreng, kuah lemak (ke? kakakka tak ingat beb), kerabu, ayam, laksa. dan air sirap anggur yang sangat best. kuih muih adalah koci, karipap. laksa pun ada.

~ acara masak tengahari pada hari kedua dibatalkan kerana dah banyak sangat makanan.. sampai kucing pun ikut kenduri.

~ semua sangat sporting dalam acara sukaneka. tua-muda semua happy.

~ bacaan yassin dan tahlil selepas solat maghrib dilakukan di bawah pokok berlapikkan tikar di kawasan pantai, diketuai oleh pakde jam.

~ menu malam: bbq ayam, daging, sate, ikan pari dan ikan lain-lain. tak lupa hotdog juga.

~ masing-masing gembira dapat hadiah yang banyak tak terkira.. sampai penuh bonet kereta.

~ sarapan pulut bersama sambal ikan bilis istimewa resepi embah yang dibawa oleh cikyah. ada juga ikan sardin dan daging bbq malam sebelumnya. tidak dilupa sandwich istimewa. air milo & teh o juga. dan kopi instant.

~ farihin & farihan adalah jaguh laut... sampai-sampai terus terjun... sampai pukul 7 malam.. dan esok2 lepas subuh terjun lagi sampai nak balik... memang sangat cergas..

~ alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar & semua pun happy. matlamat tercapai. jumpa lagi di hari keluarga akan datang.


Corat-Coret, Kisah Saya | 1 Comments
 

aku_tulip says ...
  besnya buat family day...

Reply | Posted on 3/17/2010 9:56:58 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 3 + 7 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server