Friday, February 19, 2010
Posted on 7:55:10 AM |

semasa saya sedang berjalan-jalan di alam siber, saya terjumpa seorang budak comel memakai gaun berriben di lengan. tersangatlah comel.
memandangkan riben saya sudah agak menggunung, walaupun sebahagiannya sudah saya jadikan ribbon-bow, tapi tetap ada lagi saki-bakinya, jadi elok juga kalau saya gunakan untuk gaun pulak. stash ni, bila dah digunakan, senang hati sikit nak cari yang lain pula. haha!
ok. oleh sebab dress berlengan yang saya rajin nak buat cumalah peasant dress, makanya, saya nak letakkan riben di lengannya. semasa saya sedang sibuk memadankan kain dan riben, riben dan kain (ada 5 helai ya tuan-tuan dan puan-puan, huh! cita-cita tinggi menggunung. padahal baru siap sehelai, walaupun yang lain-lain tu dah siap dipotong) tiba-tiba saya terfikir untuk meletakkan riben pada lehernya, biar riben tu lagi cepat nak habis. tiba-tiba terasa, macam dejavu. macam pernah ku lihat saja. tapi di mana ya? padahal masa tu cuma lihat baju apa yang bakal terjadi dalam imaginasi jer .

inilah hasilnya. samar-samar malam. cak!
sekali semalam semasa membuat lawatan kawasan, baru saya perasan, rupanya ianya adalah bersamaan dengan projek sew-along zura, pattern dress #3. yang dibuat oleh zue. huh! patutlah saya boleh terfikir nak letak riben ke leher. ingatkan idea tu dah ori sangat dah. :P

ok. dah pasang lampu. tapi masih malu-malu. haha!
oklah.. takyah nak sorok-sorok lagi dah. tada!!!
.. and i love polka dot very much!!
eh! boleh tak dikira sew-along jugak? :D
Made by Maya, Dahlia Dress, Sew Along |
9 Comments