Friday, January 15, 2010
Posted on 9:27:34 PM |

minggu ni saya ada dua lunch date dengan crafters. wah! bunyinya macam ramai sangat yang saya jumpa dan macam saya takde kerja dan tak sibuk macam tahun lepas kan? tumpang lalu, boss...

ok. hari selasa saya ada lunch date dengan kak zila yang dah bertahun tak tertunai (sejak dari tahun lepas kira setahun lah kan? hihi..). maaf kak, baru kini saya punya masa, walaupun jarak kita cuma sekangkang kera.
dan.. dan ya! saya dapat bakul tu. cantik giler ok. sila jeles, sebab saya dapat free sempena giveaway kak zila hari tu dalam kategori hadiah misteri. terima kasih banyak-banyak kak zila.
oh? kain-kain tu pulak? hah! yang tu lunch date dengan zura di hari jumaat yang indah. gila lama tak jumpa zura. 17 tahun lah kiranya, sebab last jumpa masa form 5 tahun 1993. zura sama je macam dulu gak. cantik macam dulu. banyak cerita macam dulu (tengok blog lah kan.. hehe).
oh ya. cerita pasal kain tu, saya beli kain tu dari zura lah, di lovemelots (kakaka.. baru perasan asal perkataannya 'love me lots'. sebelum ni saya duk sebut sambung jer.. :P). ternganga ok dengar zura sebut nama-nama designer lancar giler. haha!
first time ni beli designer fabrics. selepas dah confident giler lah kononnya potong kain nanti tak salah, kan. tapi belum tahu lagi nak buat apa. dan yer, sila jeles sekali lagi sebab yang hijau lime sway tu dapat free juga. terima kasih banyak-banyak zura. penat-penat drive jauh-jauh, susah pulak nak cari parking tu.

ok. yang ini pulak adalah percubaan saya menggunakan bakul dan kain tu sebagai props untuk bunga crochet yang saya beli dari my luverly craft 2 minggu lepas. sangat comel bunganya, dan sangat kemas bentuknya. nanti saya dah siapkan, saya tunjuk hasilnya.. entah bila.. lalalala... dan kan, bunga kecik warna purple yang ada sepit tu, hah! yang tu puuuunnn saya dapat free...
Alhamdulillah. murah rezeki saya tahun ni...
Made by Maya, Stash, Sewing Corner |
5 Comments