HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

cerita-cerita facebook
Wednesday, January 13, 2010
Posted on 12:24:49 PM | 10 Comments

seronok tu seronok jugak. tapi, sila berhati-hati.. terlajak perahu boleh diundur.. masalahnya sekarang ni jarang-jarang orang pakai perahu... lepas tu lupa pulak nak pandang kiri kanan. main berdezup jer..

Satu: Status

rasanya dah ramai yang baca status ni. kesian. ada banyak lagi status-status yang lebih kesian, boleh baca di sini. pas tu boleh gelak guling-guling..

Sumber: The Huffington Post: The Funniest Facebook Snafus Of All Time (PICTURES)

--------------

Dua: Dosa Dan Pahala

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Sumber: Saifulislam.Com: Soalnya Siapa Kamu

--------------

Tiga: Hukum

Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook.

Sumber: Zaharuddin.Net: Facebook, Yahudi & Status Hukum

--------------

Empat: Main-main

KUALA LUMPUR: Gara-gara jenaka tidak bertempat, seorang pelajar institut pengajian tinggi diberkas polis selepas mendakwa kononnya bertanggungjawab membakar gereja baru-baru ini melalui laman sosial Facebook miliknya.

Pelajar lelaki berusia 25 tahun berkenaan yang mengaku sengaja membakar gereja di Petaling Jaya, di sini, menimbulkan rasa terkejut kepada rakan-rakannya yang membaca tulisannya itu.

Bagaimanapun, pelajar itu dibebaskan kira-kira jam 12 tengah malam semalam selepas siasatan mendapati dia tidak terbabit dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman sosial itu hanya satu gurauan semata-mata.

Sumber: myMetro: Gurauan pelajar dakwa bakar gereja bawa padah


Corat-Coret, Ceritus | 10 Comments
 

Zura says ...
  NICE ONE!!! Hahaha...aku gelak guling-guling..I'm so forwarding this to hubby..mesti dia gelak pecah rumah haha...100% agree with you..

but seriously, other than connecting with long lost friends (and family)...aku rasa all the games dalam fb a total waste of time...especially annoyed when I get messages asking me to do something for mafia wars or farmville..tambah mmg aku tak reti pun nk main mende2 tu hehe....usually I just click x or hide frm status update...

Reply | Posted on 1/13/2010 12:49:20 PM
 
maya replies ...
  hehehe... sian diorang kan..

pasal fb apps tu kan, actually kita boleh block apps.. means lepas tu kita takkan dapat apa2 request pun berkenaan apps/games tu...

Reply | Posted on 1/13/2010 1:29:28 PM
 

aku_tulip says ...
  maya..tima kasih sudi kongsi info tu....ya betul...telajak perahu boleh di undur...

Reply | Posted on 1/14/2010 2:20:06 PM
 
maya replies ...
  a'a.. kebetulan tgh ramai lak bincang pasal 'keterlanjuran' (hehhe..) di facebook.. boleh buat pengajaran kan..

Reply | Posted on 1/15/2010 10:49:56 AM
 

arninas says ...
  itulah kesan dunia maya tanpa sempadan ni.. eh bukan dunia maya maisarah tau.. hehe..

internet ni memang camtu la, guna utk baik jd baik dan vice versa.

Reply | Posted on 1/14/2010 2:52:48 PM
 
maya replies ...
  haha..
itu lah kan.. apa-apa pun sebenarnya, hatta jarum sekali pun, kalau kita guna untuk kebaikan, boleh buat baju selai.. kalau untuk kejahatan.. huh!

cuma kadang2 bila dah suka sangat, kita lupa..

Reply | Posted on 1/15/2010 10:51:32 AM
 

odah says ...
  salam

maya, saya sendiri pun dahterjebak dgn fb ni, kwn2 plak tgh menggila dgn fb ni.. saya masuk add kwn2 n try cr kawan dulu(ramai kt leh jejak)tapi tak jumpa..agaknya kwn2 sy dulu tak main fb ni.hehe...saya tak minat sgt.. masuk 5 minit kuaq...kadang tu bosanla...
apapun pandai2la kita menggunakannya mmm..

Reply | Posted on 1/15/2010 12:52:11 AM
 
maya replies ...
  oh.. saya terjebak dah lama dah... asalnya dulu kawan ajak main game jer... pas tu jumpa ramai kawan2 lama lak... game tu pun dah tak main dah.. hahaha...

tapi saya ikut mood gak.. time aktif kat fb, aktif terlebih.. time bosan bukak kejap2 nak tgk update orang jer...

tapi pd saya, fb mmg salah 1 keajaiban dunia lah.. org tak ambik tahu pasal internet pun buleh ade fb... hahaha.. pelik betul lah kan..

Reply | Posted on 1/15/2010 10:54:06 AM
 

nidji says ...
  hmm... mcm nak deactivate jer fb.

Reply | Posted on 1/15/2010 6:48:45 PM
 
maya replies ...
  ler.. apesal lak?...

Reply | Posted on 1/15/2010 9:43:07 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 6 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server