Thursday, January 07, 2010
Posted on 11:13:51 AM |
4 Comments
Dunia semakin sempit.
Penggunaan huruf pun perlu dihadkan. Tengok saja pada ejaan-ejaan di SMS. Kadang-kadang saya pun tak paham. Dan kadang-kadang saya pun ikut tergelak bila mak saya pun pandai guna short form tu semua. Haha!
Okay. Sekarang, URL pun mahu dipendekkan. Kalau sebelum ni banyak URL shortening service yang tumbuh bagai cendawan macam tinyurl.com atau bit.ly atau is.gd atau tr.im (and the list goes on and on), sekarang ni facebook, google (kesukaan saya), youtube dan flickr pun dah ada URL pendek mereka sendiri.
- goo.gl adalah kependekan untuk google.com
Perlu gunakan Google Toolbar untuk Firefox dan Internet Explorer. Untuk Google Chrome, perlu install goo.gl url shortener. Berbeza dengan penggunaan fb.me, flic.kr dan youtu.be, goo.gl boleh digunakan untuk apa-apa URL pun. Caranya, boleh click di sini. Contohnya, URL pendek untuk page ini adalah http://goo.gl/Zw0T. - fb.me adalah kependekan untuk facebook.com
Katakan URL facebook saya adalah http://www.facebook.com/xyz, saya boleh pendekkan menjadi http://fb.me/xyz. (xyz cumalah sebagai contoh penyamaran. boleh replace dengan nama kamu kalau sudah disetkan.) - flic.kr adalah kependekan untuk flickr.com
Contohnya kalau URL flickr saya adalah sepanjang http://www.flickr.com/photos/maya-caz, boleh dipendekkan menjadi sependek http://flic.kr/maya-caz - youtu.be adalah kependekan untuk youtube.com
Contohnya, kalau URL asal adalah http://www.youtube.com/watch?v=B6exaJ_jecI, boleh dipendekkan menjadi http://youtu.be/B6exaJ_jecI. (Cuba teka lagu ape tu?)
Itulah, orang kata less is more!

Corat-Coret, Not So I.T. |
4 Comments



