HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Ragam lepas raya
Thursday, October 08, 2009
Posted on 10:11:35 PM | 8 Comments

Amily (Amili sebutannya) minggu ni berat betul hatinya nak ke sekolah. Terperosok dia pada bahagian kaki tempat duduk belakang. Kalau boleh semua mahu disorok. Tangan, kaki, kepala, dah jadi bentuk bulat macam bola. Mula-mula memang saya tergelak. Rasanya macam Amily masih kecik untuk berperangai macam tu.

Minggu ni tak ada satu hari pun Amily tak menangis waktu ke sekolah. Walhal sebelum ni Amily yang melompat-lompat suka bila nak ke sekolah. Kesian anak mama. Kalu bangun tidur happy pun, terus nangis bila tengok mama pegang beg sekolah dia.

Nota: Baju ni Maksu belikan. Cantik kan? Cuma masih besar untuk Amily.


Elman (Eilman sebutannya) hari Isnin lepas dia cakap, "Mama, hari Khamis ni ustazah kata raya."

"Raya rumah ustazah ke?", saya tanya.

"Haah", kata Elman. "Kenapa buat hari Khamis? Mama kerja la..." Memang tiap tahun ustazah buat open house.

Malam semalam, hari Rabu, Elman kata lagi. "Mama, esok raya."

"Tak. Sekolah dulu 2 hari, baru lah kita beraya."

"Ok."

Hari ni bila ke sekolah, semua kawan-kawan Elman berbaju Melayu dan berbaju kurung warna-warni. Ohhhh... patutlah Elman kata raya. Nasib baik sekolah tak sampai sepelaung. Balik tukar baju...

"Hah! Tu la mama ni tak tau ke?", Kata Elman.

Sorry lah sayang.. Ha'ah... mama yang tak tau..


Corat-Coret, Anak-anak Kita | 8 Comments
 

hidayah says ...
  ingatkan baju Amily tu buat sendiri, klu x boleh share2 tutorial...

Reply | Posted on 10/9/2009 9:37:43 AM
 
maya replies ...
  hehe... itulaa... best kan kalau tu hasil sendiri...

Reply | Posted on 10/13/2009 8:53:52 AM
 

meandbaby says ...
  samalah kita..punyala mak nenek..bawak baju tak bawak samping ngan songkok..merajuk gila mamat kecik tu...

Reply | Posted on 10/9/2009 5:20:21 PM
 
maya replies ...
  hahahaha.... tak buleh patah balik eh?

Reply | Posted on 10/13/2009 8:54:13 AM
 

tini says ...
  wa ha ha.. sib baik dkt. ingat saya pun penah salah faham. anak ckp, esok sambutan maulidur rasul kat sek. cikgu suruh sume org pakai bj kurung.. soknya pg sekolah pakai baju raya. rupanya cikgu maksudkan yg pakai pinafore tu pakai la baju sekolah kurung! heh.. langsung x sekolah hari tu :)

Reply | Posted on 10/10/2009 1:56:47 PM
 
maya replies ...
  itulah... kadang2 tu kita cam tanak percaya lak cakap anak kan... cam kite je betul... tapi diorang ni pun kadang2 memang betul2 salah paham...

pengalaman...

Reply | Posted on 10/13/2009 8:55:08 AM
 

ppg says ...
  Emmm..dah lama tak lepak sini.last week 1 jam duk lepak sini.click sana sini.itu ini.best gila.tak sedar masa berlalu.ari nie lepak lagi.mcm banyak je nak kena baca.

Reply | Posted on 10/12/2009 12:48:10 PM
 
maya replies ...
  thanks dear... singgah2 lah selalu.. ;)

Reply | Posted on 10/13/2009 8:55:29 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 20 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server