HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

satu sepuluh
Thursday, October 01, 2009
Posted on 11:01:24 PM | 2 Comments

macam tak percaya je rumah dah sunyi sepi sebelum pukul 10.30 malam. selalunya masih aktif lagi melompat sana-sini, berkejaran terjerit-jerit. yang boleh buat saya pun ikut menjerit sama bila melihat gelagat mereka yang kadang-kadang mahu membuat jantung tercabut.

melly, baru makan ubat batuk dan ubat selsema. tiba-tiba petang tadi suaranya sudah bertukar garau. terbatuk-batuk dan ada air dari hidung meleleh keluar. padahal pagi tadi elok saja terkinja-kinja. mesti sebab malam tadi minum air batu papa ni.

suami saya, first day bekerja di tempat baru hari ni. penat sangat lah kot tu. harapnya semua dalam keadaan baik. dan harapnya impian menjadi kenyataan, bila dia tak perlu lagi kerja ikut shift, dan kerja di hujung minggu. harapnya hujung minggu kami lebih ceria dengan acara jalan-jalan selepas ni.

elman, sebab tak ada siapa yang boleh diajak main atau bergurau, dia pun tertidur sama. suka betul dia tak ada homework hari ni. buleh main game banyak-banyak.

saya, 10 tahun yang lepas, 1.10.1999 saya mula bekerja di tempat saya bekerja sekarang. lepas 10 tahun, banyak betul yang saya belajar. dan banyak lagi yang saya perlu belajar. itu sebenarnya sebab saya masih di sini. sebab tiap kali saya rasa saya dah tahu semua, tiap kali tu mesti ada perkara baru yang saya kena belajar... dan belajar, tak semestinya cuma dengan cara yang kita suka. kadang-kadang apa yang kita paling tak suka itulah yang terbaik untuk kita.

dah pukul 11. saya nak layan Leverage 1 episod dulu sebelum tidur.

gud nite!


Corat-Coret, Kisah Saya | 2 Comments
 

rina says ...
  aku pulak akan pelik kalau anak2 aku pukul 10.30 tak tido2 lagi (kalau wdayslah). minggu ni memang b4 9.30 semua dh selamat bermimpi dah.

Reply | Posted on 10/9/2009 9:37:43 AM
 

tini says ...
  lps ni blh la wat rutin, mlm2 bg depa tido awal sket, bg mama papa 'our time' sekejap :)

Reply | Posted on 10/9/2009 9:37:43 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 8 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server