HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

update raya
Wednesday, September 23, 2009
Posted on 9:25:27 AM | 0 Comments

raya melly
sehari sebelum raya, melly excited sangat. habis dahi dan hidung bercalar. dan jari melecur pegang streka. melly seronok je bila raya. lagi-lagi bab main bunga api. raya ke-3 melly dah masuk ke kebun tolong atok siram pokok bendi.

raya elman
elman seronok sangat. sampai lupe mana mama yer. main saja kerjanya. paling suka main bunga api.. tapi elman memang tak suka pergi rumah orang.. baru dapat 5 buah rumah dah ajak balik.

raya papa
tak kisah takde baju melayu baru, asalkan mercun ade. ngalahkan budak-budak. tapi lagi elok camtu dari budak-budak yang main.

raya saya
raya saya biasa je. dah makin dewasa ni, persiapan anak-anak lagi penting. yer... sampai lupe order kuih raya.

raya kami
tahun ni giliran beraya di sawah sempadan. macam biasa, hidangan hari raya utama kami ialah tepo. tepo adalah sejenis lontong juga, tapi lebih special. lemang, ketupat, rendang, sate ummm semua ade..

tahun lebih meriah bila kami tukar jadual. raya pertama kami pusing satu kampung ke rumah saudara mara. raya ke-2 duk rumah layan tetamu tak putus-putus dari pagi sampai ke petang. malam tu baru balik ke gedangsa.. macam biasa, habislah episod pertama raya....

nanti sambung episod lak bila berjalan-jalan area kl..


Corat-Coret, Kisah Saya | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 18 + 2 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server