HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

saluran siti
Friday, August 28, 2009
Posted on 11:47:11 PM | 8 Comments

i like this... *wink wink*

ISTIMEWA sempena meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-52, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza diberikan penghormatan oleh Astro dengan menampilkan saluran khas 'SITI' yang boleh disaksikan secara percuma di saluran 188.


Selama dua hari tanpa henti bermula 30 Ogos ini pada pukul 8 malam sehingga 31 Ogos, jam 11.59 malam, saluran istimewa SITI ini bakal menyiarkan rakaman konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya pada Jun lalu sebagai siaran utamanya.


"Ini adalah hadiah istimewa Astro kepada pelanggan-pelanggan setia kami", kata Khairul yang menambah, program-program dalam saluran itu akan diulangtayang mengikut jadual yang ditentukan.


berita lanjut di sini...


yang paling saya nak tunggu konsert SATU tu je. lain-lain dah tengok kot... ingatkan hari tu nak pegi konsert, untuk hadiah birthday diri sendiri kononnya (haha! tengok sian takde sape nak bagi birthday present, terpaksa beli sendiri). tapi sayang seribu kali sayang. saya tahu dah lambat. tiket orang kebanyakan macam saya dah habis. yang tinggal tiket vip.. yang tu kene tunggu jadi sedara datok k dulu lah...

terima kasih pada hanis yang tolong cari sampai ke IB tapi tetap tak ada...
psstt.. tapi hanis ada chocolate raya tau... tak caya tanya dia...


Corat-Coret, Fiction | 8 Comments
 

rina says ...
  tolong aku jahit bj cam tokti ni... i likeee

Reply | Posted on 8/29/2009 7:26:54 AM
 
maya replies ...
  baju ni 2 helai.. kene tengok yang penuh macam kat link tu... senang je nak jahit ..... butang dia... aku tulung jahitkan.. butang je lah yer....

Reply | Posted on 8/29/2009 10:33:17 AM
 

Wan replies ...
  aku nak komen tang baju tgk odzz dah komen dulu.. sebab mmg itu yg aku perasan dulu.. cantiknya baju ct...

Reply | Posted on 8/29/2009 1:42:37 PM
 

maya replies ...
  tudung dia tak minat jugak ke?
hihi..

Reply | Posted on 8/30/2009 9:08:12 AM
 

hanis says ...
  wajib tgk saluran ni nnt. tu laa takde rezeki nak tgk konsert aritu tp nasib baik ada tunjuk kat tivi. aku pun berkenan baju itu.

Reply | Posted on 8/30/2009 12:36:47 AM
 
maya replies ...
  ye ye..
wajib tengok..

ko pun nak aku tulung jahitkan...

butangnya ke?

Reply | Posted on 8/30/2009 9:07:18 AM
 

yana says ...
  salam singgah..cuti buat pe..

Reply | Posted on 8/30/2009 2:05:06 PM
 
maya replies ...
  salam yana..

err.. takde buat apa.. duduk saja-saja layan anak-anak sambil tengok tv dan juga movie.. dok melepek jer nih.. hehe..

Reply | Posted on 8/30/2009 2:27:35 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 2 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server