Monday, August 17, 2009
Posted on 4:50:35 PM |

cewah.. tajuk cam yo-yo-oh kan..
ok ini senarai blog dari seluruh dunia (huhu.. pengsan nak jelajah seluruh dunia). oklah.. sikit saja dari seluruh dunia yang ada pada google reader saya.
- cocoricooo ~ thailand
tengok saja cara dia ambil gambar. sangat kreatif. bahkan tempat dia buat craft pun buat saya sangat jeles. kraft nya sangat cantik-cantik, dijual di etsy. murah pulak tu kalau dibanding dengan harga orang putih. hantar barang ke pejabat pos naik moto.. uih.. nampak sangat romantik. padahal takde couple pun.. tetiba perasan romantik.
tapi saya tak tahu kenapa diorang ni dah tak update blog lagi. last is on last march.
- cocomomo ~ indonesia
tak tahu kenapa diorang ni suka letak nama start dengan coco... mungkin sebab kita negara asia tenggara ni, kulit sedikit koko, berbanding dengan orang putih. haha.. mandai..
ini pun sama. gambar-gambarnya buatkan saya sangat jeles. presentation dia untuk barang-barang craft dia sangat mengagumkan jiwa dan raga. simple and sweet. akan saya jadikan panduan.
- misako mimoko ~ barcelona
tengok ade ko jugak kat hujung. mungkin saya kena letak something ko jugak untuk jadi macam diorang. komai mungkin. konaz mesti suka idea ni. kalau nak glemer sikit mungkin jadi cocomaya. haha.. buat lawak sendiri pastu gelak sendiri. :P
kraf memang dah cantik. tambah lagi gambar-gambar diambik pun cantik. makin bertambah-tambah cantik lah kan. orang kalau dah kreatif, memang macam-macam agaknya ada dalam kepala diorang kan.
persamaan yang ada pada diorang ialah diorang buat craft yang comel-comel. tak semestinya kerap. yang penting presentation sangat menawan hati.
oklah 3 dulu. lain kali saya sambung lagi.
Made by Maya, ~ The Craft Links, Review |
10 Comments