HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

betul-betul 50% ke?
Saturday, July 04, 2009
Posted on 11:53:34 PM | 8 Comments

tadi hajat saya ke pejabat pos. tapi sayang pejabat pos tutup. baru perasan ini minggu pertama bulan july. format bercuti berselang seli macam ni memang agak menyusahkan pada saya yang cuti tak berselang-seli.

untuk mengubat hati yang lara, saya ke tempat sales yang tiba-tiba ada di situ. wow! 50%. 70%. sebab tak ada apa yang dalam kepala saya yang nak saya cari, saya taklah tergedik sangat. tapi pergi juga sebab dah ada kat situ. nak tengok-tengok. lagi-lagi yang sales tu baju budak, sampai lupa nak tengok-tengok baju mak budak.

saya tengok satu-satu. tak lah menarik sangat (padahal sempat jugak terembat 2 helai. kalau menarik entah berapa helai terembat agaknya).

yang saya nak cerita sebenarnya, (lepas mukadimah berjela) saya jumpa satu seluar katok yang saya fikir boleh lah melly guna kat rumah sebab selalu nampak budak tu (anak sapa lah tu?) comel betul pakai seluar katok kat umah. melly takde satu pun.

saya tengok harga yang diprint pada jenamanya. rm35.90, okey, kalau 50%, dapat rm17.95. kalau dapat rm10, berbaloi jugak kalau saya beli. tengok, sumpah seluar tu tak cantik pun. setakat seluar kain bercorak gingham kaler pink. bukan ade poket-poket atau bunga-bunga pun. kosong saja. kain pun bukan jenis kain tebal macam seluar tu.

tapi ada something yang saya terperasan. ada satu tag lain, yang harganya rm71.80 dan bertanda purple, maksudnya ada 50% discount. dan tag tu pulak sekadar tag tampal. saya check pulak pada pakaian yang lain di tempat sama. tak macam tu pun. yang lain takde harga tampal yang lebih mahal. kalau ada harga tampal pun, harga yang sama dengan yang diprint pada brand.

saja saya nak dengar explanation dari sales girl tak berkacamata kat situ yang pandang orang sayup-sayup saja. saya percaya kadar rabun dia mesti tinggi.

saya tanya dia, "dik, seluar ni sebenarnya harga berapa dik? kat tag (brand name) ni dia letak rm35.90. tapi kenapa ada lagi tag yang letak rm71.80?"

"kak, rm35.90 ni harga dah diskaun kak. yang harga betul rm71.80."

"ini patut harga asal kan? takkan harga diskaun dah siap-siap letak kat tag brand dia?"

"tak kak. ni harga memang dah diskaun. itulah saya pun susah nak explain selalu customer tanya macam ni."

sebab saya tanya dan tanya lagi, lama-lama suaranya semakin tinggi. dengan nada yang membayangkan saya tak paham-paham dengan penerangan dia.

okey. sebab saya takdelah minat sangat dengan seluar berharga, what? rm71.80 tu, saya malas nak tegakkan benang kering saya. lagipun orang lain dah pandang-pandang.

saya tinggalkan dia dengan ucapan. "tak dik, ni sepatutnya lepas diskaun dapat rm17.95."

tu pun dia boleh jawab lagi. "tu murah sangat kak."

memang tak masuk akal langsung seluar budus cam tu berharga asal rm71.80. padahal bukan branded pun. barang branded memang bukan aliran saya. sebab tu saya malas masuk campur. tersangkut kadang-kadang tu ade lah. itupun terr..

tapi satu kes tu jer lah yang saya jumpa hari ni, walaupun yang sebenar-benarnya banyak lagi kes macam ni kat mana-mana. asal ade sales je, tiba-tiba harga asal naik. tapi tak terkantaoi sebab harga asal yang lebih murah dah dibuang awal-awal.

dan tadi saya beli dress comel kain cantum-cantum yang harganya lagi murah dari seluar katok selepas diskaun tu. entah apa-apa.


Corat-Coret, Kisah Saya | 8 Comments
 

mai says ...
  rasanya mmg mega sales ni takleh dipercayai..nasib baik i xlah jenis nak terpedaya sgt...kdg2 terpedaya gak, pastu nyesal xsudah..baik beli kain bnyk2 puas ati

Reply | Posted on 7/5/2009 12:52:27 AM
 

kui says ...
  mmg panas hati kan maya? nak menipu pon, logik2la sikit..hehe

Reply | Posted on 7/5/2009 8:13:43 AM
 

maya says ...
  mai,
haha.. saya pun selalu gak terkena kes menyesal tak sudah tu... nombor2 diskaun tu sangat mengelirukan..

kui,
itulah... payah jadinya kalau penipuan yang senang dihidu ni.. sib baik saya bukan jenis kaki gaduh.. hehe

Reply | Posted on 7/5/2009 8:33:33 AM
 

Wan says ...
  Selalu ternampak, dan tak beli sebab harga mengarut. Tak iklas nak buat sale, jgnlah buat kan.

Melampau harga baju budak-budak sekarang. Tak padan dgn kualiti pun.. kebanyakannya...

Reply | Posted on 7/5/2009 9:04:56 AM
 

maya says ...
  itulah.. sales sekadar menyedapkan bunyi je..
padahal harga asal tu lah yang dikatakan harga sales..
sebab tu harga asal nampak melampau bukan main..

Reply | Posted on 7/5/2009 10:50:10 PM
 

Halina Zairi says ...
  dari pemerhatian saya, mmg selalu jadi benda ni.
so, sebelum sale, saya cuba round satu dua kali.. hapal kan harga. then dtg balik masa sale. ada yg betul murah, ada gak kes mcm yg maya cite ni.
ada satu lagi, kedai kain yg femes *ul*t*s @ *u*o m*d* selalu sgt tukar harga masa sale.

Reply | Posted on 7/9/2009 2:26:01 PM
 

Mizzy N` says ...
  happaraa orang kedai tu. zaman sekarang kan orang letak harga asal yang sebelum diskaun atas item sale itu, mcm pasar raya buat dan tayang sekali senarai harga asal dan harga2 selepas diskaun. cara itu lagi buat org nak beli.

setahu saya kalau lagi banyak diskaun dia lagi lama la umur stok baju tu.

Reply | Posted on 7/11/2009 11:35:26 AM
 

maya says ...
  halina zairi,

itulah.. kalau ade mase memang elok buat macam tu.. saya kan kalau tengok harga lepas diskaun pun mahal, rase nak tau je harga sebelum dales tu berapa.. mesti lain punya lah..

mizzy n,
ni saya cerita pasal pasaraya lah ni.. itu terkantao satu. tapi itulah.. senaraikan/letak harga asal pun, tak tentu lagi harga asal tu harga asal yang betul..

Reply | Posted on 7/11/2009 2:07:11 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 13 + 7 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server