HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Bidadari Syurga
Tuesday, June 30, 2009
Posted on 9:28:27 PM | 7 Comments

letih sungguh rasanya bila otak dikerah-kerah siang dan malam.
baru minggu lepas mendapat berita yang mengejutkan. takde ape yang fancy pun. cuma biasa lah bila kerja-kerja di hujung waktu ni kan, sampai tidur pun mimpi kerja dan mimpi boss. (agak-agak boss saya baca tak? huhu.. lepas bertungkus-lumus ingatkan buleh juga ambik bernafas di hujung minggu. tapi rupanya, masuk saja minggu baru, ada lagi yang lain yang mengejutkan.

Bidadari-bidadari Syurga tajuk buku yang baru saya beli. tengok saja tajuknya sungguh menyamankan, maka saya baca malam-malam untuk tenangkan otak. baru beberapa helai, saya sudah dihidangkan dengan teori elektromagnet yang akan merosakkan keseluruhan alat-alat elektronik di muka bumi ini dan memaksa kita kembali seperti zaman dulu. semuanya perlukan kudrat 4 kerat. saya diingatkan juga tentang ilmu dunia juga ibarat roda. ada masa di atas. dan pasti ada masa juga segala ilmu itu hilang. sebab itu katanya bila turunnya Yakjuj & Makjuj nanti, peperangan adalah dengan pedang. jenuh saya berfikir. mencari logiknya di situ. sungguh tidak mustahil.

dari manalah penulis tu mendapat idea corak kebinasaan yang memusnahkan tamadun manusia semacam tu.

mencari bukti bulan terbelah. juga dipersoalkan bagaimana dahulu istana balqis dapat dipindahkan dalam sekedip mata. padahal sampai sekarang belum teruangkai lagi kaedah memindahkan objek sekejap mata kecuali pada cerita-cerita fiksyen masa depan, contoh: starwars. oh! saya tunggu hujung-hujung saja nanti untuk menonton transformer.

aduh. kepala saya semakin berat. buat saya simpan saja buku itu walaupun belum separuh yang saya baca lepas jam menginjak pukul 2 pagi dan saya pun tidur. dan saya juga ada buku Yakjuj dan Makjuj yang belum pun saya mula baca.

sebenarnya saya nak baca buku fantasi. bukan fantasi masa depan. tapi fantasi kayangan ke, masa lepas ke. yang mana mahu cerita tentang satu pemandangan yang sangat cantik pun boleh berpuluh muka. yang mana boleh bawa saya macam terasa ketenangannya. yang cerita bukan tentang dunia nyata. ada tak? dapat tajuk pun dah cukup. pandai-pandailah saya nak mencarinya.


Corat-Coret, Fiction, Review | 7 Comments
 

iamja77 says ...
  tu kadang2 aku malas nak baca buku. serabut kepala otak. Tengok movie lagi best. sbb dapat tenangkan mata.. kakakak.

tapi michael jackson lagi best.. dia kuat berangan. Tapi dia kaya takpela... jadikan benda yang diimpikan tu kenyataan tapi life dia plak serabut. kesiannn.. mungkin ada kena mengena dgn buku Bidadari Syurga ko tuh.. hahahha..

Apa2 pun citer transformers konpem bleh release kepala otak ko itu. Weekend nie gak akan start citer ICE AGE 3. Bleh bawak budak2 tgk bersama...

Reply | Posted on 7/1/2009 8:19:18 AM
 

rina says ...
  adoiii ja sampai ke sini cite psl MJ. muahahaha.

Reply | Posted on 7/1/2009 9:16:24 AM
 

iamja77 says ...
  muahhaha.. rina.. biasalah aku.. tak habis2 lagi ngan MJ. kakakka

Reply | Posted on 7/1/2009 9:21:56 AM
 

maya says ...
  ja,
sebab kan movie list (yg tajuknya macam best) aku dah habis di tengok. terakhir aku tengok Slumdog Millionaire.. adeh.. aku yang down tengok betapa susahnya hidup dia mase kecik jadi budak jalanan, takde mak ayah, takde rumah.. etc etc... pas tu aku dah tak tengok lagi.. dah ler sebelum tu tengok the pursuit of happyness..

kesian mj tu kan. yer lah.. dia pun manusia biasa. mesti ada kurang di mana-mana. terima saja seadanya..

cerita transformer tu tunggu panggung lengang nanti baru aku tengok dengan anak aku. save the best for last.

rina,
layankan ja tu.. dia tengah semangat buat research tu.. hehe

Reply | Posted on 7/1/2009 9:29:11 AM
 

taichee says ...
  Lahaiii sampai kol 2 pagi?

Allah kan punya ilmu yg Maha Melimpah, walau diganti dakwatnya dgn 7 lautan dan segala pohon di muka bumi ini, ilmu Allah itu tetap masih banyak.

So tak mustahil jika Allah tarik balik ilmu yg sgt sedikit nilainya di dunia ini. MasyaAllah. Takut aku Komai.

Aku baca buku ada sampai kol 4, tido jap pastu bgn subuh, tido jap lagi sket pastu masuk opis lambat skets.

Kihkihkih..~@!
Takbleh diamalkan selalu. Penin pale nantik.

Reply | Posted on 7/1/2009 9:31:41 AM
 

Wan says ...
  Aku suka buku cam tu maya.. sekarang novel dah tak boleh ikat mata aku dah, macam dah kurang cerita yg santai ni, semua cerita kisah benar, atau novel yg macam ko baca tu.. dah seasoned kot?

Aku rindu buku Bercakap dengan Jin tamar Jalis tu.. dan buku seram yg seangkatan. Walau penakut, sanggup baca jugak tuuu...

Reply | Posted on 7/1/2009 11:42:14 AM
 

maya says ...
  konaz,
huhu.. semakin di fikir, semakin takut...
uh.. kalau pas subuh tidur balik, confirm bangun lambat banyak, bukan sikit.. :P

wan,
haaa... ade jumpe tak buku cam tu? aku pernah baca dulu mase sekolah. tak ingat tajuk ape. tapi jenis benua yang macam tak wujud ni lah... nama pun lain macam tapi sedap-sedap...

tapi bercakap dengan jin tu dah lama betul kan? aku tak minat lak buku citer hantu. sungguh menakutkan.

Reply | Posted on 7/1/2009 9:37:53 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 8 + 2 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server