HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

cerita elman
Sunday, May 31, 2009
Posted on 5:51:15 PM | 6 Comments

jumaat lepas saya ke tadika elman. untuk semak report card. alhamdulillah, keseluruhannya elman above average. adalah sikit-sikit tahap sederhana macam bergayut dan melompat. sebenarnya saya taklah letak harapan tinggi sangat sebab takut jadi pressure pulak. asalkan dah boleh membaca dan mengira tolak tambah 1 digit bila masuk sekolah rendah nanti pun dah cukup bagus. mak dia dulu mula masuk sekolah lagi tak reti baca langsung. dapat mengira 1 sampai 50 kat depan kelas pun dah seronok sangat.

yang paling menyejukkankan hati, cikgu kata elman tak suka campur budak-budak nakal. lega rasa. sebab kawan-kawan memang memainkan peranan penting sebab kawan-kawanlah yang selalu ada dengan kita semasa kita membesar. baik kawan tu, insyallah baik jugalah kita. hancur kawan tu, kebarangkalian kita ikut hancur pun tinggi juga.

lagi cikgu kata elman ni pemalu dan kuat merajuk, mak dia senyum aje. dah konsep kuah dan nasi memang begitu. nak kata apa lagi kan. haha!

cerita pasal malu, melly rupanya lagi hebat malunya. biasanya, dia ni kalau nampak orang yang agak-agak akan tegur saya atau dia, dia akan cepat-cepat dakapkan mukanya ke badan saya. memang susahlah nak leraikan. semalam, kat pejabat pos macam tu. padahal takde orang yang saya kenal pun. bila sampai kat kaunter pos, saya turunkan dia. ok je dia sebab tengok takde orang usik.

lepas habis urusan, alang-alang dia kat bawah, jadi saya pimpin saja tangannya ke luar pejabat pos. punyalah dia malu, tangan sebelah lagi dok cover mata & muka. hahaha! macammana nak nampak jalan dik oi. kesian punya pasal, saya dokong jugalah. tapi lepas tu mintak turun nak lari-lari sebab baru sedar takde orang tegur dia.

berbalik kepada cerita elman, baru-baru ni elman ada bagitau dia nak jadi 8. rendah sikit dari ben sebab ben ada 10. saya tanya apanya yang 8. dia pun jawablah.

nanti besar abang nak jadi.
1. askar
2. polis
3. ada shop
4. ada shop ice-cream
5. cikgu
6. ada kereta
7. kerja komputer
8. nak jadi bob the builder (handy many taknak)

wah! ada juga rasa kagum dalam hati mak dia ni sebab tak sangka begitu berstruktur sekali siap bernombor cita-citanya. tanya banyak kali pun memang cukup lapan. yang penting askar & polis atas sekali. selalunya dengar bila besar nak beli kereta kuning yang power je, kali ni sudah berkembang biak pulak.


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Photography | 6 Comments
 

fawa says ...
  pandai elman bergaya n posing..........
betul tu maya...yang penting pada peringkat umur elman dan anak saya..mereka dapat kenal huruf dan angka serta membaca dan mengira..........itu sudah cukup buat kita teruja...

Reply | Posted on 5/31/2009 11:27:26 PM
 

faridah says ...
  maya saya beli button tu dulu bukan dekat sidney tapi dekat perth...nama kedai tu spotlight..cuba suruh kawan tu tanya kat org sidney ada tak kedai spotlight kat sana...heheh..semoga dapat button yg dicari...bye...

Reply | Posted on 6/1/2009 7:00:40 AM
 

Wan says ...
  Alhamdulillah, sejuk perut mak sedara dia dengar.. amin.. amin..

Reply | Posted on 6/1/2009 11:00:13 AM
 

maya says ...
  fawa,
kan.. asalkan tak ketinggalan oklah kan.

faridah,
thanks a lot. nanti saya cakap kat dia..

wan,
alhamdulillah.. tq!

Reply | Posted on 6/1/2009 11:55:02 PM
 

Cik As says ...
  YANG PASTI GAMBAR2 TU MEMANG CANTIK

Reply | Posted on 6/2/2009 5:26:52 PM
 

mizzy N says ...
  bagus ada banyak2 cita-cita, semoga tercapai semuanya. tak mustahil kan pada zaman ini.

Reply | Posted on 6/4/2009 7:31:48 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 8 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server