HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

award bulan ini
Friday, May 29, 2009
Posted on 12:24:08 PM | 12 Comments

bukan siti & mawi saja yang dapat banyak award. saya pun buleh dapat 3 award dalam bulan may saja. :P

amazing blog award dari m-i-o

i love your blog award dari halina zairi

blogger friendship award dari elin & rina.

sebab peraturannya sama saja, makanya saya lumsum kan saje. buleh kan? kan? kan?

peraturannya:
1. copy award ni kat blog memasing
2. ceritakan perihal orang yang memberi award
3. ceritakan hal sendiri
4. ceritakan tentang penerima award seterusnya


saya mulakan dengan pemberi award

m-i-o - beliau adalah seorang yang sangat pandai mengarang. sebab tu entry awardnya saja mencecah 4 entry yang seronok dibaca. dan karangan-karangan lainnya penuh dengan maklumat-maklumat yang saya lepas tu akan kata, "oh! macam tu ke?", "oh! saya baru tahu hari ni" ataupun sekadar bergelak tawa berdekah-dekah bila dia buat lawak yang sungguh menjadi. ya. beliau seorang yang kuat berfikir dan rajin membaca dan tak kedekut untuk share kan ilmu-ilmu yang dia ada melalui pembacaan. syabas inspektor sahab! eh, cikgu. eh, akauntan, eh.. saya sebenarnya tak tau dia kerja apa. haha! tapi penerangannya pasal uwang sangat berinformasi. saya suka. tajuk yang saya suka berbunyi "teguran dari Sang Pemberi Rezeki". sangat sentap itu tajuk.

halina zairi - beliau adalah owner kepada brand Meiís Mei Tai, dan labelnya sangat comel. nak tau pasal mei tai, sesuai sangat mencarinya. bila tengok gambar-gambarnya, automatik saya akan teringat cerita oshin.

elin - beliau adalah seorang yang hyperactive. saya sangat kagum dengan ketabahannya membaca bergunung-gunung buku. dan saya juga kagum dengan kebijaksanaan dia manage duit kerana duit dia selalu ada walaupun kadang-kadang sebut tak de duit. share ler rahsia sikit. hehehe..

rina - beliau tempat saya meluah perasaan. cewah! ya.. dia seorang pendengar yang baik (read: pembaca) dan pernah menelefon saya nak ajak berkaraoke dalam kereta lagu pasti yang tengah on air di sinar. beliau juga di kenali sebagai angelina jolie. lihat saja mulut dan badan tegapnya, sebijik. satu lagi kesukaan beliau ialah bergambar (of cozz laa.. dah nama pun angelina jolie kan).


info pasal saya yang sekarang sedang kedinginan yang amat sangat

1. saya baru tahu ada juga orang yang check nama penuh saya beserta nama ayah saya pada uncle google, banyak-banyak kali, tiap-tiap hari (saja tipu, padahal tak laa sampai hari-hari). sekarang saya dah buang nama penuh saya yang dulu saya pernah tertulis kat blog saya. (macam lah google takde cache. amik! jangan expose sangat diri dalam internet, okeh)

2. hari ni pagi-pagi dah telan ponstan dengan harapan saya dapat bekerja lebih bagus sebab dah 3 minggu saya sakit kepala yang amat sangat selepas ekon dibaiki. giler punya sejuk. harap-harap otak saya tak beku.

3. mungkin sebab itu saya tak ditakdirkan untuk duduk di kutub utara atau selatan. habis lah beruang-beruang nanti kene bunuh sebab saya nak pakai bulunya untuk balut kepala.

4. kalau pegi karaoke nanti-nanti saya nak nyanyi lagu pasti dari kumpulan mega (eh, saya dah terletak kat nota kaki entry sebelum ni). lagu tu terasa sangat jiwang dan sedap bila dinyanyikan oleh saya.

5. saya pun dah diterjebakkan dengan tudung sarung terus takyah control-control. sangat mudah dan cepat dan sangat effisien sekali terutamanya bila ada yang buat drama sebelum saya memulakan perjalanan ke tempat kerja.

6. kadang-kadang saya nak ada 3 orang anak, kadang-kadang cukuplah 2. keputusan muktamad belum diperolehi selagi saya masih muda hihihi dan suami saya menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada saya.

7. saya tak habih-habih lagi baca 2 buah buku yang saya beli dari elin tahun lepas. juga siri twilight yang saya mintak ebooknya dari hhas.

8. saya baru habiskan membaca buku Memulakan Bisnes Sendiri tulisan Ainon Mohd. saya bukan mahu jadi ahli perniagaan pun. asalnya saya cuma mahu tahu cara-cara nak letak harga pada barang. sekali puan m-i-o telah menyarankan buku ni dan bila saya tengok review yang bagus di internet, saya pun terus beli online. banyak info yang saya dapat dan yup! saya semakin yakin yang saya bukan dilahirkan sebagai ahli perniagaan. kerja sajalah makan gaji.

9. saya pernah bekerja di salah satu lot kedai yang bangunannya runtuh semalam.

10. saya teringin untuk ke benua eropah. tapiiii... entah bila saya boleh ke sana.


penerima award seterusnya (amik! 3 award terus saya bagi tau):

1. awak 1 - beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. saya sangat kagum dengan surirumah sepenuh masa kerana saya tahu sangat saya tak dapat melakukannya. dia sangat rajin mengemas dan memasak dan sangat sabar dengan karenah anak-anaknya.

2. awak 2 - beliau adalah wanita berkerjaya yang sangat mementingkan penampilan. yang penting dia puas dengan hasil titik peluhnya sendiri.

3. awak 3 - beliau sedang mengandungkan anak ketiga. ya anak ketiga.

4. awak 4 - beliau sangat kreatif, teruatamanya dalam bab jahit-menjahit. apa saja yang dijahit menjadi. saya suka tengok hasil-hasil kerjanya.

5. awak 5 - beliau sangat suka memasak. tak kira yang senang atau yang mudah. entah bila saya dapat rasa masakannya kan. selalu cuma dapat tengok saja.

6. awak 6 - beliau sangat pandai bermain kata-kata menjadikan blognya sangat sedap dibaca. dan dia sorok-sorok saja baca blog saya taknak bagitahu saya.

ya kawan-kawan yang saya ceritakan di atas. kamu tahu kamu siapa. maka, jangan malu-malu, sila mulakan sekarang.


Corat-Coret, Tag, Kisah Saya | 12 Comments
 

rina says ...
  aku boleh teka awak 3 dan 5 jer... tp tataulah betul ke tak tekaan saya. saya nk perasan awak2 tu cam semua tak kena jer ngan saya. huhuhu.

statement paling poyo pernah saya baca psl saya. muahahaha. tp kalau tgk dr belah depan sisi.. memang sebijikkan... adoiiii gelak guling2 dah saya ni

Reply | Posted on 5/29/2009 1:29:39 PM
 

maya says ...
  awak-awak dalam setiap nombor tu tak semestinya seorang. boleh jadi 2, 3, atau 10 orang.. err.. atau 100 orang (kalau lah yang baca ni boleh sampai 100 orang.. hahahaha)

Reply | Posted on 5/29/2009 1:32:18 PM
 

iamja says ...
  ramai tengah ngandung anak ke-3. yang dok balakong pun yer.. dok puchong pun yer.. awak ke 5 pun boleh dedicate kat orang puchong gak. muahahahha. orang puchong plak ada 3.. kat Nusa ada, puchong jaya ada.. ala puchong sorang lagi kat mana ekk..

Reply | Posted on 5/29/2009 2:49:01 PM
 

iamja says ...
  tentang lagu pasti.. aku suruh MEGA kat rumah aku nyanyi.. dia kata bukan Rahmat mega nie. Ni penyanyi sebelum Rahmat and also lagu sebenar dr kumpulan apa ntah..

Masa dia nyanyi.. aku mcm penah dan tak penah dengar je.. kakakka. Aku cakap.. mesti lagu tuh aku belum lahir. Hahhahaha.

Reply | Posted on 5/29/2009 2:51:25 PM
 

Wan says ...
  Susah sungguh hint dan clue yg ada tu, tak terjangkau di pkran ku.. huhuhu.. so saya tak mau perasantan lah.. anggaplah tidak di tag.. kwang kwang kwanggg

Reply | Posted on 5/29/2009 5:05:19 PM
 

maya says ...
  ja,
ya, semua yang preknen anak ke3 termasuk. takde pilih kasih. pasal lagu pasti, saya dah baca hasil penyelidikan di blog awak yer..

wan,
orang kalau tak sudi, memang banyak alasannya.. :P

Reply | Posted on 5/29/2009 5:17:18 PM
 

kui says ...
  yg google nama penuh tu mesti secret admire masa di bangku sekolah dulu2..hehehe ;)

Reply | Posted on 5/29/2009 7:50:47 PM
 

maya says ...
  kui,
muahahaha.. takde maknenya.. sekolah i takde budak laki tau.. haha..

Reply | Posted on 5/29/2009 11:46:21 PM
 

Azie MyLT says ...
  maya.. sy rasa sy nak buat muka tak malu nk amik award nih... sbb, so far sy tak penah dpt award lagi.. sian sy tau !

Reply | Posted on 5/30/2009 12:12:49 AM
 

maya says ...
  azie,
memang azie salah seorang dari penerimanya... amik tau.. mekasih...

Reply | Posted on 5/30/2009 8:25:21 AM
 

deemumtaz says ...
  cik pn.maya mmg LAYAK sesangat dapat 3 award sekaligus..or even more....

Saja singgah nak ucap mekasih bebanyak for tutorial baju kurung dan peasent blouse tu. Manis jer anak dara saya pakai...(wpun jahitan saya xlah cantik sangat).

Ehem, saya pun tengah preg anak ke3 gak..hehe.. but I don't think I deserve the award yet.... :))

Reply | Posted on 5/31/2009 1:39:05 PM
 

maya says ...
  dee,
wah.. syok dengar bila ade orang buleh ikut tutorial tu.. good job..

e eh.. awak termasuklah tu..

Reply | Posted on 5/31/2009 7:30:13 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 4 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server