HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

keinginan ayam yang meluap-meluap*
Thursday, May 28, 2009
Posted on 10:54:28 PM | 2 Comments

*eh bukan saya. tu kawan saya, hari-hari mau ayam. padahal tajuk takde kena mengena dengan entry kali ni. sabir... sabir... kata beliau dalam hati. hehe..

ok. saya nak cerita pasal orang minyak sebenarnya. saya tahu saya perlu ke stesen minyak bila nombor pada meter perjalanan melebihi 500. biasanya minyak bertahan sehingga angka 600 bersamaan dengan 40 liter. bersamaan, cuma tinggal 1 perjalanan pergi dan balik untuk saya. rumah saya yang terletak nun di hujung benua dan jauh dari stesen minyak menyebabkan saya sangat berhati-hati dalam hal minyak ni.

bila saya pam minyak, saya tidak mengikut petua-petua yang diberikan. saya suka tarik kuat-kuat biar minyak mengalir laju. saya mahu cepat-cepat sebab saya memang terpengaruh dengan perumpamaam masa itu emas, walaupun kadang-kadang saya terjadikan masa itu seperti besi buruk (tetap bernilai). sebab rumah saya jauh, saya kena cepat-cepat balik rumah sebab dah rindu sangat dengan anak-anak. ya, kamu betul sekali, itu cuma alasan saja.

saya tulis entry ni sebab saya baru saje tersedar saya terlupa nak kosongkan meter selepas saya mengisi minyak tadi. dan saya tak ambik resit minyak. dan saya terlupa nak pam tayar. banyaknya yang saya lupa.

nota kaki: saya mahu menyanyikan lagu pasti dari kumpulan mega kalau saya berkaraoke. oklah. sila abaikan suara saya, dan jangan lupa bawa kapas untuk menutup telinga. eh, nota kaki ni pun takde kena mengena. abaikan juga kemerengan saya.
toooottttt.... (bunyikan panjang sikit macam tv habis siaran dulu-dulu)


Corat-Coret, Kisah Saya | 2 Comments
 

rina says ...
  pasti...
kau disaat ini
berselindung di balik wajahnya
aku tak lagi kau kisahkan
terlontar jauh dari hidupmu
bagaikan mawar terkulai sepi
tak lagi bererti...

eh sama kes cam aku... aku pun pam dengan kadar yang cepat gak. tension tgk org pam slow2. adoiii. macamlah dia bayar rm30 tapi kalau pam slow2.... minyak leh keluar sampai rm80 jer... huhuhu

Reply | Posted on 5/29/2009 9:41:32 AM
 

iamja says ...
  ceh.. ingat ada orang berjangkit..

Reply | Posted on 5/29/2009 9:43:45 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 2 + 4 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server