HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

musim-musim sukan
Sunday, May 24, 2009
Posted on 10:29:52 PM | 10 Comments

sekarang musim sukan. maka mak-mak budak pun ramai yang upload gambar sukan. termasuklah mak elman yang bersukan pada hari ini.



muka elman yang bosan di hari sukan.


ditambah dengan rasa mengantuk.
malam sebelum tu susah nak tidur sebab excited sangat nak sukan esoknya.


adik pun datang memberi semangat.


"abang kena buat betul-betul baru nanti dapat hadiah besar."


"ni adik tolong lepukkan mata yang ngantuk tu biar celik."


"topi ni pun kena pakai elok-elok biar hensem.
barulah ramai awek tolong sorak kasi semangat."


"lepas tu minum air jampi ni bagi cergas."


"sekarang abang dah ok kan?"


"huh siap sudah kerja aku. harap-harap abang menang."


kini abang teruskan perjuangan dengan penuh semangat.


abang di dalam acara tarik kuda.


dan abang pun akhirnya berjaya.


ditempat ke dua.

nota kaki: sebenarnya acara tarik kuda tu elman gantikan kawannya yang tak datang. group dia menang tempat pertama. tapi tak dapat hadiah sebab atas nama kawannya. yang nombor dua tu, dalam acara memancing. boleh pulak mak bapak dia poyo-poyo ingat acara untuk elman dah habis dan tak ambik kisah pun. makanya, tak nampak anaknya memancing dan takde gambar pancing ikan.


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Photography | 10 Comments
 

Haida says ...
  tahniah elman. and tahniah juga mak elman dapat menjadikan seperti menonton drama pendek kat sini.. :-) comel sangat

Reply | Posted on 5/24/2009 11:48:11 PM
 

hanis says ...
  alahai. melepas nak tengok elman memancing. tak sia-sia melly jampi terus menang.

Reply | Posted on 5/24/2009 11:54:13 PM
 

jannah says ...
  maya..comel sangat cerita nya..haha..pandai ye melly bagi abang semangat....kuikui

Reply | Posted on 5/25/2009 1:57:36 AM
 

rina says ...
  jarang tgk melly pakai singlet camni... cute. x puji abang marah plak abg nanti... abang pn bagus sebab dapat tempat pertama wpun x dpt hadiah.

Reply | Posted on 5/25/2009 8:36:29 AM
 

iamja says ...
  bagus adik melly.. sampai meleleh2 air liur hah berbuih kasi semangat kat abang..

Reply | Posted on 5/25/2009 10:23:25 AM
 

tety says ...
  melly sungguh seksi di kalangan ahli2 sukan yg lelain... hehehh
aku time danial punya acara, tetiba rs sebak... huhu mcm x caya jek anak aku dah besar, dah masuk sukan.... :p

Reply | Posted on 5/25/2009 12:15:49 PM
 

Wan says ...
  Script ni kalau masuk era meletup ni maya hehe.. tahniah elman! Majulah sukan utk negara.. amin

Reply | Posted on 5/25/2009 2:27:17 PM
 

maya says ...
  mekasih semua...
sekarang musin panas.. kene pakai baju yang angin buleh masuk ke seluruh pelosok rongga :P

Reply | Posted on 5/25/2009 8:47:07 PM
 

kui says ...
  heheh syok tgk aksi2 melly 'membelasah' abang :)

Reply | Posted on 5/26/2009 8:42:59 AM
 

maya says ...
  haha.. memang abang selalu kena buli sebab abang suka tunjuk cool kan.. tapi.....
bila angin dia datang, tak cukup langkah si melly lari...

Reply | Posted on 5/26/2009 6:20:52 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 1 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server