HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

jiwa macam-macam
Tuesday, May 12, 2009
Posted on 8:16:23 PM | 7 Comments

plan hujung minggu ni terpaksa dibatalkan dengan sebab musabab yang agak meragukan. cuti hari khamis saya tarik balik, tapi hari jumaat tetap saya cuti, menjadikan baki cuti tahun lepas yang perlu saya habiskan sehingga jun depan ialah 3 hari. ya, saya tak boleh cuti lama-lama sebab saya ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

lagipun semalam saya dah cuti. melly demam. hari ni pun melly demam lagi. papa yang jaga. badannya panas, tapi sejuk dan aktif lepas sejam makan ubat. begitu berulang-ulang. risau juga sebab dah masuk hari ke-empat.

hari ibu saya biasa-biasa saja. sedangkan hari jadi, hari anniversary pun yang separuh lagi tu tak ambil peduli, apatah lagi hari pekerja, hatta hari ibu sekali pun sesuai sangat dia tak ambil peduli kan. iyalah. saya orang kampung. berapa lama menepek kat kl pun saya tetap orang kampung. tapi saya dah tak menepek kat kl lagi. jalan kl pun saya dah lupa.


Corat-Coret, Kisah Saya | 7 Comments
 

ummizz says ...
  get well soon melly. samalah, hari ibu bg aku macam hari biasa je. tak kisah la, dah paham dah.

Reply | Posted on 5/12/2009 8:46:40 PM
 

gee says ...
  hari ibu saya pun tade ape, tp anak2 mmg excited wish, kiss and bg kad.

Reply | Posted on 5/12/2009 9:32:12 PM
 

jijah says ...
  get well soon melly.. kami pun tak celebrate mothers day.

Reply | Posted on 5/12/2009 11:35:02 PM
 

maya says ...
  ummizz: tq.. hehe.. biase lah kan..

gee: a'ah, budak2 sekarang dah diajar macam tu. mungkin sebab diorang dah tak duduk kampung.. :p

jijah: tq.. tak pelah.. hari-hari pun mother's day.. ;)

Reply | Posted on 5/13/2009 12:22:21 AM
 

Wan says ...
  Kita serupaa

Reply | Posted on 5/13/2009 10:13:36 AM
 

niji says ...
  kids nowadays tends to take quite some time to recover. Perhaps the virus itself is upgrading/evolving.

Reply | Posted on 5/22/2009 5:16:34 PM
 

maya says ...
  wan,
hi 5!

niji,
bunyinya sungguh menakutkan.. dah ler baru tengok i'm legend.. huhu..

Reply | Posted on 5/23/2009 12:49:28 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 3 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server