HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

dompet henpon
Tuesday, April 21, 2009
Posted on 10:09:52 PM | 7 Comments

sementara tangan saya ni tak terasa mahu berkeras tangan, saya nak cerita pasal teknologi sikit. ya. walaupun kita suka berkraf, perlu juga up-to-date supaya kita dapat mencapai wawasan 2020 dengan lebih rasa terhormat.

jangan risau, saya takkan guna bahasa teknologi sebab tujuan saya nak ramai yang paham, walaupun tak semua yang saya tuliskan. jangan risau juga, saya juga guna masa yang lama untuk paham. saya akan cuba guna bahasa semudah mungkin. ceh, macam lah panjang sangat yang saya nak cerita.

saya bukan nak cerita pasal mobile money ooppss.. dompet henpon yang kalau di dengar di mana-mana sekarang tentang penggunaannya. tidak juga m-money ooppss sekali lagi, yang disediakan oleh max.is tu.

cuba bayangkan, kedit kad, kad debit, kad atm, touch & go, kad keahlian pet.ron.as, kad keahlian i.se.tan, kad keahlian mj, dan segala-mala voucher, dikumpul dalam satu kad magic yang dipanggil simcard, dan betul, ia disimpan di dalam henpon dan kita buleh juga gunakannya untuk berkomunikasi. bukan sekadar bercakap dan bersms, tapi boleh tunjukkan arah jalan dan boleh juga menjadi wifi modem yang boleh dikongsi beramai-ramai.

bayangkan kita cuma suakan henpon pada panel macam kita suakan kad touch & go bila nak naik lrt dan bas atau nak parking kereta. bayangkan kita cuma guna henpon magic kita tu untuk bayar segala-mala benda yang kita shopping di i.se.tan tanpa tunjukkan membership card tapi jurujual tu dah tau kita ni ahli i.se.tan (ada tampal kat dahi kah?). bayangkan kamu nak tengok wayang tak payah beratur panjang nak beli tiket, cuma suakan henpon saja (tu kalau panggung wayang yang kamu masuk tu support teknologi ni lah, insyaallah).

sekuriti? jangan risau sebab mereka-mereka yang bijak pandai sedang berusaha untuk menjaga kebajikan semua pihak. mungkin teknologi akan digunakan secara komersial di malaysia dalam 3-4 tahun lagi, atau lebih lama lagi.

kenapa lama sangat? mengikut kajian, orang malaysia sukakan cara konvesional, mungkin sebab tu juga saya suka buat embroideri guna tangan saja (sila lempang diri sendiri). eh, tipu. itu sebab mesin jahit saya tak power yang sebenarnya. ok. itu cerita lain.

namun begitu, rakyat malaysia juga semakin kaya yang membuatkan mereka lebihkan brand berbanding apa yang boleh dibuat. contohnya, seorang pakcik di ulu bendul telah dengan bangganya menunjukkan telefon 3g yang dia ada katanya, padahal taktau ape itu 3g, mms, wap dan lebih haru, takde signal 3g pun di tempatnya. telefon cabuk saya pun buleh ada gps navigation yang tak payah bayar bulan-bulan.

kesian pakcik tu, mesti hangus kena goreng dengan jurujual.

teknologi dompet henpon ni sedang diuji di eropah. bagus juga. sebab mereka menjadi tikus putih. harap-harap bila sampai di negara kita nanti, semua berada ditempat yang betul. terutamanya tentang keselamatan transaksi duit.

pusat sumber lain. wan mesti lebih tererist pasal u-tube nih..


Corat-Coret, Not So I.T. | 7 Comments
 

iamja77 says ...
  wahhh.. kena beli henpon llainla ekk lagi 3 4 thn sure henpon nie tak support. tapi canggih gak ekk kalau camtuh.

Reply | Posted on 4/22/2009 8:05:33 AM
 

jannah says ...
  menarik ni..semua dalam satu ..

Reply | Posted on 4/22/2009 9:09:49 AM
 

wan says ...
  hehe aku tau dari forum maya hehe idakla terer mentereris kan mana..

henpun.. apa tu? sejenis resaksa yg dah di fire otomen? hehe (yela ckp org takde henpun kan)

Reply | Posted on 4/22/2009 11:10:32 AM
 

rahma says ...
  duiii... kesian pakcik tuh... anw, am proud of my ex nokia 3310... hehehee... org indon bilang "tahan banting"... kekekeee...

Reply | Posted on 4/22/2009 1:07:47 PM
 

Norazura says ...
  salam maya,
baru jumpa blog ni....rasa teruja tengok semua kerjatangan maya. Berkenan dengan Felt creation tu.....cantik sangat. Teringin nak mencuba tapi akak ni tak pandai langsung menjahit.....takda asas pun.
satu pertanyaan yang kurang cerdik sikit....kain felt dan button yang cantik-cantik tu ada jual kat kedai peralatan jahit yang biasa-biasa ke? sorry lar kalau macam soalan bodoh sikit....heheh...

Reply | Posted on 4/23/2009 11:00:42 AM
 

maya says ...
  ja: a'ah.. memang menarik.. & memang kene tukar henpun.. hehe..

jannah: itulah.. tapi kalau hilang.. hazab..

wan: ia bukan resaksa, tapi sejenis kuih..

rahma: it's ok as long as it's fully utilize.. heh he..

norazura: tq. saya pun sambil belajar gak.. pun masih baru lagi.. felt tu biasa kat kedai kraf ade jual.. jual online pun dah byk sekarang. butang pun cam tu.. buleh refer craftzone-my.blogspot.com & ada antaranya yg jual felt & button.. good luck!

Reply | Posted on 4/23/2009 7:57:04 PM
 

Norazura says ...
  ohh...tengkiu Maya...macam nak try je....
mungkin boleh refer dengan Maya nanti kalau tak berapa faham...

Reply | Posted on 4/24/2009 8:15:42 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 11 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server