HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

oh! what a night!
Monday, April 06, 2009
Posted on 6:35:13 PM | 2 Comments

reunion dinner, a night to remember, lady's nite, malam bergossip.. whatever you name it..

seronoknya dapat jumpa kawan lama tak terkata. lagi-lagi bila cuma kita-kita saja. ok. suami saya ada, tapi atas sebab musabab lain. dan saya buat-buat lupa adanya dia di situ. kita buat macam dulu-dulu masa masih di bangku sekolah. mungkin juga sebab dah lama tak jumpa, perasaan mahu mengontrol diri tu tetap ada. tapi tak lama sebab akhirnya saya nampak juga macammana ina memanjat kerusi untuk bergambar. macammana fizan dengan berjubah mengalunkan lagu sejati.. you rock girl! macammana pot-pet pot-petnya suzi. dapat juga saya dengar marsya aka linda (banyaknya nama) gelak. tak pernah saya jumpa selain dia gelak yang macam tu..

the best thing is... selepas semua terpisah dan sekarang semua dah berjaya, tapi tetap, semua keluarkan the true colors... sama macam zaman sekolah dulu. tetap muda dihati..

bayangkan saja lagu-lagu patriotik yang dinyanyi waktu sekolah dulu, yang entah kat mana liriknya.. entah macammana nadanya, tiba-tiba saja lidah saya boleh menyanyi dengan lancar-selancarnya cukup dengan nada yang betul.. saya tak tahu dari mana lirik-lirik tu datang, tapi saya percaya ia masih ada dihati saya walaupun sebelum ni puas saya cuba nyanyi sendiri tapi tak berdaya. mungkin sebab ramai-ramai dan semangat bersama kawan-kawan masih kuat, tiba-tiba lidah menjadi lancar.

sejujurnya saya sudah merasa sebak semenjak saya bertungkus-lumus menyediakan videografi. bila saya terpaksa menyelak kembali gambar-gambar lama, dan saya cantumkan dengan yang baru, mahu atau tidak, kenangan dulu pasti mengusik jiwa. apatah lagi bila terkenang kawan-kawan yang telah tiada.

sedangkan tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat tidur bersama. belajar bersama. basuh kain bersama. bergurau bersama. mandi bersama (haip! mandi air terjun ya). dimarah bersama. happy bersama. kena buli ngan senior bersama. nak exam, tension sama-sama.. menyanyi bersama. pergi sekolah, beratur panjang nak sarapan, makan tengahari, makan malam, celup biskut kering pada air teh cair (eh ingat tak ade sekali tu seronoknya dapat biskut jagung, sampai berulang-ulang minum malam tapi tu jer lah sekali), study, gosok baju, pergi klinik naik van dan beratur panjang di klinik. apa saja.... betapa waktu dulu, jauh dari ibu-bapa bermakna betul-betul jauh dari ibu bapa yang mana telefon rumah pun tak semua ada. termasuklah saya.

bila saya tengok muka sorang-sorang.. saya terfikir, kenapa kita tak boleh rapat macam dulu lagi? walaupun sebenarnya kita duduk tak lah jauh sangat, kecuali awin yang ada di jb dan cleo yang bersungguh-sungguh nak datang tapi last minute tak dapat datang yang berada di jengka. oh lupa, niah yang paling jauh, nun di bumi york (bukan york jakarta ok). saya betul-betul mahu kita berkawan seperti dulu. tapi mungkin sebab bila kita semakin dewasa, semakin banyak komitmen kita, pada kerja, kawan-kawan yang lain, & keluarga terutamanya.

saya mahu lama lagi sebenarnya di situ. tapi mungkin masa yang tak mengizinkan. dan atas sebab lambaian anak-anak di rumah yang tidur, saya kena balik juga. mungkin lain kali kita boleh berjumpa lagi.

a very big thanks to the committe terutamanya kak pah yang bertungkus lumus membahagi kerja kepada kami-kami yang kadang skip meeting ni. pada june yang turut berhempas pulas bersama kak pah dan yang tak serik-serik mencari dan mengumpulkan semua nama dan nombor telefon, dan email dan itu dan ini dan sebagainya..

a very big thanks juga pada semua yang hadir memberi sokongan. tak terkira harganya... nampak gayanya, insyaallah perjumpaan-perjumpaan akan datang pasti boleh lebih meriah.. tak terkata rasanya macammana sayangnya saya pada semua..


Corat-Coret, Kisah Saya | 2 Comments
 

sue says ...
  sonokner bila wat reunion sekali sekala....Heeee..semua pakat posing..control ayu..eeee....

Reply | Posted on 4/6/2009 8:32:09 PM
 

maya says ...
  sue: tu laa kan..
memang seronok giler..

Reply | Posted on 4/7/2009 1:04:24 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 2 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server