HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

remote astro dan nombor-nombor hebat
Wednesday, March 11, 2009
Posted on 9:47:45 PM | 5 Comments

yay! saya dah jumpa remote astro. saya jumpa remote tu masa saya tengah goreng donut. tiba-tiba saya dapat idea nak cari bawah sofa kali yang entah ke berapa. jumpa. tak sia-sia saya goreng donut untuk kali kedua malam ni. donut memang kegilaan elman. tak kira pagi, petang ataupun malam.

hari ni memang sangat memenatkan. bukan sebab banyak sangat aktiviti. tapi sebab panas sangat. pagi-pagi kami ke sekolah di saujana utama. daftarkan elman untuk tahun 2011. betul, sekarang ni ada 16 kelas untuk tahun 1. lebih dari bilangan seluruh kelas yang ada di sekolah rendah saya dulu, dari tahun 1 sampai 6. tak tahulah berapa kelas pula untuk tahun 2011. nombor daftar elman saja sudah 353.

kalau periksa hujung tahun, berapalah nombor untuk murid tercorot dalam seluruh tahun agaknya? patah hati tak bila tengok nombor yang sangat banyak tu? harap sangat bukan elman yang dapat. bukan saja patah hati. mungkin hancur lebur macam sambal belacan yang sedap.

lepas tu kami ke pejabat pos. nombor giliran saya 2174. nombor yang sedang dilayan 2070. itu tak termasuk nombor siri 1xxx. ada 104 orang sebelum saya untuk siri 2xxx, sebelum tiba giliran saya. tapi sebab tujuan saya untuk mendapatkan duit minyak saya (ya! saya kaya sedikit hari ni) yang cuma tinggal berapa hari saja masa untuk claim ni, saya tunggu juga. sambil jalan-jalan di sekitar bangunan tu. sampai habis bateri henpon saya main game. sampai miskin sedikit saya menderma di kedai-kedai berhampiran.

lepas dapat apa yang dihajati, kami ke kedai akuarium. 15 ekor ikan-ikan sebelum ni sudah pergi menghadap Ilahi. tinggal lagi seekor. sebab kesian dia sorang-sorang, kami carikan kawan siikan gapi. rina kata ikan gapi tahan lasak. ok. 10 ekor ikan gapi dah bertukar rumah. dan juga 5 ekor ikan platy. harap-harap mereka happy di rumah kami.

ok. masa lipat baju. dan csi juga.


Corat-Coret, Kisah Saya | 5 Comments
 

azie says ...
  maya, u stay kat saujana utama ker? kira berjiran laa kita yea.. owwhh 16 classess for std 1 ? lebih ramai dr sekolah here - 13 classes for std 1. seems SU community more crowd than PA.

Reply | Posted on 3/12/2009 8:55:11 AM
 

iamja77 says ...
  sedapnya donut.. terasa nak makan donut plak.. :P

waaa ada fish baru la. Murah rezeki maya...

Baru aku pasan ada list utk tote bag. Hahaha. Takper maya.. take your time. Aku tak kisah.. :)

Reply | Posted on 3/12/2009 8:56:41 AM
 

maya says ...
  azie: tak.. kami tumpang saja sekolah saujana utama tu. tapi kita tetap berjiran.. entah bila sekolah DC nak naik..

ja: haha.. fish baru sebab fish lama dah mati. sian kan.. & pasal tote tu, malas betul rasa nak buat sekarang ni.. hehehe.. tapi akan ku buat juga jebat..

Reply | Posted on 3/12/2009 9:10:26 AM
 

rina says ...
  yang... mak i nk dtg kl wiken ni... nk kirim donut ke... kalu nk impom cepat2.

platy tu ikan dia cam gapo gak ke...

Reply | Posted on 3/12/2009 9:14:44 AM
 

maya says ...
  nak nak nak..
yg kaler oren oren kemerahan tu ikan platy..
tak tau lah tahan lasak ke dak..

maklumlah.. mak bapak angkat lasak sangat,....

Reply | Posted on 3/12/2009 12:14:20 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 10 + 3 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server