HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

balik kampung oh balik balik kampung
Wednesday, March 11, 2009
Posted on 1:59:27 AM | 11 Comments

lama rasanya kami tak pulang ke kampung. kali terakhir, mungkin raya cina yang lalu. haha! ok. tak lama. tapi agak lama bagi kami yang perjalanan ke kampung tak sampai 1 jam pun.

pada sesiapa yang kampungnya bersawah padi, nah! tengoklah puas-puas agar terubat rindu di hati. padi di kampung saya sekarang sedang menghijau. cantik.

elman sekarang, kalau mahu menekankan betapa hebat dan besarnya sesuatu itu, dia akan sebut, "sampai bebumi". contohnya:

mama: abang makanlah banyak-banyak. nanti abang cepat besar.

elman: tapi nanti abang besar sampai bebumi macammana?

papa: ha? tu dah jadi raksasa namanya.

seronok bila balik kampung, tingkap kereta diturunkan. rambut melly yang biasa nampak keras macam tu, boleh terbang-terbang bila terkena angin. ada juga waktunya melly nganga nak rasa angin, dan jelirkan lidah juga. mungkin terpengaruh dengan cerita bolt.

melly sekarang, lagu favorite nya, "apa yang penting?"
"titita pa tita ya kati pipa..."

bunyi memang dah lain. panjang lak tuh. siap ada lagu lain lagi hujungnya.

gambar atas ni diambil pada waktu pagi.
sungguh berkabus pagi tadi. pandangan pun tak sayup. awan pun putih saja.

inilah pokok padi yang masih berembun di pagi hari, yang buahnya (bijinya?) kita makan hari-hari. dan tak dimakan bila perlu menguruskan diri. macammana saya nak lari dari nasi?

esok (hari ni) saya cuti lagi. perlu ke sekolah untuk daftarkan elman. dan ke pejabat pos. dan ada meeting untuk reunion. baru saya sedar minggu depan cuti sekolah. seminggu.


Corat-Coret, Kisah Saya, Anak-anak Kita | 11 Comments
 

ummizz says ...
  syoknya, hilang rindu aku pada kampung halaman.. ada sawah padi gak, tapi takde la cantik macam yg ni

Reply | Posted on 3/11/2009 3:58:13 AM
 

iamja77 says ...
  rumah aku takde sawah padi. tapi cantik dan tenang bila melihatnya walaupun dlm gambar..

Reply | Posted on 3/11/2009 8:35:15 AM
 

rina says ...
  syok giler tgk... bila nk ajak aku p kampung ko ni... aku teringin nk jln kt batas2 padi tu... eh ke batas sawah...

Reply | Posted on 3/11/2009 8:39:00 AM
 

maya says ...
  has: bila nak balik kampung has? hehe..

ja: memang syok bila tengok sawah. bau lumpur pun boleh syok gak.. haha

rina: banyak kali dah aku ajak.. jom lah datang kampung aku.. nanti bila ko ke sabak bernam, lalu lah sawah padi kat sekinchan tu.. sawah sana lagi cantik..

Reply | Posted on 3/11/2009 9:03:10 AM
 

hanis says ...
  cool! aku pun mcm rina teringin nak jalan kat batas sawah. boleh ajak homestay ni haha. suka gambar melly rambut sepoi-sepoi tu

Reply | Posted on 3/11/2009 10:26:24 AM
 

lyein says ...
  tingat kg tokwan aku kt kedah..camniler..sejuk mata memandang...

maya ko g reg elman darjah 1 erk?? aku pn nk g esok tp aku takdelah coti..malas nk coti..

Reply | Posted on 3/11/2009 10:45:56 AM
 

Wan says ...
  bestnya ..bestnya.. mcm kg aku 10 tahun lepas.. skang sawah tak de npk dah dari rumah aku, nampak rumah orang

p/s semalam dah ambik, nasib tok laki cutis.. tqss..

Reply | Posted on 3/11/2009 10:52:19 AM
 

gee says ...
  nyaman suasana... sejuk & segarrrr. bestnye tgk melly, rambut kena tiup angin

Reply | Posted on 3/11/2009 1:44:32 PM
 

maya says ...
  hanis: jom jom berkampung di rumah ku.. sekali jalan-jalan kat batas, jumpa pacat baru tahu.. haha!

lyein: kat kedah lagi cantik kan, latar belakang gunung-ganang. p/s harus boss ko bangga bila bace nih..

wan: oh. kawasan sawah dah dijadikan tapak umah yer? aku tak tahulah cemana kampung aku 10 akan datang pulak. p/s cepat ler buat nak tengok.. :D

gee: nyaman bila pagi jer. bila tengahari panas terik, macam cacing kepanasan jugak jadinya..

Reply | Posted on 3/11/2009 3:06:07 PM
 

mushroom says ...
  hmm..sy x penah jejak sawah pun :| sentuh daun die pun x penah..haih

Reply | Posted on 3/11/2009 4:03:31 PM
 

maya says ...
  mushroom: jom jom datang kampung saya..

Reply | Posted on 3/11/2009 8:49:29 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 7 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server