HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

cerita-cerita kesian
Friday, February 06, 2009
Posted on 5:05:23 PM | 2 Comments

sebenarnya minggu ni saya agak kurang sihat. letih sangat. dari hari selasa rasa nak mc. tapi saya gagahkan juga diri untuk ke tempat kerja sebab saya ada banyak kerja.

saya batuk. batuk yang gatal kat tekak tu. batuk yang rasa nak batuk kuat-kuat tu. batuk yang sampai tak cukup nafas tu. batuk yang sampai buat sakit kepala berdenyut-denyut tu. sungguh hebat rasanya. bila malam, saya tak dapat tidur lena. sebab tu kat tempat kerja saya mengantuk. tapi alhamdulillah anak-anak saya dah sihat. papa pun dah sihat. tinggal lagi saya sorang.

kesian saya kan?

selasa lepas papa try upgrade ke vista, harddisk dia berkecamuk. habis partition bercampur-baur. habis gambar-gambar anak saya. nak tak nak, kena formatlah harddisk tu. habislah semua data. bila dah format, tak pakai pun vista tu, slow sebab ram kecik. jadi tukar balik ke xp.

kesian kami kan?

ada satu cerita, azrin (bukan nama sebenar) dapat laptop baru. (eh, ini bukan cerita pasal rina tau, taulah dia dapat pc baru). makanya, azrin (bukan nama sebenar) pun bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. dia sangat gembira. ditakdirkan, suatu hari laptop azrin (bukan nama sebenar) rosak. memang azrin (bukan nama sebenar) dapat laptop baru yang lain, tapi habis kerja-kerja dan data-data dia. dengan kejadian tu, azrin (bukan nama sebenar) mendapat pengajaran supaya mem-backup kerja-kerja setiap kali selesai membuat kerja.

pada suatu senja, azrin (bukan nama sebenar) berhenti di r&r untuk bersolat. sekejap saja. orang pun ramai. dengan konfidennya azrin (bukan nama sebenar) meninggalkan laptop barunya di dalam kereta. ditakdirkan lagi, kereta azrin (bukan nama sebenar) dipecah orang. bukan saja data yang hilang, laptop pun hilang juga. tapi azrin (bukan nama sebenar) dah ada backup. sayangnya, cd-cd backupnya, berada bersama bag laptop yang hilang.

kesian azrin (bukan nama sebenar) kan?

akhir sekali, ini meriam yang dijanjikan untuk rina. nasib baik gambar meriam dapat diselamatkan. dengan monyet-monyet sekali saya bagi yer. sila terima. tapi jangan jadikan mereka peluru meriam tau.

kesian mereka takde penjaga kan?


Corat-Coret, Kisah Saya | 2 Comments
 

rina says ...
  caiiiiitttt.... caittttt.....

sanggup tu.

kesian azrin (bukan nama sebenar)... sudah jatuh ditimpa tangga...

eh agak2 beruk tu jantan ke betina... syok jer dia lepak.

tpkan... aku x penah nak membackup keje2 aku... tp server kt opis ada backp upkan... ke tak betul...

Reply | Posted on 2/6/2009 5:27:26 PM
 

maya says ...
  muahahahahahahah....
beruk tu, bukan setakat jantan. betina, kecik, besar, tua, muda, baby pun ade tau.. kalau baby, kaler oren. kalau nak tengok, esok aku tepek gambar lagi. tu diorang tengah lepak kat bukit malawati. pegilah sane tengok2 mereka tu..

pasal backup tu, depends pada keje lah.. kalau online, memang backup kat server. tapi kalau jenis2 save kat harddisk sendiri tu, memang server tak backup lah..

Reply | Posted on 2/6/2009 5:34:14 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 18 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server