HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

realitinya ayat-ayat cinta
Wednesday, January 28, 2009
Posted on 3:20:46 PM | 5 Comments

pernahkah kamu bertemu aisya yang mencari maria untuk dijadikan isteri kepada fahri? saya pernah. bukan sebab maria terlantar rindukan fahri. bukan juga sebab fahri difitnah sampai dipenjara. yang penting, kata aisya, adalah kebahagian fahri. saya tahu, bermacam-macam sudah pengorbanan aisya. dan katanya, ini salah satu usahanya juga.

pernahkah kamu berada di suatu simpang, kamu tidak mahu ianya terjadi, tapi kamu lakukan juga demi menjaga hati. saya pernah. kerana saya tahu walau apa pun keputusan aisya, walau seikhlas mana pun aisya, walau setabah mana hati aisya, dia tetap perlukan sokongan. baru-baru ni, atas permintaan aisya, saya ke majlis pertunangan fahri dan maria, bersama aisya. majlis yang cukup sederhana tapi penuh bermakna kerana maria juga berhak untuk dirai. dan saya melihat sendiri airmata maria dan senyuman aisya. ya, saya ulang, airmata maria dan senyuman aisya, sewaktu aisya menyarung cincin di jari manis maria. dan mereka berpelukan.

bagaimanakah perasaan maria? bagaimanakah pula perasaan aisya? tidak mampu untuk saya duga.

saya kagum ketabahan aisya. saya hormati keputusannya. semoga aisya mendapat balasan yang sebaiknya di akhirat kelak. saya juga akui kesanggupan maria. Tuhan tidak menduga insan yang tak mampu menanggungnya. semoga mereka terus bahagia dan diberkati.

berhari-hari saya termenung selepas saya mengetahui hal ini sebelumnya. terfikir-fikir. terganggu. bukan meletakkan diri saya di tempat aisya. kerana saya tahu, melihatnya saja saya tak mampu. apatah lagi melaluinya. kalau begitulah takdir saya (haip! papa jangan senyum-senyum), akan merajukkah saya? kemanakah saya pergi membawa diri?

pernahkah kamu terfikir yang bahagianya kita sekarang, entah bagaimana nanti perjalanannya, entah bagaimana nanti sudahnya. jangan sampai kita alpa dengan kebahagian kita sekarang, dan mengeji takdir yang lain kerana mereka juga ingin bahagia.


Corat-Coret, Kisah Saya | 5 Comments
 

rina says ...
  memang aku tak sekuat aisya yang ko ceritakan ini... huhuhu. dan aku juga bukanlah seorang insan yang sanggup berkongsi hati, perasaan dan kasih sayang. tapi siapalah kita untuk berteka teki dengan hari2 yang mendatang... hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Reply | Posted on 1/28/2009 3:43:00 PM
 

iamja says ...
  Cop.. ko tulis ini kiasan drpd citer orang ker, cemana. Atau berlaku pada kawan ko sendiri?

huhuuuhu.. aku rasa semua perempuan mempunyai perasaan yang sama. tak sanggup. Mintak dijauhkan lah berlaku pada diri aku walaupun sebenarnya perkara itu bukanlah berdosa. Tapi melihat cerita itu, aku sangat kagum ngan ke 3-3 watak itu. Aku tahu Fahri itu mampu membahagiakan ke 2-2 nya. Bolehkah aku jadi spt aisyah? Baca apa yang ko tulis pun hati aku dah meronta.

Reply | Posted on 1/28/2009 5:20:02 PM
 

maya says ...
  rina: mereka antara yg terpilih untuk mempunyai kekuatan itu... wallahua'lam..

ja: ini cerita betul. cerita saya walaupun saya tak terlibat dalam watak utama.. saya setakat pembawa barang hantaran... uh!

Reply | Posted on 1/28/2009 5:28:33 PM
 

tety says ...
  Huhu Kalo bwk watak sampingan sekalipun, bleh rasa gelora tuan empunya badan... Tp tula berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul... Smoga yg jd watak utama tuh tabah & dpt kebahagiaan mcm aisha, maria & mas fahri...

Reply | Posted on 1/28/2009 10:57:39 PM
 

maya says ...
  tety.. amin..

Reply | Posted on 1/31/2009 12:02:13 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 4 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server