HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

nota fizik
Tuesday, January 27, 2009
Posted on 7:45:24 PM | 4 Comments

saya balik kampung. dan sewaktu saya memunggah almari, saya terjumpa nota fizik saya sewaktu di semester pertama asasi sains, 1994.

buku nota saya, setakat test pad saiz A4 tu. saya memang suka menconteng. bahagian depan buku pun saya conteng-conteng. dan saya memang suka buat gambar bunga.

apatah lagi di bahagian belakang. memang heaven lah.. menconteng sajo. sampai penuh satu muka tu. saya memang suka menyanyi ok. tak kisahlah kalau tak dapat nyanyi ikut mulut, ikut jari pun boleh. sebab tu buku nota saya penuh dengan lirik lagu. ya saya nyanyi dalam kelas. guna jari.

tapi bukan contengan saya saja yang ada. kawan-kawan saya pun terlibat. ni geng bas sekolah kami dulu. 6 orang semuanya. oit! sape pulak yang tulis 6 budak gile tu? dan sekarang, saya seofis dengan ipah yang kami dah tukarkan namanya kepada cekpah. bestkan ingat zaman budak-budak dulu?

biasanya, kami duduk di bahagian belakang. dengar kuliah macam tengok wayang. siap bawak junkfood. patutlah kami tak score. kalau kami concentrate masa tu, mungkin kami lebih berjaya. haha! takpe. yang penting kita lulus dan hati happy kan? ingat nak yang happy je. :P

yang ni kami tulis nama-nama kami dengan nama kesukaan masing-masing. haha! saya pun dah tak berapa ingat nama-nama yang disambung tu. sungguh takde kerja kan? sebab tu kami suka susuk belakang. senang nak usha orang.

ya. sekarang saya dah ingat kenapa buku nota ni penuh conteng-conteng. inilah sebabnya. dan bukan saya sorang. tu ramai tolong jawabkan.. aku pun.. aku pun.. dengan bahasa yang agak tonggang terbalik.

dulu tulisan saya agak senonoh, sampaikan buku nota saya penuh. ok, itu sebab saya bukan ambik isi penting. saya tulis segala yang terkeluar dari mulut pensyarah tu. kalau tak sempat, tiru kawan sebelah. itu sebab saya akan kotak-kotakkan isi penting dengan pen warna merah (kadang-kadang hijau, tapi hijau tak berapa menyerlah).

dan bila isi penting tu berada di hujung buku, inilah jadinya, sebuah bendera. kan ada bunga lagi.

yang saya konfius, kenapa contoh untuk nota yang ni bunga juga..


Corat-Coret, Kisah Saya | 4 Comments
 

iamja says ...
  kakakka.. sambil gelak.. sambil sengih aku baca. 2 kali aku baca entry nie tau. betapa syoknya imbas balik zaman dulu. Sungguh kita appreciate apa yg berlaku zaman dulu kasi kesan kat kita pada zaman skrang. Itulah bunga maya.. (bukan bunga lestari). Skrang maya menconteng bunga atas baju pula.. :) Anda seorang yang sungguh sentimental lebih kurang mcm saya juga.

SAHER.. birthday Maya jangan lupa kasi BUNGA!!! Muahahhaha...

Reply | Posted on 1/27/2009 10:58:43 PM
 

tety says ...
  mmg syok kan time dedolu... paling syok part asah bakat tu la... huhu kt depan cikgu dk nulis, kita kt blakang nulis gak.. siap ada add on lg... hahahha

apa nama mu eh?? Maii.. Mazli...

Reply | Posted on 1/28/2009 8:30:54 AM
 

rina says ...
  subjek fizik ni patut ditukar kepada 'fizika' barulah sesuai...

Reply | Posted on 1/28/2009 8:40:57 AM
 

maya says ...
  ja: kakakka.. nak gelak jugak.. ya.. sangat seronok mengimbas zaman sekolah. lagi2 kalau sambil dengar sinar fm. adeh....

tety: maii tu betul.. tapi mazli tu salah.. kekekekkeke...

rina: kenapa fizika?

Reply | Posted on 1/28/2009 9:01:58 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server