HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

cuti-cuti sekolah
Sunday, December 28, 2008
Posted on 9:30:44 PM | 2 Comments

apalah maknanya cuti sekolah kalau takde aktiviti cuti sekolah kan. jadi.. dah penghujung cuti sekolah yang tinggal berapa hari je lagi ni, & mama pun cuti seminggu adalah sedikit aktiviti. eh! bukan hari tu dah bawak pi cuti-cuti sekolah ke krabi ke? ke melaka pun dah? tak pe lah.. pergi zoo negara kat ulu klang tu bukan jauh sangat pun.


berposing dengan sang gajah

kami ke zoo selasa lepas. yang paling suka, mestilah melly. sebab last dia pergi zoo, mase umur 4 bulan, tak paham apa pun lagi mase tu. kali ni, menjerit-jerit melly menyapa gajah, zirafah, orang utan, badak sumbu, burung, tupai, harimau, unta, kura-kura, kambing, cipan dan lain-lain. malangnya, tak satu pun haiwan-haiwan tu yang menyahut balik panggilan melly. tapi melly tetap seronok.


sape lagi bergaya?

abang elman? mula-mula merengek nak naik tram tu. biasalah dia memang macam tu, selagi tak dapat apa yang dihajati, pedih rasa telinga mendengar rengekan-rengekan mentelnya. setelah punat ditekan (kene cubitan mama lah tu), secara tiba-tiba abang elman terus happy dan dengan penuh tenaga berlari-lari ke sane ke mari bergelak ketawa berlawan-lawan menyapa haiwan-haiwan tu bersama melly. pelik kan? mungkin ade banyak tenaga pada punat tu. hmmm....


slide kepala rimau.. aumm!!

siap naik slide yang tinggi menjunam tu. dan terlungkup dipenghujungnya.. aiyo!! sian anak mama.. sib baik tak ape-ape. hasilnya elman dah tak nak masuk kepala harimau yang bergigi panjang tu lagi.


elman dengan sang badak olok-olok

lepas berjalan satu round, mama & melly (yang dah tertido kat stroller lepas tengok pertunjukan singa laut yang melly sangat suka.. hmm takde ape yang melly tak suka, semua pun melly suka) tunggu kat kerusi yang dekat ngan zirafah tu, sementara papa menrealisasikan impian abang nak naik tram. sekurang-kurangnya dah tak payah naik train yang menjadi idaman abang juga tu.. tunggu melly besar sikit lah..

kesimpulannya, best lagi zoo melaka.

hari rabu, papa ade AKTIVITI SENDIRI (huruf besar tanda protes). jadi mama melayan elman & melly di rumah saja.


melly dah basah kuyup

pukul 5 aktiviti mandi-manda di swimming pool ala-ala. saja nak bagi melly biasa dengan air yang banyak. mandi kat besen melly takde masalah, suka saje - masalah cuma datang kalau air tu sejuk - kosser tiap kali mandi nak air suam. mase kat krabi tu, memang sikit pun melly tak senyum mase kat laut & swimming pool. muka cuak saje. kesian pulak.


elman dengan itik kuning

mula-mula tu melly taknak jejak pun kat air tu. lama-lama bila tengok abang syok sangat mandi-manda sambil buat gaya ala-ala tere berenang, baru melly buleh berdiri dalam kolam tu. dah lama lagi sikit, dia duduk. tak lama lepas tu melly merangkak-rangkak ke sana ke mari. ok.. harap-harap melly dah ok dengan air yang banyak.


buaian pujaan. melly yang kesilauan

hari khamis papa kerja. maka mama pun bawa elman & melly balik ke kampung. abang sekarang ni susah sikit bila kemana-mana, hatta balik kampung. asiklah ajak balik. adeh... jenuh lah nak pujuk sampai 2 hari. bila mama geram, mama tekanlah punat tu.. eloklah dia. melly pulak, macam biasa lah memang seronok jer. seronok sangat rasanya. paling dia suka, naik buai. takpun tunggang kuda kayu atau naik kereta pakngah mase kecik dulu.. ikutkan dah 24 tahun umur kuda & kereta tu. nostalgik sungguh kan...


kereta merah dan kuda merah (belakang tu)

itulah saja rasanya aktiviti cuti-cuti sekolah buat cuti sekolah ni. minggu depan mama kerja. papa pun kerja. dan lagi seminggu, dah buka sekolah. elman dah masuk kelas 5 tahun. kalau sebelum ni kelas 4 tahun ade 8 orang saje, kelas 5 tahun ni ada dalam 30 orang. lagi ramailah kawan-kawan elman nanti. nanti cuti sekolah lagi, kita jalan-jalan lagi yer..

salam maal hijrah.


Corat-Coret, Anak-anak Kita | 2 Comments
 

Aleesa says ...
  Wahhh senang hati I tgk wajah anak2 you tu happy... Kalau dorang happy kita pun misti senang hati.. sebab karang malam mmg 2-2 tu awal masuk tido sebab kepenatan....hahahaha
BTW Very nice Pic Maya...

Reply | Posted on 12/30/2008 12:57:25 PM
 

maya says ...
  ah.. betul.. bila diorang happy, kita pun happy same...
tapi bab tido malam tu memang payah sikit... dua2 pun sama.. dah tutup lampu semua pun dua2 buleh dok main lagik.. pening pulak kepala..

Reply | Posted on 12/30/2008 1:16:00 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 6 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server