HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

ape? himawari? oh? shinchan dah ada adik yer?
Monday, December 15, 2008
Posted on 4:18:52 PM | 4 Comments

saya tak tau yang shinchan ade adik bernama himawari, sebab waktu ke udara shinchan bukan dalam senarai ingatan saya, walaupun saya suka juga layan kartun tu.

saya tahu pasal himawari pun masa balik kampung seminggu sebelum aidiladha. sebab ada yang panggil melly dengan nama himawari.

weekend lepas, saya search shinchan dan himawari kat youtube. banyak juga siri-siri yang dah diorang upload. himawari ni budak-budak punye kelakar lah. sama macam kadang-kadang saya & papa duk gelak-gelakkan elman & melly.


melly pakai peasant blouse yang dah lama mama buat tapi baru kali ni pakai.

melly sekarang ni, begitu lah gayanya. dah pandai cari pasal dengan abang.. tapi kadang-kadang manja lebih ngan abang.

hari sabtu lepas, waktu maghrib, saya di dapur. pintu rumah saya macam biasalah berkunci. tiba-tiba elman dengar suara jiran sebelah baru balik dari mana entah. elman ni biasalah. pantang kalau dengar suara jiran, mesti dia nak join jugak. saya tak perasan, elman buka kunci pintu. grill saya tak kunci sebab tengah tunggu papa balik kerja.

elman keluar. nasib baik gate berkunci. tapi tak berapa nasib baik juga sebab elman menyusup keluar ikut pintu box sampah tu. yang mengajarnya mestilah putra, kawan elman. sebab putra tu dah besar, dah 6 tahun, memang akalnya panjang sikit.

si melly pulak, tengok abang keluar, dia pun merangkak keluar. lagi 2 kaki nak sampai ke gate. then loceng berbunyi. saya jenguk keluar, ya Tuhan... melly pulak dah sampai gate. jiran saya yang tekan kan loceng. dan elman dah hilang di rumah jiran. kalau cakap saya suruh balik, dia tak nak ikut, sib baik bila tuan rumah kata balik, dia balik... adoi.. kene cari mangga kotak sampah tu pulak sekarang.


melly di kedai makan memang tak boleh duduk diam.

lagi satu kisah si melly. malam tadi, dia baru pakai pampers dan saya letakkan di katil dan saya cari baju dia untuk dipakai. bila tengok lagi sekali, dia dah ada di atas meja solek. wah! wah!.. sebab di atas meja saya tak ada peralatan solek, melly cuma pakai songkok papa dengan cuma berpampers sambil menggoyang-goyangkan badannya berjoget riang dan tersengeih-sengih.. adoi.. memang tak boleh lepa langsung dah si melly ni.


elman dan papa yang dah dibotakkan.

sekarang elman panggil melly sebagai himawari.


Corat-Coret, Anak-anak Kita | 4 Comments
 

rina says ...
  bertambah lagi koleksi nama glemer dahlia amily. aku sejak sinchan ada adik jarang dah tengok. dulu2 layan gak ler mamat sinchan ni.

lawak betul elman menyelinap kuar ikut pintu tong sampah tu. tp tulah seriau gakkan... baik cepat2 beli padlock.

Reply | Posted on 12/16/2008 1:54:20 PM
 

Aleesa says ...
  Ayoyoyoyo.. My Son pun mcm tu jugak... samalah sebijik jer gaya dorang..
My BB girl mcm tu jugak.. tak reti nak duduk diam epsc kalau makan kat luar... Kacau stim belum lah.....
Walaubagaimanapun I love them both....

Reply | Posted on 12/16/2008 10:05:37 PM
 

maya says ...
  rina: haha.. comel nama himawari tu kan.. nak keluar ikut pintu tong sampah tu, kene ade kerjasama dari org di luar dan di dalam. sebab pintu tu berkunci dari luar & dalam.. sabar je lah aku budak2 nih.. tak bg kawan karang jd anti-sosial lak dah besar nanti tak pun takut mase kecik tak buleh buat, dah besar buat macam-macam.. cume kene guide jangan salah berkawan..

aleesa: gitulah budak2 besar camtu, cam tu lah perangai dia kan. tu kalau buleh, tengari buta pun nak keluar main tu.. no way.. & yeah.. of course lah i pun sayang diorang sangat2...

Reply | Posted on 12/17/2008 9:28:06 AM
 

Nina says ...
  Comells....dan sgt keletah si himawari ni...hihihi...esp. yg goyang2 bdn atas meja solek..:p

*anak saya slalu dipanggil chibi maruko chan...hahahah...
btw, i've added u as my reader..check ur email ya.. :)

Reply | Posted on 12/17/2008 11:16:59 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 7 + 5 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server