HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

welcome home, our new family member...
Wednesday, December 10, 2008
Posted on 9:31:53 AM | 3 Comments


the shy shy cat

inilah hasilnya setelah beberapa siri pujukan elman untuk ada haiwan peliharaan... sedangkan dengan jurujual pun kadang-kadang kita terbeli barang yang dijual, inikan pulak anak sendiri..

sebelum datangnya kucing-kucing yang dinamakan bleq & olen, elman mintak kucing lagi entah yang ke berapa kali, dan minta dipakaikan pampers, biar kucing tak berak merata-rata...

bila mama tak layan juga, elman kata, "kita bela ikan je lah mama. ikan tak berak."...
alahai.. luruh jantung mama dengar tu... walaupun ikan sebenarnya berak juga, tapi bersungguh betul elman nak ada pets, dan cari jalan macammana nak senang jaga.

dan baru-baru ni, kawan papa nak cari owner baru untuk kucing-kucingnya yang sangat banyak. papa pun dapat 2 ekor, sebab terkenangkan elman yang beriya-iya...

maka hiduplah kami sekarang dengan 2 ekor kucing... melly pun sangat seronok. terjerit-jerit panggil at.. at.. tak dengar bunyi c nya.. tapi bila cat datang, mula menjerit lari.. hehehe...


Corat-Coret, Anak-anak Kita | 3 Comments
 

laila says ...
  Laila pun pernah terfikir nak bela kucing tapi disebabkan takut mereka2 ni berak Laila pun amik keputusan bela ikan mas.Dan yang jadi masalahnya, susah nak tinggalkan ikan nih ... balik kampung sure ade jer yg mati .. last2 tak bela apa2 skrg .. :)

Reply | Posted on 12/15/2008 1:44:46 PM
 

has says ...
  anak2 aku pun suka benar dengan pets.. memula diorang nak cat jugak, pernah bela sekejap - momoe, tapi lepas tu atas sebab kesihatan, terpaksa hantar momoe balik kampung.. dan akhirnya kami bela hamster.. ada 3 ekor dah, lagi satu menanti hari nak beranak.. haha.. senang nak jaga and transferable. dah nak hampir setahun dah, sebab beli hamster tu as birthday present haziq. selain tu, kami pun ada fish

Reply | Posted on 12/15/2008 2:24:18 PM
 

maya says ...
  laila: saya ni tak pernah pun terbayang nak ada kucing.. teringin nak bela ikan tu ade lah.. tapi ikan emas memang susah sikit nak jaga kan..

has: cian momoe.. ni pun tak taulah berapa lama buleh bertahan nih.. oh.. bela hamster senang eh?..

Reply | Posted on 12/16/2008 12:36:22 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 5 + 7 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server