HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

melaka tapak warisan dunia
Thursday, November 27, 2008
Posted on 10:15:24 PM | 4 Comments

kami ke melaka hujung minggu lepas, ke rumah adik saya. mak, abah dan adik bongsu saya pun ada di sana. kalau tahun lepas kami ke zoo melaka, tahun ni pusing-pusing bandar hilir saje. macam pelancong lah lagaknya.

sebenarnya melaka ni kerap juga saya pergi. sebelum adik saya duduk sane lagi. tapi tak bermakna kami ke sana setiap tahun. tapi mungkin juga selepas ni akan jadi acara tahunan. maklum lah, itulah satu-satunya saudara terdekat yang duduk jauh. itu pun tak sempat kami nak sabah. baru setahun adik di sana, pindah pulak ke melaka. maka melaka pun buleh lah.

kami melalui guthrie hiway. yang seronoknya, cuaca hari tu sangat cantik. awan berkepul-kepul, sama hebat kepulan di otak elman, bercerita pasal bentuk-bentuk awan. dari rumah, sampai ke penghujung hiway sebelum exit ke ayer keroh, elman sibuk bercerita pasal kepul-kepul awan.

cerita pasal cuaca, saya teringat satu drama lama dulu. seorang lelaki datang ke rumah girlfriendnya. ada pula ayah si girlfriend. maka dia pun dengan muka terkulat-kulat, nak ambil hati bakal bapa mertua yang dari tadi pandang serong (tapi kelakar), cuba berborak.

"cantik cuaca hari ni kan, pakcik?", katanya memulakan perbualan.
"ai? datang jauh-jauh cuma nak cerita pasal cuaca ke?" jawab ayah si girlfriend.
hehehe.. makin terkulat-kulatlah si boyfriend tu.. ok.. tu aje yang saya ingat. kita sambung cerita melaka.

perjalanan ke melaka tak lama. dalam 2 jam saje. itu pun lajunya cuma ala kadar, takde ala-ala mat rempit. perjalanan pun tak sesat-sesat lagi, atas bantuan gps. memang sangat confidentkan bila ada gps ni. (iklan: sape-sape berminat nak beli gps device, atau gps software untuk smartphone atau apa-apa gps-enabled phone, boleh bagitau saya. saya boleh dapatkan harga yang menarik)

seronoknya rumah adik saya kawasan kampung. nyaman saje. dah nyaman tu, memang sedap tidurlah kan.. sebab petang tu kami nak ke pantai. melly pun sangat seronok merangkak ke sana dan ke mari dengan lajunya. ada pulak kawan si lukman hakim, lagi lah dia suka, boleh dibuli-buli. memang tak berhenti bermain dan merangkak saja. jakun dengan rumah yang sangat lapang kot. selalu tu merangkak sikit dah sampai dinding.

lepas asar, kami ke pantai padang temu. pantainya taklah secantik krabi, tapi adalah sikit pasir.. selebihnya sudah ditambak batu-batu besar. tanah lapangnya sangat sesuai untuk bermain layang-layang atau helikopter remote control. dan ramai juga yang memancing, banyak ikan kot. sekejap saja kami di sana, sebab nak tunggu sunset di masjid pulau selat melaka.

masjid pulau selat melaka memang sangat cantik. masjidnya besar, dengan ukiran kaca yang cantik dan terapung di atas laut selat melaka. udara laut memang masuk ke dalam masjid, bersama bau air laut selat melaka. macam poyo je sebut bau air laut kan, tapi memang betul, laut ada baunya. walaupun pulau selat melaka banyak bangunan, tapi masih tak berpenghuni. kosong. cuma masjid itu saja yang hidup, bersama kedai kecil di sebelahnya. bangunan-bangunan lain hampir usang. dari hadapan masjid, boleh nampak eye on malaysia dan taming sari, yang elman tak sabar-sabar nak naik.

selepas solat maghrib di masjid pulau selat melaka, kami melalui bandar hilir, sebelum ke anjung batu untuk meratah seafood, hidangan makan malam. bandar hilir waktu malam memang cantik. sampai suami saya mengurut dada, rasa nak berhenti dan mengambil gambar. tapi dengan perut-perut kami yang dah kelaparan, jangan harap dia boleh parking ke tepi. saya juga cuba mengapi-apikannya, dengan berkata... wah! cantiknya tempat ni.. kalau ambik gambar best ni.. eh.. ade basikal klasik lah, susah nak jumpa ni.. tengok beca tu, cantik dengan lampu liplap.. oh! lorong ni pun nampaknya subjek yang sangat cantik.. dan macam-macam lagi..

yang sebenarnya di dalam kepala suami saya sudah tergambar, dia akan ke sini lagi bersama kawan-kawan gile gambarnya, dan menginap hotel murah di kiri kanan lorong, untuk menambah ke klasikkan subjek dalam gambar yang bakal diambil. uih! habis kitorang? saya tak kira. saya mesti ikut juga. tapi bukan ikut mengambil gambar. hantarkan saja saya ke rumah adik saya waktu itu ya!

makan malam dianjung batu tenang saja. sebab bukan kawasan komersial, walaupun masakannya sangat sedap, dan murah. seronok makan ramai-ramai, sampai perut saya senak kekenyangan. malam tu, masing-masing tidur nyenyak, kecuali elman yang masih meminta-minta untuk ke buai pusing, kalau boleh malam itu juga.

esoknya kami ke bandar hilir lagi. bawa mak & abah melawat-lawat kawasan bersejarah, walaupun kami tak ke a-famosa. malas berjalan sebenarnya sebab kami parking berdekatan taming sari, kerana itu destinasi ke dua selepas masuk ke perut kapal. kecut perut elman bila sampai puncak taming srai, tapi hati masih mahu ke buai pusing.

eye on malaysia, yang elman panggil buai pusing, letaknya berdekatan pantai menghadap selat melaka. itu destinasi terakhir. seronok sangat elman. melly pulak banyak termenung. dah penat lah tu.

turun dari eom, elman kata, "abang dah tak nak naik buai pusing". gayat lah tu..

itulah saje jalan-jalan di melaka.


Corat-Coret, Travelog, Review | 4 Comments
 

rina says ...
  aku naik buai pusing kt tmn tasik ttwangsa.

Reply | Posted on 11/28/2008 10:01:49 AM
 

maya says ...
  itulah.. kalau tgk kl mesti lagi cantik..
tak sempat nak ke tasik ttwangsa, dia dah lari ke selat melaka..

Reply | Posted on 11/28/2008 9:20:05 PM
 

tety says ...
  aku g melaka sokmo x sempat nk pusing2 bandar hilir... :( takat g umh mak sedara pogy kt Bukit Cheng jek...

kalo gps buh kt keta brapa rm maya? mcm best jek kalo kt keta ada gps nih... :p

Reply | Posted on 12/4/2008 10:07:20 AM
 

maya says ...
  hehe tety.. kitorang memang ke sane nak jalan2.. tido sane sampai bermalam-malam..

gps ni ade yg device sendiri.. atau nak boh kat hp pun ade .. yg buleh boh kat hp tu murah sket lah.. (yg ni takde gprs charge mcm nokia/google punye tu)..

yg utk kete punye mmg ade holder (better jgn tinggal kat keter kalau parking kat mane2).. skrg tgh promotion dr RM799.. buleh tgk sini http://www.m3gps.com/

memang syok ade gps ni sbb kalau terlajak pun dia buleh tolong tunjuk jalan lain..

Reply | Posted on 12/4/2008 6:51:16 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 8 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server